Mersing Kita. Part 1

Assalamulaikum dan salam pemirsa teman-teman... Berjumpa semula pada perkongsian hari ini... Perkongsian kali ini dianggap antara perkongsian yang memerlukan beberapa kajian, bacaan dan carian khusus supaya perkongsian ini sesuai dgn masa sekarang iaitu tahun 2023... Agak lama nak siapkan Part 1 ni.... Part 1 pun amik masa lebih sebln nak siapkan... x tau la Part 2 bila boleh siap... Tapi komitmen saya adalah untuk menyiapkan perkongsian ini hingga part akhir...




Mersing... Mungkin ramai dah sampai ke Daerah ini. Daerah pelancongan yang menjanjikan pengalaman yang mempesona kepada yang hadir. Yang menarik silalah kongsi kepada semua... mana yang kurang elok silalah maklumkan kepada kami supaya kami boleh baiki.

Sesekali menulis bahasa ilmiah dirasakan perbezaan... hahaha... Kali ini saya ini berkongsi perihal Mersing. Penulisan yang dirasakan memerlukan beberapa siri perkongsian. Akan cuba mengupas dan berkongsi secara terperinci berkaitan Mersing. Tak kenal maka tak cinta... Jom mulakan penulisan yang panjang.... semoga bermanfaat...


Sejarah Mersing

Sekiranya mengkaji, pelbagai versi sejarah Mersing. Bagi perkongsian kali ini saya mengambil versi sejarah Mersing yang ini... 

Mengikut kajian sejarah yang dibuat oleh Sejarawan Johor iaitu Allahyarham Dr. Haji Shaharom Hussain bersama Tuan Haji Kamdi bin Kamli, Pegawai Sejarah Yayasan Warisan Johor pada tahun 1992, nama Mersing adalah berasal daripada nama tumbuhan yang dikenali sebagai ‘Mersinga’ atau nama saintifiknya ‘Carallia Brachiata’ yang banyak tumbuh di persisir pantai Mersing. Tiupan angin daripada Laut China Selatan ke pantai Mersing yang mengenai daun-daun pokok Mersinga tersebut telah menghasilkan bunyi yang gemersik. Akhirnya lama-kelamaan orang-orang Melayu yang merupakan penduduk asal daerah ini menamakan kawasan itu sebagai Mersing.

Nadi utama pembangunan Mersing ialah kegiatan pertanian seperti rancangan FELDA, FELCRA dan RISDA. Pembukaan tanah itu mengubahkan sedikit demi sedikit wajah Bandar Mersing.

Daerah Mersing yang ada pada masa itu mempunyai petempatan yang berselerak seperti Lubok (kini dikenali sebagai Pengkalan Batu, Tenglu, Sri Pantai dan tempat-tempat lain). Kesemua tempat ini mempunyai cara yang tersendiri mendapat namanya.

Pada zaman pendaratan Jepun di Mersing, mereka telah membakar kawasan Bandar Mersing dan memusnahkan jalanraya dan jambatan konkrit yang dibawa oleh Inggeris. Pusat Pentadbiran Jepun masa itu, kini telah didirikan Bangunan Majlis Daerah Mersing.

Penduduk asal Mersing pula, pada zaman dahulu kala berasal dari negeri Terengganu. Ini dibuktikan dengan terdapatnya beberapa kampung yang mengusahakan keropok lekor ikan. Ada juga antara penduduk tempatan yang fasih bertutur dalam télor Terengganu

 

LATAR BELAKANG MERSING

Daerah Mersing yang terletak di bahagian Timur Negeri Johor. Daerah ini bersempadan dengan 3 buah daerah dalam Negeri Johor iaitu Daerah Segamat, Kluang dan Kota Tinggi. Manakala di bahagian utara Mersing pula bersempadan dengan Daerah Rompin, Pahang.

Mersing merupakan daerah keempat terbesar dari segi keluasan tanah di Negeri Johor, iaitu seluas 285,659.00 hektar (705,878.76 ekar). Keluasan ini adalah 14.87% daripada keluasan seluruh Negeri Johor.

Daerah ini merangkumi sepuluh (10) buah mukim dan terletak di bawah kawasan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Mersing (MDM).


Pelan Lokasi Daerah Mersing


KELUASAN DAERAH MERSING

Kawasan kajian Rancangan Tempatan Daerah Mersing 2030 (Penggantian) merangkumi keseluruhan kawasan Daerah Mersing dengan keluasan 285,659.00 hektar (No. Pelan Warta PW 2886) atau 14.87% daripada keluasan Negeri Johor.

Terdapat sepuluh (10) buah mukim di Daerah Mersing dengan keluasan seperti berikut:

Keluasan mukim yang terbesar adalah Mukim Mersing yang berkeluasan 76,753.71 hektar (26.87%), diikuti dengan Mukim Lenggor berkeluasan 63,327.74 hektar (22.17%).

Manakala mukim yang paling kecil adalah Mukim Pulau-pulau berkeluasan 5,481.79 hektar (1.92%).

 

PENDUDUK DAERAH MERSING

Maklumat asas berkaitan perkara ini adalah seperti berikut:

1. Jumlah penduduk Mersing pada tahun 2020 adalah seramai 77,350 meningkat 1.1% berbanding tahun 2010

2. Di Mersing lelaki lagi ramai ((41,319 org) berbanding wanita (36,031 org).

3. Komposisi kaum Melayu (85%), Cina 9.6%), Bumiputera lain (3.9%), India (1.2%) dan Lain-lain (0.3%).

Laporan lengkap boleh rujuk kepada Penemuan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.


GUNA TANAH DAERAH MERSING

Guna tanah utama bagi Daerah Mersing pada tahun 2019 adalah guna tanah hutan yang berkeluasan 203,549.03 hektar iaitu 71.06% daripada keluasan daerah. Perhutanan di Daerah Mersing terdiri daripada hutan simpan kekal, hutan tanah kerajaan dan kawasan berhutan. Seterusnya diikuti guna tanah pertanian seluas 70,160.49 hektar iaitu 24.49%.




HIERARKI PETEMPATAN

Berdasarkan Rancangan Fizikal Negara ke-3 (RFN3) dan Dasar Perbandaran Negara ke-2 (DPN2), Bandar Mersing merupakan Bandar Tempatan. Dalam konteks Draf Rancangan Struktur Negeri Johor 2030, Hierarki petempatan Daerah Mersing dikategorikan sebagai Pusat Wilayah Negeri (Wilayah Timur Negeri johor) yang perlu ditekankan dan diterapkan perancangan pembangunan yang bersesuaian dalam kajian rancangan tempatan daerah ini.


Hierarki Petempatan di Daerah Mersing
Hierarki Petempatan di Daerah Mersing


Hierarki Petempatan bagi Pusat-Pusat Petempatan di Daerah Mersing




SISTEM JARINGAN DAN PERHUBUNGAN

i.           PENGANGKUTAN DARAT

Laluan utama yang menghubungkan Daerah Mersing dengan daerah bersempadanan dan bandar-bandar utama di dalam dan luar daerah ialah:



ii.         PENGANGKUTAN AIR

Sistem pengangkutan air di Daerah Mersing tertumpu kepada kawasan Sungai Mersing dan Laut Mersing di mana kawasan ini terdapatnya jeti dan pelabuhan bagi menurunkan penumpang serta aktiviti perikanan. Bagi pengangkutan air, Jeti Mersing, Bandar Mersing dan Jeti Tunjuk Laut, Tanjung Leman merupakan pintu masuk utama ke pulau-pulau.

 




PEMBANGUNAN WILAYAH/ NEGERI DAERAH BERSEMPADANAN

Negeri Pahang (Rompin) merupakan negeri yang bersempadan dengan Daerah Mersing. Manakala bagi daerah di dalam Negeri Johor yang bersempadan dengan Daerah Mersing adalah Daerah Kluang, Kota Tinggi dan Segamat. Berikut merupakan rumusan pembangunan daerah bersempadan berdasarkan Jadual dibawah.





Ok end Part 1 pasal Mersing... jumpa lagi part 2...

Chai chin chau... tata


Comments

Popular posts from this blog

Sama tapi x serupa... UP sebelum bacaan ikrar....

DORAEMON.... Sejarah kartun yang kartun...

CCC: ANTARA BUKU DAN AMALAN