UPSR dan lain-lain penilaian... Asal Lurus Hujung-hujung Bengkok

Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Hari ini berkesempatan melawat sekolah rendah di kawasan tempat tinggal dan telah terfikir satu perkara... UPSR.. Kenapa UPSR? saya bukan guru yang mahir membincangkan UPSR ini tetapi cerita UPSR ini ada kaitan secara langsung dengan kerja hakiki semasa... 

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diperkenalkan sejak 1988 bagi menilai murid sekolah rendah telah disesatkan oleh segelintir Matlamat asal adalah ujian tersebut adalah menilai prestasi 3M (membaca, menulis dan mengira). Ini bertujuan apabila murid ini memasuki alam sekolah memengah guru boleh menilai tahap 3M ini dan memudahkan perancangan untuk murid-murid ini. Diperingkat awal pelaksanaan nampak berjalan dengan baik. Sehingga saya menduduki ujian ini pada tahun 1991 ianya berjalan dengan lancar.. lama kelamaan UPSR dan jadi macam semacam. Bila ianya berubah? Tidak dapat dipastikan tetapi mengikut firasat saya, ianya berubah apabila pegawai dan guru yang mewujudkan UPSR ini telah pencen, so spirit dan semangat UPSR juga pencen sama. UPSR telah diolah diwujudkan seperti sebuah peperiksaan. Salah tu... dah nama ujian bukan peperiksaan... Semua sekolah mula mengorak langkah menjadikan sekolah cemerlang... Ibu bapa sibuk nak ambil gambar anak pegang kertas A4 sambil tulis 5A, di peringkat sekolah guru2 berusaha untuk jadi yang terbaik, sekolah cemerlang guru besar dapat nama, PPD dapat nama, Pengarah Pendidikan Negeri dapat nama... tapi masa itu mungkin mereka terlupa yang diraikan adalah UPSR dengan matlamat yang berbeza... Bagaimana perasaan murid yang dapat 3A2B? adakah mereka diraikan... mereka kecewa dan dikhutari terbawa2 hingga kesekolah menengah... Kalau SPM x pe la... 

Tetapi semua ini tinggal sejarah... 2016 pihak kerajaan telah mencadangkan supaya UPSR ini dikaji semula dan pada tahun 2018 UPSR digantikan dengan Penilaian Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) dimana keputusan UPSR adalah salah satu daripada 4 komponen utama PPSR. Itu cerita bab UPSR... 

Sebenarnya setiap kementerian ada penilaian kepada setiap perkara. Saya bertugas di Pihak Berkuasa Tempatan, banyak perkara yang dinilai. Tetapi adakan penilaian ini benar-benar menggambarkan keadaan sebenar. Sama seperti UPSR, adakah matlamat asal penilaian ini masih lurus?

Mengambil beberapa contoh.. Setiap tahun semua PBT dinilai kemampananya melalui sebuah sebuah sistem atau petunjuk yang dinamakan MURNINet, selang beberapa tahun PBT juga dinilai keberkesanannya melalui Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SBP-PBT)... Saya secara peribadi menyokong penuh pelaksanaan perkara ini... Idea yang baik... Tetapi apakah ianya berkesan? Adakah ianya mencapai matlamatnya?

Kini keputusan bagi 2 penilaian diatas sekarang seakan satu pertandingan. Diperingkat awal pelaksanaan ianya agak berbeza. Apa yang dicadangkan adalah PBT yang tidak mencapai standart yang ditetapkan akan diberikan bantuan/peruntukan/latihan khas mengikut kelemahan yang dikenalpasti. Ianya bagi memastikan mutu perkhidmatan semua PBT di Malaysia melepasi tahap minimum. Tetapi kini agak berbeza dari apa yang dicadangkan. Seakan pertandingan. Buat la apa pun yang penting kita ada nombor. Yang terbaik disanjung yang last semua buat tak tahu. Dimajliskan... Macam UPSR tu juga. 

Perkara ini telah diutarakan diplatfom rasmi dan tidak rasmi. Seperti diduga, suara PBT kecil kurang didengari berbanding PBT mampan dan 5 bintang. Kami paham, siapa yang boleh terima kalau idea dan perancangan sendiri dipertikai. Tetapi kita kawan-kawan ni kena la berlapang dada. Mungkin ada yang terlupa, peringkat persekutuan dan negeri, mereka mengubal dasar, garis panduan, tata cara kerja dll... Tetapi pelaksananya di Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan. Bukan niat untuk mewujudkan polemik tetapi adakalanya kita terlupa siapa kastodian kepada sesuatu perkara yang melibatkan tempatan.

"Eh banyak bunyi pulak ko ni... kalau x boleh buat kerja berhenti la... Ramai orang lain nak kerja.." X perlu jawab sebab nnt putus kawan... hahaha

Adakah yang buat cadangan penilaian melihat kedudukan PBT sendiri? Kedudukan kewangan tidak perlu dipersoal, memang berbeza... Lihat kekuatan kakitangan. Ada yang 1 jabatan hanya ada 3 orang, 5 orang, 10 orang dan lebih 30 orang. Berapa pun jumlah kakaitangan, tugas mereka sama. Jadi melihat keadaan ini ianya menunjukkan perbezaan yang ketara, jadi apa solusinya? Adakah penilainan ini menjadikan justifikasi menyelesaikan permasalahan ini? PBT kecil lebih mencabar sebenarnya kerana kerja, laporan, perkongsian maklumat, program di setiap PBT sama. Orang yang sama dihenyak untuk semua benda ini... Bila lambat keluarlah senarai PBT yang lambat. Bila tidak cemerlang disenaraikan PBT ini.

Bagi PBT kecil ini bukan alasan tidak boleh buat kerja, kerja mereka seperti biasa dan ada yang lebih baik dari PBT besar. Dah kerja, buat jek la kan... Bising-bising pun kena buat juga... Sekali lagi, Persoalannya apakah hasil sebenar dari penilaian yang telah dibuat? Sekadar keputusan atau ada perancangan lain. 

Dijangka pada masa akan datang ini ada pelbagai lagi tugasan khas diperingkat PBT hasil keputusan dan perancangan diperingkat Global, Persekutuan dan Negeri. Mereka merancang kami melaksanakan. Sekiranya semua jabatan di peringkat persekutuan memerlukan penilaian maka kesemua penilaian itu sudah pasti jatuh kepada PBT. Kami sedia dan setia menanti.

Adakah nasib semua penilaian ini sama seperti UPSR? Jangan pandang saya menghentam kerajaan, ini adalah pandangan terbuka dari yang berurusan terus dengan pelbagai penilaian. Maaf salah silap.

chau chin chau.. Tata

Comments

Popular posts from this blog

Sama tapi x serupa... UP sebelum bacaan ikrar....

DORAEMON.... Sejarah kartun yang kartun...

CCC: ANTARA BUKU DAN AMALAN