Saya Dalam Pelbagai Alam
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Kita santai-santai sahaja kali ini. Berkongsi pengalaman kehidupan saya dalam dunia pekerjaan. Bukan niat saya yang terbaik kepada semua tapi saya yakin saya yang terbaik untuk keluarga sendiri.
Keputusan mengatur kehidupan adalah dari diri sendiri. Walau bagaimanapun, kita hanya merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Mula bekerja sekitar tahun 2000 di sektor swasta. Dari situ saya melihat diri sendiri. Belajar cara displin bekerja dan dikelilingi oleh orang-orang yang hebat. Dari situ juga telah membentuk displin kerja sehingga kini. Dari situ juga telah melatih saya menjadi seorang yang hobinya bekerja. 2007 mula menceburkan diri di sektor awam. Dengan permulaan menjadi lelaki simpanan bagi jawatan di peringkat Negeri tetapi ketentuan rezeki telah dilantik ke sektor awam peringkat persekutuan. 2019 bermulalah kehidupan baru di peringkat kerajaan tempatan.
Disamping melaksanakan tugasan hakiki saya juga telah menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Seperti peraturan yang telah ditetapkan, kebenaran telah dimohon bagi menjalankan aktiviti lain. Sedaya mungkin tidak mencapur adukkan kerja hakiki dengan perniagaan sendiri.
Displin kerja dan komitmen hanya boleh dibuktikan oleh rakan-rakan sekerja sendiri. 100% komitmen diberikan dalam setiap tugasan. Tetapi adat kehidupan ada yang merah mata dengan keadaan ini. Setiap yang kita buat semestinya tidak dapat memuaskan hati semua orang.
Sentiasa berterus terang menyebabkan ramai yang tidak bersetuju. Saya sentiasa terbuka untuk bersetuju dengan perkara yang tidak dipersetuji. Dalam sesetengah perbincangan, selagi belum ada keputusan yang ditetapkan saya akan memberi pandangan. Selepas keputusan dibuat, saya akan melaksanakan tugasan seperti diputuskan walaupun keputusan itu bukan seperti yang diharapkan. Tetapi saya juga manusia biasa, akan berkira-kira dalam keadaan saya ditekan dan diprejudiskan. Protes? ada... tapi dibalik tabir kerja tetap dilaksanakan.Sesiapa yang berhajat untuk tempahan pelbagai jenis barangan seperti tshirt, piala, medal, buku dan sebagainya jom roger2... Begitu juga sesiapa yang ingin mencari lembu, kambing, kerbau, rusa pun boleh roger...
Seperti yang telah dikongsikan, perjalanan hidup ini kita yang pilih. Kita tidak perlu pandai dan terror untuk setiap bidang tapi kita kena tau mengurus dan mentadbir setiap aktiviti. Ready untuk mencuri masa sendiri.
Tidak menganggap diri ini sempurna tapi dirasakan saya tahu apa yang terbaik untuk semua. Masalah tetap ada tapi bak kat bos saya... Masalah akan hilang bila tiba masanya... kita kena enjoy dengan kerja kita. Pengalaman mengajar erti hidup. Yang paling penting kita sentiasa jangan prejudis dan ada syak antara satu sama lain.
Dah abis... akan datang mungkin kita berkongsi pengalaman secara terperinci dalam setiap bidang... Seperti yang dimaklumkan, apa yang diceritakan adalah berkisar berkaitan diri sendiri buat niat untuk mencipta persepsi sayalah yang terbaik... chau chin chau... tata
Comments
Post a Comment