Qurban 2023 by Budak Kandang

 Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Alhamdulillah berakhir tugasan kami dalam menyempurnakan hajat pelanggan kami dalam menjalankan ibadah qurban. Semoga qurban yang dilaksanakan mendapat ganjaran dan diterima olehNya.

Dikesempatan ini juga saya mewakili syarikat dan budak kandang ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang diberi bagi melaksanakan niat qurban tuan puan.



Penulisan kali ini adalah perkongsian perniagaan kepada semua. Pengalaman membuka kandang ingin dikongsi kepada semua. Tiada istilah rahsia perniagaan di pihak kami kerana kami percaya rezeki itu daripada Allah. Kami juga bersyukur kerana rakan-rakan kandang yang berhampiran saling membantu antara satu sama lain... Tiada istilah merah mata tetapi semangat kerjasama yang jitu ditonjolkan...Sebarang masalah dan potensi perniagaan sering dibincangkan... kami nak 1 berjaya semua akan turut berjaya... Luar biasa...


Kandang kami baru hampir 7 tahun. Pelbagai pengalaman telah ditempuhi. Yang menariknya semua yang ada sekarang datang dengan tidak dirancang secara sempurna... Dia hadir dari semangat dan keyakinan sahaja... Tiada ilmu khusus dan pengalaman penternakan sebelum ini... tetapi benarlah kata orang lama... Malu bertanya sesat jalan. 


Bagi saya asas penternakan adalah.....

Terpaling utamanya adalah MINAT... lepas minat barulah perkara lain diambilkira...

Pertama: Siapa yang nak jaga? kita main benda hidup beb... Ramai yang berminat tetapi persoalan ini mereka tiada jawapan. Ramai yang terkena perniagaan tidak menjadi disebabkan perkara ini.

Kedua: Nak bela kat mana... Basic think utk benda ni... jgn la korang bela lembu kat taman perumahan sudah.... Perincian size kandang mungkin boleh dirujuk kat en google...

Ketiga: Modal... Modal kandang, beli ternakan, makanan, pengangkutan dll... kami mulakan perniagaan dengan modal yang ada... segala persiapan kami mulakan dengan sumber yang ada pada masa itu... Menjadi kelebihan kepada sesiapa yang mempunyai modal yang besar... Diperingkat permulaan jangan mengharap bantuan kerajaan kalau ko xde kenalan... Pengalaman kertas kerja ditong sampahkan saya pernah rasa... Pengajaran dan pengalaman... Selepas semuanya hampir sempurna akan mudah untuk kita memohon pelbagai bantuan... Buat semampunya dulu dan sekali lagi saya bgtau jangan mengharap bantuan kerajaan...

Keempat: Sumber makanan... kena rajin study lubang makanan yang ekonomi... satu tahap kami sediakan menu makanan lembu dengan menyusun perbelanjaan utk makanan... maklumlah modal kami kecil jek... Gi la kursus yang berkaitan dengan penternakan...

Kelima:mana nak dapat barang yang murah dan berkualiti... kalau nak bleh roger... hehehehe

Keenam: terget market... nak jual harian?, bermusim?.... semua ini akan berbeza dari segi pengurusan dan marketing... Saya bukan pakar tapi yang taunya setiap target ini memerlukan perancangan yang berbeza.... 

Ketujuh: bersedia dengan sebarang risiko... ditipu, kecurian, sakit, kematian dll

Senarai ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri... Tetapi percayalah semua ini berbaloi bila kita dapat hasilnya... 

Saya x kata kami dah berjaya sepenuhnya... Utk perkongsian bersama, setiap tahun kami sentiasa belajar dan terus belajar... Penulisan ini adalah perkongsian asas sebab kami bermula dari nol, zero, kosong, 0.... tetapi setakat ini kami bersyukur dengan apa yang ada... kalau dibandingkan dengan tempat lain semestinya kami ditempat 3 terakhir tetapi kami akan cuba memberikan yang terbaik kepada semua pelanggan kami...


Diharapkan perkongsian ini memberi sedikit maklumat asas dalam bidang penternakan.

setakat ini kami ada menawarkan lembu, kambing, kerbau dan rusa... kami mengalu-alukan kehadiran semua ke kandang kampung kami untuk tgk2 apa yang ada.... 

Jumpa kami di Jln Bringin, Kg Maju Jaya Pekan Nanas Pontian Johor...

Sekian perkongsian kali ini... jumpa lagi dikesempatan lain... chau chin chau... tata




Comments

Popular posts from this blog

Sama tapi x serupa... UP sebelum bacaan ikrar....

DORAEMON.... Sejarah kartun yang kartun...

CCC: ANTARA BUKU DAN AMALAN