Politik dari sudut pandang Saya
Assalamualikum dan salam pemirsa teman-teman. Buat kesiankalinya, saya cuba konsisten dalam penulis disini. Dalam keadaan sedar, diakui penulisan blog semakin berkurangan dek blogger yang tekun dgn penulisan tidak dapat menandingi media sosial lain... Bagi orang macam saya, penulisan tetap diteruskan sebab ianya telah menjadi sebahagian perkara yang disukai.
Politik di Malaysia bagi saya ianya berjalan 24jam setiap hari... Belum nampak politik matang di negara ini... setiap hari saban waktu kita sentiasa didendangkan dengan lagu politik yang hambar... Tidak kira parti mana sekalipun semua ada ceritanya sendiri. Setiap orang politik akan melihat musuh politik semua salah... Yang jadi kerajaan selahkan pembangkang dan pembangkang salahkan kerajaan... So siapa yang betul? Yang menyatakan siapa betul dan siapa salah adalah penyokong tegar masing2... Bagi rakyat yang non partisme mereka melihat isu apa yang diketengahkan... Rakyat sekarang sudah bijak menilai politik... Bagi saya sepatutnya politik sekarang sudah maju dan matang bukan sekadar bermain politik sepanjang masa.... Bekerjalah kerana mandat rakyat telah ditunjukkan melalui keputusan pilihanraya...
Saya bukan orang politik, tetapi saya suka melihat perkembangan politik... apa yang boleh dikatakan sekarang adalah setiap parti politik tidak boleh mendabik dada bahawa mereka boleh menang dengan mudah di kawasan masing-masing... PRU 15 membuktikannya... Dipandangan peribadi saya, setiap parti perlu menukar cara bekerja untuk memenangkan hati rakyat.... Rakyat bukan nak kaya melalui YB-YB, tapi kami memerlukan kehidupan yang lebih bahagia dan tidak membebankan...
Dikalangan wakil rakyat, bertindaklah secara profesianal... kerajaan membantu pembangkang dan sebaliknya... Tutuplah cerita dendam kesumat masing-masing... Rakyat memerhati... Di medsos semua parti menghentam antara satu sama lain... laskar siber sedang sibuk memburukkan antara satu sama lain... dosa, pahala, fitnah tolak tepi... bagi penyokong parti memang apa yang dicakap oleh rakan separti itu benar... jadinya sapa yang salah? ini dah beri bebanan kepada rakyat untuk berfikir.... hahaha
Kemana hala tuju pengundi saluran 4,5,6 dan keatas? Halatujunya mudah, mereka ingin kehidupan yang lebih baik... apa nak buat? berilah tumpuan kepada kos sara hidup dan peluang pekerjaan.... Rakyat faham situasi ekonomi sekarang tapi itulah cabarannya... Susah? kalau ini alasannya baik x payah masuk politik....
Kalau kita lihat keadaan politik sekarang, saya agak sedih kerana sekaum, sebangsa dan seagama mengata sesama sendiri... sampai bila? berubahlah... habiskan sengketa politik itu.... Bersama-samalah membangunkan negara ini.... Dalam politik tiada istilah musuh adalah selamanya musuh dan kawan tidak selamanya menjadi kawan sampai bila-bila... lumrah politik semasa begitulah...
Pesanan kepada orang politik, janganlah ada niat untuk mengaut kekayaan melalui politik...
Semestinya ada yang tidak senang dengan penulisan ini... Apa yang dikongsikan ini adalah pendangan peribadi dan saya yakin penulisan ini juga tidak mengubah apa-apa berkaitan landskap tanahair... Ini sekadar luahan hati seorang rakyat Malaysia...
Jumpa lagi dilain kesempatan... chau chin chau... tata
Comments
Post a Comment