Posts

Showing posts from December, 2022

Pengurusan dimensi baru : Fosil management, Try and Error, Wait and See

Image
Assalamualaikum dan salam permisa teman-teman. Berjumpa lagi pada perkongsian hari ini. Saya sangat ikuti rapat ZRA Strim melalui youtube atau facebook sebagai platform ilmiah yang menyeluruh, bebas dan terkini. Saya syorkan semua pembaca mengikuti strim Hj Zainal Rashid Ahmad sebagai salah satu sumber berita terkini. Berita atau cerita yang tidak mungkin media tempatan akan bercerita mengenainya. Ada satu topik yang saya rasa amat rapat dengan saya iaitu mengenai fosil management. Pada strim tersebut ZRA melihat sisi pengalamannya sendiri. Terpanggil untuk mengolah isi cerita tersebut berdasarkan pengalaman sendiri. Menarik untuk diceritakan. Coretan peribadi untuk peringatan diri.  Fosil dinasour memang berharga sekarang ni… Tapi fosil management hanya akan tinggal sejarah dan cerita. Pengurusan yang dilaksanakan dengan jayakan tahun lepas pun belum sesuai untuk tahun ini… maka kaedah pengurusan tahun lepas tu pun boleh dikategorikan sebagai fosil.. Fosil Management … Kalau masih