CCC: ANTARA BUKU DAN AMALAN
Assalamualaikum.... Lama juga x bersiaran... agak sibuk sekarang ni sebab memikirkan masalah dunia. Kali ini saya nak berkongsi cerita yang lebih teknikal dimana perkara ni x perlu semua orang tahu. Tapi saya rasa baik untuk menambah pengetahuan... Macam biasa la ya... Ini adalah pandangan dan pengetahuan peribadi yang dicedok dari bahan-bahan bacaan, slide2 kursus dll, so kalau salah tu kena bgtau saya dan saya akan semak semula fakta dan betulkan jika ada kesilapan..
Cerita pasal CCC (Certificate of Completion and Compliance) atau nama Melayu dia Perakuan Siap dan Pematuhan. Kenapa pilih tajuk ini? Sebab sebahagian skop kerja saya adalah pasal Pengeluaran CCC... so kat situ saya boleh dapat 1001 cerita pahit manis pasal CCC nie. Kat bawah ni saya cuba kongsi info, isu dan cabaran pasal CCC nie.... CCC adalah berkaitan dengan pembangunan (utk yang masih tertanya2 pedia la binatang CCC nie)
Sejarah CCC
CCC ni sebenarnya bukan perkara baru. Dari dulu lagi dah ada CCC ni (zaman CFO) tapi nama dia lain kot dan dikhaskan utk pembangunan rumah sesebuah (rumah sendiri) shj.. CCC diwujudkan bermula tahun 2007 dan merupakan salah 1 inisiatif kerajaan bagi meningkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan. 4 inisiatif yang telah diputuskan adalah
1. Penubuhan OSC di setiap PBT.
2. CCC bagi mengantikan CFO (Sistem Perakuan Kelayakan Menduduki)
3. Penggubalan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663)
4. Pelancaran Konsep Bina Kemudian Bina (BKJ)
Secara perundangan, tiada pertikian pasal CCC ni... Akta yang berkaitan telah dipinda selaras dengan pelaksanaan CCC (Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984, Akta 133, Akta 118, Akta 318, Akta 138 dan Akta 117).. Pelaksanaan merupakan Isu can Cabaran Utama kat sini. PSP vs PBT.... Dulu CFO PBT yang keluarkan sekarag CCC PSP (arkitek / engineer) yang keluarkan.
Apa Ke Benda CCC tu?
Seperti yang dah dibgtau tadi CCC adalah Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance). Dari nama pun kita tahu mesti ada pihak yang memperaku bila kerja bangunan telah siap dan dipatuhi syarat2nya.
CCC yang menggantikan CFO mempunyai beberapa sebab; antaranya
1. CCC yang dikeluarkan oleh para profesional adalah satu usaha mewujudkan self-regulation dan self-certification. Senang cakap arkitek / engineer yang dapat projek bangunan x boleh lepas tangan lepas pelan lulus. Mereka-mereka ni perlu pantau projek tersebut dari mula sampai siap dan yang paling penting mereka2 ni juga yang bertanggung jawab sekiranya terjadi apa2 kat bangunan tu.
2. Notis Milikan Kosong (notice of vacant possession-VP) boleh dikeluarkan sekali dengan CCC. So masalah yang biasa berlaku dulu2 dapat diatasi iaitu masa zaman CFO dulu, kunci dah dapat tak boleh duduk sebab CFO tak keluar lagi.
Siapa Yang Boleh Kemukakan CCC?
Hanya Arkitek Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) atau Jurutera Profesional yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) selaku PSP yang boleh mengeluarkan CCC. Biasanya Arkitek akan mengeluarkan CCC bagi bangunan dan Jurutera sebagai PSP bagi projek-projek berbentuk kejuruteraan. Perincian jenis pembangunan boleh rujuk 2 Lembaga nie.
Bagi rumah sesebuah / banglo yang tidak melebihi 2 tingkat dan keluasan tidak melebihi 300mp, Pelukis Pelan Bangunan atau Arkitek Profesional boleh dilantik sebagai PSP untuk mengeluarkan CCC.
PSP boleh keluarkan CCC bilamana mereka2 ni berpuas hati dengan kerja pembinaan tersebut dan telah diawasi serta disiapkan mengikut peraturan yang berkaitan serta mematuhi kelulusan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan.
Proses Perakuan Berperingkat
Dalam proses CCC, terdapat 21 borang yang perlu dikemaskini sebelum CCC dikeluarkan. Borang ini dinamakan borang G1 - G21. Setiap borang adalah mengikut komponen dan proses pembinaan dan pihak2 yang bertanggungjawab dalam setiap peringkat itu. Proses ini dilihat elemen penambahbaik dari sistem CFO terdahulu. Dimana semasa CFO, peranan dan tanggungjawab pihak selain Orang Yang Mengemukakan tidak nyata dan jelas. Perincian borang dan cara mengisi borang ini boleh lah merujuk kepada link2 yang lain...
Senang cakap, dalam CCC semua org yang terlibat dalam pembinaan akan direkod. Dari konsultant, kontraktor, sub kontraktor, sokongan jabatan terlibat dll semua ada... Semua orang perlu melaksanakan kerja dengan betul dan semua pihak yang sepatutnya bertanggungjawab dengan tugas dan fungsi masing-masing. Jangan tipu2...
Borang-borang Yang Digunakan
Bagi pengeluaran CCC ini, beberapa borang selain borang G1 - G21 perlu dikemukakan kepada PBT. Borang-borang ini adalah selaras dengan peruntukan perundangan (UKBS).
Borang A (Perakuan Pelan-pelan Bangunan/Struktur )- dikemukakan semasa mengemukakan Pelan Bangunan
Borang B (Notis Memulakan/Penyambungan Semula Kerja Bangunan)
Borang G1 - G21 (Perakuan Berperingkat)
Borang F (Perakuan Siap dan Pematuhan - Sijil CCC)
Borang F1 (Perakuan Siap dan Pematuhan Sebahagian - Sijil CCC Sebahagian) - yang ini ramai orang pening... banyak sangat pemahaman. Nanti akan diulas lanjut
Proses Pengeluaran CCC
Merujuk kepada UUK 25 UKBS 2017, PSP boleh mengeluarkan CCC menggunakan Borang F tertakluk kepada perkara berikut:
i. Apabila semua syarat teknikal PBT dipatuhi
ii. Apabila Borang G1 - G21 berkenaan telah diperaku
iii. Apabila semua perkhidmatan temasuk jalan akses, pandangan darat, parking, parit dll telah siap disediakan
iv. Apabila PSP memperakui dalam Borang F bahawa beliau telah mengawasi pembinaan dan penyiapan bangunan tersebut dan bahawa sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, bangunan tersebut telah dibina dan disiapkan mengikut akta, undang-undang kecil ini dan pelan yang diluluskan.
PSP dalam tempoh 14 hari dari pengeluaran CCC hendaklan mengemukakan kepada PBT dan LAM / LJM.
Peranan Dan Tanggungjawab PBT dan PSP
Skop ni nampak macam mudah shj tetapi jangan sangka mcm tu. Dekat sini lah pertembungan sebenar antara PBT vs PSP. Kenapa? Nanti saya ulas. Sebelum tu, kita fahamkan mengikut buku peranan dan tanggungjawab PBT dan PSP dalam mengeluarkan CCC
Peranan PBT
1. Meluluskan KM, Pelan Bangunan dan pelan-pelan lain yang berkaitan
2. Membuat pemeriksaan di tapak atas inisiatif sendiri atau aduan
3. Mengeluarkan notis kepada PSP untuk mengambil tindakan ke atas perkara-perkara yang didapati bercanggah dengan kelulusan yang dikeluarkan
4. Mengeluarkan arahan kepada PSP untuk tidak mengeluarkan CCC:
- sehingga perkara ketidakpatuhan deperbetulkan;
- jika berlaku penipuan dalam pembinaan, dokumentasi atau pengurusan projek; dan
- jika terdaapt maklumat yang tidak tepat dalam dokumentasi
5. Mengeluarkan notis kepada PSP jika berlaku kemungkiran tetapi tidak dilaporkan kepada PBT
6. Mendakwa para profesional dan melaporkan kepada Lembaga Profesional atas salah laku
7. Mendakwa pihak-pihak yang memberi perakuan yang salah dalam borang-borang yang dinyatakan dalam UKBS 2007 dan melaporkan kepada badan kawal selia yang berkaitan
8. Memastikan bangunan lebih 5 tingkat dan berusia 10 tahun dari tarikh CCC dikeluarkan, diperiksa tahap keselamatannya (setiap 10 tahun)
Peranan PSP
1. Mengemukakan Pelan Bangunan kepada PBT untuk kelulusan melalui Borang A
2.Menyelaras penyediaan dan mengemukakan pelan-pelan selain Pelan Bangunan oleh SP
3. Memaklumkan kepada PBT melalui Borang B sebelum memulakan kerja pembinaan
4. Mengawasi kerja-kerja binaan di tapak dan memastikan pematuhan peruntukan perundangan dan syarat-syarat teknikal
5, Melaporkan dan menerangkan sebab berlakunya kemungkiran dan menyatakan tindakan pemulihan yang telah diambil
6. Mengemukakan notis menyambung semula kerja melalui Borang B kepada PBT
7. Memastikan hanya Borang G yang berkaitan dilengkapkan dan seterusnya mengemukakan sesalinan semua Borang G (termasuk yang tidak berkenaan) kepada PBT dan Lembaga
8. Mengemukakan CCC kepada pemilik atau pemajudan sesalinan kepada PBT dan Lembaga Profesional yang berkaitan
9. Memastikan perkara-perkara ketidakpatuhan semasa pembinaan seperti dalam notis PBT kepada PSP dipatuhi sebelum CCC dikeluarkan.
Amalan CCC oleh PSP dan PBT
Ok yang nie bukan ikut buku... ini ikut pengalaman sendiri, berkongsi cerita dengan kawan-kawan lain, aduan dll... Kenapa ada sesetengah PBT, CCC nie senang jek dikeluarkan... Ada yang fuhhh leceh gile... kenapa PSP banyak tanya dan kenapa PBT byk syarat...
Kesimpulan saya mudah.... antara pemahaman bidang kuasa dan skop kerja...
Bukan nak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma untuk berkongsi keadaan realiti pelaksananya. Mungkin di pihak Kementerian / Lembaga Profesional... mereka dah wujudkan 1 dasar / garis panduan yang baik. Tapi adakah yang baik itu telah sampai ke pihak yang pelaksana dengan pemahaman yang penuh?. Persoalan besar disini.
Saya sendiri telah menghadiri pelbagai taklimat, bengkel, kursus dll berkaitan CCC ni. Bkn nak kata tau semua tp tau la skop bidang tugas sendiri. X nak pening mikir kerja org lain.
Pandangan peribadi kepada PBT; kawan2 PSP ada bgtau sebahagian PBT ada checklist sendiri pasal CCC... perlu ke checklist tu? bagi saya x perlu sebab kalau tengok kepada rules PBT sangat jelas. Semasa pembinaan itulah masa yang sangat penting kepada PBT, kuasa PBT adalah bilamana terdapat isu / masalah di tapak... lebih2 lagi bila x ikut pelan... x perlu PBT keluarkan format borang G1 - G21 versi PBT... menasihatkan PSP macamana nak keluarkan CCC juga saya rasa x kena... Sepatutnya PSP lah yang bagi pandangan kepada PBT berkaitan pengeluaran CCC... Agak2 ada yang x kena dinasihatkan call Lembaga Prosefional yang berkaitan... Terus call lagi jelas.... disebabkan dulunya PBT yang keluarkan CFO, jadinya ada perkara2 yang memang x boleh diubah sepenuhnya... macam dah terbiasa gitu kot... yang lagi parah PSP yang tanya macamana nak keluarkan CCC kat PBT... masak la ko...
Pandangan peribadi kepada kawan-kawan PSP.... Mereka-mereka ini sendiri x tau apa itu CCC, macamana nak keluarkan, borang2 berkaitan semasa pembinaan dll... iyeee... xde tipu punya... so untuk memastikan hasrat kerajaan tercapai berkaitan pelaksanaan CCC nie... Bos2 tu banyakkanlah hantar staff gi taklimat, kursus dll berkaitan CCC nie... kesian kat diaorg... contonya, bagi pengeluaran CCC sebahagian / Borang F1... bila masa boleh dikeluarkan? / jenis permohonan macamana boleh dikeluarkan? persoalan ini pun boleh mengundang perdebatan hangat yang xkan habis 3 hari 3 malam... PSP sendiri x pasti, bila x pasti ia akan jadi rumit pada masa akan datang.. jangan tanya PBT kalau mcm ni, sila rujuk Lembaga masing2... Apa yang saya tahu, CCC sebahagian / Borang F1 ni hanya boleh dikeluarkan untuk pembangunan komersial cthnya pembinaan 3 blok bangunan... so blok 1 bila dah siap bolehlah keluarkan CCC sebahagian.. rasanya pembangunan yang macam ni jek yang boleh keluarkan CCC sebahagian... bukan untuk perumahan biasa...
CCC dikeluarkan adalah berdasarkan kelulusan pelan bangunan... kalau pelan bangunan yang diluluskan tu 100 unit so CCC yang dikeluarkan kena 100 unit... bkn 20 unit, kemudian tambah lagi 20 unit dan seterusnya. Kalau nak macam tu, masa kemukakan pelan bangunan kena tambah 1 lagi pelan yang menunjukkan pembangunan secara berfasa... dan kat situ PBT boleh pertimbangkan untuk beri kelulusan fasa berkenaan... so CCC bolehlah keluarkan berdasarkan fasa tersebut...
Kalau cerita ni ada kekhilafan mohon dibetulkan... tapi sebelum dibetulkan sila pastikan sumber rujukan adalah dari Lembaga Profesional yang berkaitan dan bukan pandangan peribadi tuan2/puan2 semua....
Dah la... rsnya cukup setakat ni buat masa sekarang... kalau nak cerita mmg banyak lagi... senang2 Insyallah jumpa lagi pasal tajuk lain akan datang...
Ni perkembangan semasa...
** PBT x boleh mengenakan bayaran atau caj bagi tujuan pengeluaran CCC... sebab apa? Bayaran atau caj kpd PBT semuanya berdasarkan punca kuasa... sesapa ada info boleh la share dgn saya... kenapa saya highlightkan benda ni?. Sbb ada yg mencadangkan perkara ini... CFO dan CCC benda lain ya walaupun tujuannya agak sama... mcm2
Ni perkembangan semasa...
** PBT x boleh mengenakan bayaran atau caj bagi tujuan pengeluaran CCC... sebab apa? Bayaran atau caj kpd PBT semuanya berdasarkan punca kuasa... sesapa ada info boleh la share dgn saya... kenapa saya highlightkan benda ni?. Sbb ada yg mencadangkan perkara ini... CFO dan CCC benda lain ya walaupun tujuannya agak sama... mcm2
macam mane nk taw bangunan or rumah dah ade ccc bro
ReplyDeletebiasanya... ada org ddk tu ada la ccc
DeleteAssalamualaikum tuan...kalau kontrantrok rumah xnk buat ccc ape tindakan perlu di ambil???
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteWsalam... kontraktor x keluarkan ccc n x boleh keluarkan ccc...yg bleh keluarkan ccc adalah PSP iaitu antara arkitek, pelukis pelan or jurutera... semak semula sapa yg hantar pelan kepada majlis utk kelulusan n org tu la yg patut keluarkan... kalau x nak keluarkan laporkan kepada persatuan or lembaga diaorg... bagi bungkus jek org mcm ni... tp setakat ni mcm x brapa dgr PSP yg dah dibungkuskan sebab ccc... duit nak tanggungjawab xnak... tp sblm tu pastikan bangunan yg dibina tu ada kelulusan pelan ya...
DeleteTn bila arkitek dah keluarkan ccc adekah kunci rumah boleh diambil dr pemaju atau tunggu pemaju memaklumkan untuk mengambil kunci
ReplyDeleteYang pasti pemaju x akan bagi kunci lewat dari tarikh yang dijanjikan... biasanya bila dah ada ccc kunci mmg dah ready. sebelum ambil kunci pastikan semua dokumen dah beres.... hehehehe
DeleteSalam tuan..boleh saya tahu secara kasar berapa kos untuk dapatkan CCC sekiranya sesebuah kilang beroperasi tanpa CCC?adekah ditentukan oleh market value sesebuah kilang tu?
ReplyDeleteKos CCC adalah berbincangan bersama antara pemilik bangunan dan PSP (arkitek/jurutera). bagi pendapat saya kos ni bukan berdasarkan market value tapi ditentukan oleh scale fee bagi PSP ni. mungkin kos lebih tinggi sebab banyak perkara perlu dilihat sebab ni kilang yang dah beroperasi... Kos kalau kes mcm ni bukan setakat CCC tapi melibatkan kos untuk kelulusan di PBT. Sebaiknya biarlah bangunan ni ada CCC untuk kesenangan masa hadapan... hehehe
DeleteBangunan tak siap ccc boleh keluar ke?
ReplyDeleteyg ni confirm x boleh... maksud CCC adalah Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance)... so harap dah terjawab
DeleteSlm tuan kalau pemaju degil tak ikot syarat dalam surat kelulusan macam mana tuan?????
ReplyDeleteBagi pendapat saya... tgk balik syarat kita tu... syarat teknikal or bukan teknikal... kalau betul x ikut syarat kelulusan perkara berikut boleh dibuat... 1. Keluarkan notis berhenti kerja... 2. Kalau x keluarkan notis tu (sbb xnak byk prosedur) notiskan kepada lembaga diaorg utk tahan CCC... pilihan 2 tu menampakkan kelemahan pbt kot... hahaha
DeleteAS SALAM TN, MCMANA SEKIRANYA KITA MEBINA SURAU SEKOLAH YANG 100% kos pembinaan nya adalah sumber dari dana derma, dan apakah risikonya jika setelah siap dan digunakan oleh pelajar jika pihak sekolah tidak memohon ccc,
ReplyDeleteterima kasih atas penjelasan tn
Pertama, sekali segala bangunan perlu lendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan selaras dgn akta 172 dan 133. Selainnya seperti yg dikongsikan.. Kena bercakap walaupun pahit... kesedaran kita menggangap tiada keperluan mengemukakan pelan utk kelulusan dan perlu CCC perlu dibuang.. dari mana pun sumber dana, peraturan tetap peraturan.. yg ni boleh contohi sekolah cina, mereka sedar kepentingan kelulusan pelan...
Deleterisiko utama? Jawapan saya... sekiranya terjadi sebarang bencana, siapa yang bertanggungjawab? Tq kerana sudi baca
Bagaimana cara untuk memohon ccc untuk bangunan yang telah siap dan telah digunakan dan berapakah kos yg terlibat. (Sebelum pembinaan tiada permohonan ccc atau permohonan ccc separuh jalan @ tidak lengkap)
ReplyDeletepengalaman saya... pemilik bangunan akan melantik arkitek atau perunding yang berkaitan.. adakalanya perlu sentuhan engineer, surveyor, perancang bandar... tgk keadaan bangunan tu mcmne... mereka2 ini akan menyediakan keperluan untuk dikemukakan kepada pihak PBT untuk kelulusan... kat sini bergantung kepada budibicara PBT nak proses mcmne... Kos? x dapat dipastikan... kena bincang dengan perunding tu... tq
DeleteAssalam Tuan.
ReplyDelete1. sy sudah menerima kunci rumah pada jul 19. tetapi ccc rmh belum diterima... apekah tindakan yg boleh sy buat.
2. Untuk dapatkan ccc adakah plan perlu diperbaharui. sekiranya plan sudah tamat tempoh.
sebelum tu... ni rumah taman ke rumah buat sendiri?... utk menjawab soalan ini , saya beranggapan ini adalah rumah taman yang dibeli dari pemaju.
Delete1. mengikut akta, bangunan perlu ada CCC sebelum diduduki, menerima kunci tanpa CCC bukan bermakna rumah itu boleh diduduki. Permohonan pemasangan meter biasanya pembekal air dan TNB nak salinan CCC. Tuan boleh semak dengan pemaju... Sekiranya tidak dilayan, semak dengan arkitek... kalau tiada jawapan juga boleh semak dengan PBT... dan last semak dengan Lembaga Arkitek samada CCC ini telah dikeluarkan atau tidak...
2. setiap kelulusan pelan ada tempoh sah lakunya... biasanya 12 bulan... apabila kerja ditapak telah dimulakan tempoh sah laku ini terbatal... x perlu renew kelulusan pelan untuk keluarkan ccc sekiranya pembinaan telah dimulakan / bangunan telah siap.
Jikalau rumah sudah siap (kontraktor dah bagi kunci) dan dah duduk. Rumah pun ok. Rumah kampung ja. Ada keperluan tak untuk dapatkan CCC? (Dah duduk setahun baru teringat apsal CCC ni.
ReplyDeletemerujuk kepada semangat CCC, semua bangunan perlu mendapat CCC. Memang diakui banyak rumah persendirian tiada CCC. Saya cuba kongsikan risiko utama shj... sekiranya bangunan itu runtuh pihak kontroktar tidak akan dipertanggungjawabkan kerana mereka tidak menandatangani borang2 G... Dari segi keperluan, tepuk dada tanya selera...
DeleteMaaf nak tanya..arkitek ada keluarkan ccc 2x dgn 2 tarikh...dan bila nak claim lewat serah.kunci...pemaju rujuk yg tarikh menguntungkan pihak pemaju.
ReplyDeleteApa saya boleh buat..mohon pencerahan .tq
ini salah, boleh report ke lembaga arkitek dan tribunal perumahan (kalau tak silap)... CCC hanya dikeluarkan sekali sahaja. kalau nak lagi kukuh, rujuk PBT untuk dapatkan CCC mana yang PSP kemukakan kepada PBT... kumpul semua bukti pastu laksanakan hak anda...
DeleteTuan kerja rumah sudah siap, tapi kontroktor tidak mahu menyerah dokumen G berkaitan untuk keluar CPC Dan CCC, apa tindakan susulan bleh Di ambil?
ReplyDeleteCPC dan CCC adalah dibawah tanggungjawab PSP... kontraktor tidak boleh mengeluarkan CCC.... tu pertama... Memang ada borang G yang perlu ditandatangani oleh kontraktor... biasanya mereka x mahu menyerahkan semula borang ini adalah disebabkan kontraktor ini tidak berdaftar... tindakan seterusnya ek... ssh nak jawab tu... klu payment blm habis bayar ok la... saya tiada jawapan, boleh rujuk lembaga arkitek untuk pandangan.
ReplyDeletenasihat saya, sebelum mula kerja, G1-G3 perlu ditandatangani oleh kontraktor. maaf tidak jawab soalan... hehehe
Salam tuan, apakah langkah2 yg perlu dilakukan untuk mendapat CCC bagi bangunan kilang yg telah didirikan pada tahun 60an, drawing asal pun sudah tiada. Tujuaan saya untuk mendapat perakuaan bomba. Harap tuan dapat membantu. Terima Kasih.
ReplyDeletePendapat saya, bangunan tahun 60an semestinya sudah ada ubah suai keatas bangunan tersebut. Nak mudah hantar as built drawing utk kelulusan pbt... Dalam masa sama biasanya pbt akan proses semula permohonan tuan... Pertimbangan sudah pasti memerlukan pelan utk bomba... Bole bincang dengan pbt tpt tuan tu...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTuan..klau dah dpt ccc adakah cf masih diperlukan?
ReplyDeleteXperlu sbb cf menggantikan ccc
DeleteSalam tuan.. Bagaimana proses utk dapatkn ccc utk bangunan persendirian? Adakah perlu melalui psp atau boleh terus direct kpd pbt?
ReplyDeleteCCC hanya boleh dikeluarkan oleh PSP samada arkitek atu jurutera shj. PBT tiada kaitan secara langsung dengan pengeluaran ccc
DeleteSalam tuan ..bagaimana pula jika rumah flat yang tiada CCC, Bolehkah pemilik renovasi rumah tersebut? Sbg contohnya membuat bypass saluran paip keluar rumah kerana selalu melimpah disebabkan tersumbat..
ReplyDeleteKamau rumah yg telah diduduki biasanya dah ada ccc... Bole rujuk badan pengurusan flat...
DeleteSekiranya ada sebuah rumah bertingkat 2 1/2 tingkat yang sudah berusia 13 tahun (2007 ~2020) dibeli dan kerja ubahsuai San pertambahan tingkat telah dilakukan.
ReplyDeleteWalaubagaimanapun, dalam proses pengeluaran CCC, ia telah ditahan atas sebab-sebab ketidakpatuhan, kemungkiran dan tidak lengkap pengakuan dari pihak pihak yang terlibat dalam pengubahsuaian itu.
Adakah itu satu kesalahan bagi pemiliknya, jika tanpa ada sebarang CCC atas kerja ubahsuai itu, masih berdegil untuk mendudukinya?
apa yg saya boleh simpulkan,
Delete1. semestinya bangunan asal rumah ini telah dikeluarkan cfo atau ccc.
2. Pengeluaran CCC ditahan? sapa yg tahan. Secara peribadi, sekiranya pbt tahan rsnya mcm ada yg x kena. Kalau PSP dah sign Borang F, maksudnya CCC dah dikeluarkan. Kuasa PBT bagi pendapat saya hanya perlu mengemukakan isu dan masalah ini kepada Lembaga Arkitek Malaysia utk tindakan lanjut.
3. kalau pemilik x boleh duduk, mereka nak duduk mana? hehehe... bukan itu, kerja ubah suai ini tidak menghalang pemilik menduduki rumah tersebut. segala risiko adalah ditanggung sendiri pemilik
saya nk tanya.. kalau kilang dah buat ubahsuai dan baru nak mohon CCC mcm mana ya?? dan apa kesan dan tindakan dari authority ?
ReplyDeleteKilang ni panjang ceritnya... Pertama, boleh ke kawasan tu dibuat kilang, boleh rujuk zon guna tanah kawasan tu. Setiap binaan Dan ubahsuai perlu mendapat kelulusan pbt...
DeleteUbahsuai tu ada kelulusan x?... Kalau xde disyorkan hantar as built kepada pbt... Lps tu baru bleh keluarkan ccc... Tindakan pbt? Boleh charge binaan tanpa kelulusan mengikut akta 133... Dinasihatkan rujuk pbt
Salam..saya nak tnya..rmh arwah Mak sy dah di bagikan kepada saya..tapi masa dia meningal xsempat nak bagi Tau apa2 documents pasal cf plan rmh smua sy cri xjumpa...pergi majlis daerah dia bagitahu fail dah Ada dalam store xleh Bantu kalau xada nom fail tu...jdi untuk saya dpat Kan cf balik macam Mana ya...arkitek yg urus plan rmh Ni pun sy xknl..rumah tahun 2009..terima kasih
ReplyDeleteRumah jenis macam mana tu. rumah sebiji, teres, berkembar, flat dll... Setiap rumah mungkin berbeza jawapan. sekiranya telah merujuk PBT, saya beranggapan ini rumah taman. Saya sendiri pernah mengalami keadaan ini dari orang awam. Sekiranya sukar utk dptkan salinan CFO tu, saya keluarkan surat perakuan yang menyatakan bangunan ini pernah dikeluarkan CCC. Biasanya surat ini diperlukan bagi urusan sewaan atau jual. Semua ini atas pertimbangan PBT mcmne nak bantu selesaikan masalah. Pengalaman saya tidak menggambar keadaan di lain2 PBT ye....
Deletesalam tuan... kalo rumah persendirian yang dah siap dan guna tukang kampung bukan kontraktor.. boleh ke buat permohonan untuk dapatkan CF..
ReplyDeleteAda pelan x? kalau ada boleh mintak Arkitek atau pelukis pelan tu keluarkan CCC. Biasanya keadaan ini tidak menggambarkan semangat proses CCC. PSP x pantau dari awal pembinaan.
DeleteTuan,soalan saya sama.so apa maksud tidak mengambarkan semangat proses ccc?masih bolehke saya dpatkan ccc walau guna tukg kampung?
Deletesalam tuan.
ReplyDeleteboleh sy tahu standard timeline untuk proses kelulusan ccc untuk vacant possession bg rumaj teres 2 tngkat?
tiada standard timeline bagi setiap pembangunan. Atas pemaju. Boleh rujuk S&P... Pelanggaran S&P boleh rujuk kepada tribunal perumahan. Jgn bagi muka kat pemaju.... hehehe
Deletesalam tuan. saya nak tanya. hotel yang telah beroperasi dari 2018,tapi tidak memiliki CCC,lesen PBT,dan segala lesen.Adakah salah di sisi undang undang?Permohonan CCC tidak lepas kerana tidak mencukupi kriteria yang ditetapkan.
ReplyDeletesalah. kesalahan bawah akta 133, 171, undang-undang kecil pbt dll
DeleteAsslam tuan.. CCC dikeluarkan hanya pada bangunan kan.. maksud saya xkisahla kan bangunan tue dibina di atas tanah geran/ tanah LPS / Tanah kerajaan / tanah hutan... or pbt hanya keluarkan CCC pada bangunan di atas tanah geran sahaja.. mohon pencerahan
ReplyDeletePBT x keluarkan CCC. PSP yg keluarkan. CCC dikeluarkan kepada bangunan yg telah diluluskan PBT... kelulusan pbt biasanya telah mengambilkira perihal tanah. so xkesah atas tanah apa yg penting pelan diluluskan pbt.
Deletesalam. saya dah dapat kunci pada disember 2020. sampai sekarang dah nak masuk 9 bulan masih belum dapat cf. bila call pemaju, ejen, dgn peguam semua macam tak menjawab soalan apa sbb cf lambat dapat. rumah sy dah duduk 3 bulan sebab dah siap. adakah salah utk menduduki rumah tanpa cf dan macam mana saya nak buat aduan berkaitan cf ni.
ReplyDelete1. Penggunaan perkataan atau istilah yg tepat adalah CCC bkn CF. Tapi kita mmg dah biasa dengan istilah tu...` byk perbezaan 2 tu..
Delete2. Memang salah ddk dalam bangunan yg xde cf / ccc. nanti pemaju boleh lepas tangan kalau ada apa2 yang berlaku.
3. tujuan pemaju beri kunci awal ni cuma 1 tujuan shj... elakkan bayaran denda lewat siap (LAD)... kalau lewat sebulan 2 keluarkan ccc tu mcm biasa dengar... tapi kalau dah 9 bulan kes naya ni... call semula pemaju n tanya ccc bila boleh keluar, kalau x dpt jwb bgtau jek nak buat aduan ke tribunal perumahan... n pastikan buat aduan betul utk kepentingan pengguna...
saya dah call banyak kali tuan tapi alasan nanti nk tanya kontraktor, alasan pkp. peguam pun tak jawab whatsapp. dalam situasi ni boleh ke sy laporkan kepada tribunal pengguna dan juga peguam sy laporkan kpd bar council? sy buntu..
Deletecara lain adalah rujuk PBT, tanya samada mereka dan keluarkan CCC atau belum. Biasanya PBT akan dapat salinan CCC kalau dah dikeluarkan la... Kalau x keluar lagi mintak no telefon Arkitek. rujuk arkitek sebab mereka yang akan keluarkan CCC tu. kalau semua xde boleh rujuk ke tribunal (pasal rumah), yg lawyer rujuk jek ke bar council... arkitek pulak buleh rujuk ke Lembaga Arkitek Malaysia... rujuk bermaksud tanya pendapat bar or persatuan or tribunal tindakan yang perlu diambil seterusnya...
Deleteapa kesan jika CCC projek delay terlalu lama ya?
ReplyDeleteprojek x siap lg tu... kesannya pemaju akan tanggung LAD sebab projek lambat siap... rujuk SNP tuan... biasanya pemaju akan kejar masa tu...
DeleteNak tanyer klu CCC telah diberi tarikh dan penyerahan borang ke OSC tidak dibuat dlm 14 hari apa issue ye
ReplyDeletesegala ketidakpatuhan berkaitan proses CCC PBT / pemaju / pemilik bangunan, perkara ini boleh dipanjangkan kepada Lembaga / pertubuhan yang berkaitan untuk tindakan lanjut. Termasuk berkaitan tempoh mengemukakan salinan CCC kepada PBT dalam tempoh yang ditetapkan. Pengeluaran CCC tetap sah walaupun PSP gagal mengemukakan salinan CCC dalam tempoh yang ditetapkan. ni sepengetahuan saya la... tq
Delete