Posts

Aku Kaya...

Image
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman.. Berjumpa lagi pada hari ini bersamaan puasa ke 10 tahun 2024. Macam lama rasa x bercerita...  Minggu lepas ada pengalaman yang sangat baik untuk diri sendiri... satu petang dengan 2 cerita berbeza... Cerita pasal kaya... Berjumpa dengan seorang awam yang sangat biasa... Penampilan tidak menunjukkan kemewahan dan kekayaan, tetapi disebalik penampilan itu, sebenarnya dia sudah jutawan dalam usia 30an... tidak bercerita berapa dia ada, buat apa tapi daripada sembang-sembang kosong tu saya dapati dia ada lebih dari penampilan. Simple nya la hai... Selang beberapa jam selepas itu, terjumpa la kawan sorang ni... jaga imej dan penampilan... Sembang boleh tahan juga la... dalam syok sembang tu mungkin dia terlupa dia cerita dengan siapa... Xpe kita jaga hati... layannnn... Kalau orang lain mungkin dah angkat bontot, tapi saya sangat memahaminya... hehehe... Gambaran rakan ni mudah, kalau helikopter masih tiada di Malaysia ni pastinya dia lah org

Nego Sikit....

Image
Dalam sebuah acara temuduga... Pencari kerja (PK) : "Assalamualaikum tuan" Majikan (M) : "Waalaikumsalam. Sila duduk" Diringkaskan cerita, setelah soalan asas dikemukakan dan sesi perkenalan diri berakhir pertanyaan yang lebih serius pun bermula... M : "Ini ada pen parker, saya ingin menjual pen ini dengan harga RM121.70, cuba awak nego harga ini kepada RM50.00. Yakinkan saya untuk terima dengan harga yang awak nak dan saya bersetuju untuk menjual pen ini kepada awak dengan harga RM50.00" PK : "Pertamanya saya nak bagi tau ini bukan pen jenama parker" M : "Awak anggap jek la ni pen jenama tu" PK : "Baik... Boleh tuan jual pen ini dengan harga RM50.00 kepada saya?" M : "Maaf harga saya tetap, kalau nak pen ini saya jual dengan harga RM121.70" PK : "oooo... kalau macam tu saya tak la pen ni...." M : "Tapi ini bukan tawar menawar. Awak terus putus asa dan tiada usaha untuk membuat tawar menawar" PK :

Banyaknya Homestay...

Image
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Saya baru balik dari menghadiri kelas menari... di akhir kursus saya gagal... maksudnya tiada kemahiran untuk menari, mungkin lepas ini cuba ikuti kelas drama dan teater... bukan kelas itu yang nak dikongsikan tapi nak kongsikan cerita pasal tempat penginapan sepanjang kelas tu... Homestay... Kenapa homestay? Sebabnya saya ingin membetulkan penggunaan istilah atau perkataan homestay tu... Kita ni biasalah, selalu terikut apa yg biasa orang cakap padahal benda tu salah... xpe sudah masanya kita betulkan keadaan ini. Asal rumah yang nak disewakan jek mesti org sebut Homestay... Apa benda homestay ni sebenarnya...  Perkataan homestay ini sebenarnya telah ramai yang confius / keliru / salah guna maksud dll... Apa yang saya tahu Homestay ini adalah istilah atau perkataan yang digazetkan dan digunakan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).. Homestay ni macam satu program la kiranya... Program khusus untuk industri desa... So home

Cerita jual pen...

Image
 Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Untuk ke seterusnya kalinya saya cuba berkongsi sedikit cerita tentang hidup berniaga... Cerita berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman rakan-rakan... Saya bukan ahli perniagaan yang berjaya tapi saya suka berkawan dengan orang berniaga dan suka berniaga... x dpt banyak tapi dia punya rasa lain kalau berniaga...  Sesiapa kalau nak buat t'shirt, gift, cetak buku dll boleh roger la ek... Kalau nak cari lembu, kambing, rusa pun boleh roger... Rasanya ramai yang pernah dengar cerita seorang penemuduga dalam sessi temuduga meminta pemohon kerja untuk jual pen.. terutamanya untuk jawatan sale... praktikal kata dia... Penemuduga meminta diyakini untuk membeli pen tersebut, maka pelbagai cara, cerita dan pujuk rayu untuk menjual pen tersebut... koman punya cara... Tetapi ada seorang ni jawapannya berbeza... Apabila diberi pen, dia menjual semula kepada penemuduga... "Awak ambil pen ini dan cuba yakinkan saya untuk membeli pen ini d

Cerita Kambing Hitam

Image
Assalamuaalaikum dan salam pemirsa teman-teman. Harap ceria dan sihat sentiasa.. Jangan main hujan nanti demam. Pesanan ibu kepada anak... Bila ibunya jenguk dari jendela terlihat 2 beradik tu sedang seronok menikmati titisaan air hujan itu... Bila dimarahi ibu, si adik terus cakap... Abang yang ajak main hujan. Walhal keseronokaan menadah air hujan pakai mulut adalah persetujuan bersama... Contoh mudah abangnya di Kambing Hitamkan oleh si adik. Sambil duduk santai atas rumah ternampak kambing yang terlepas kandang. Tercetus idea untuk cuba berkongsi kehidupan dengan kambing hitam.  Kambing Hitam bermaksud orang yang dipersalahkan dalam sesuatu kejadian; mengkambinghitamkan mempersalahkan seseorang dalam sesuatu kejadian, menyalahkan atau menunjukkan kesalahan (orang dll) (Kamus Dewan Edisi Keempat). Maksud yang jelas. contoh ayat: Daniel menjadi kambing hitam apabila berlaku kecurian di kawasan perumahan itu. Kenapa kambing hitam digunakan, sedangkan kambing hitam merupakan seekor hai

Buruh Paksa

Image
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman.... Sepertimana penyataan di dalam posting sebelum ini penulisan ini adalah berdasarkan pengalaman, bacaan, tontonan dan perbincangan bersama rakan-rakan di meja kopi...Blog ini juga adalah sebagai rekod peribadi yang dikongsi sama... Semoga menjadi sebahagian jambatan ilmu utk semua... Kali ini saya nak berkongsi cerita berkaitan Buruh Paksa... Berkesempatan menghadiri program FGV yang diserta pelbagai latar belakang orang... Dirasakan saya perlu berkongsi pengetahuan ini kepada semua... Topik yang sangat mendapat perhatian... Disokong dengan gaya penyampaian yang amat baik dan menghiburkan... Tak bosan... Dicatatkan disini sebagai tambahan ilmu untuk semua... Tapi masih ada lagi ke buruh paksa... teringat cerita Blood Diamond, ada elemen buruh paksa... Tapi zaman moden sekarang ada ke Buruh Paksa? Apa yang pasti pelbagai usaha pihak kerajaan untuk memastikan buruh paksa tiada di negara ini... Akta Kerja 1955 dan Larangan Buruh Paksa, pind

Stadium dan kita...

Image
 Assalamualaikum dan salam pemirsa.. sedar tak sedar dah bulan oktober 2023. Sekejap masa umpama bakar ubat nyamuk tetapi nyamuk masih menggigit kerana asap dah terpadam... cepat dan pantas... Bukan cerita pasal masa tapi saya nak berkongsi pengalaman sendiri berkaitan stadium... ni pun sebab gi stadium dan tgk game yg bukan dari pasukan sendiri... gi mana-mana tempat org, kalau ada game kat stadium kita abiskan masa masa malam dgn rasa suasana tempat lain... tu pun kalau sempat la... Stadium yang memberi pelbagai pengalaman dan pengajaran dalam erti hidup... Di stadium juga lah mengajar 1001 pengalaman dan cerita spontan yang hingga kini kekal lawaknya. Saya mula menjejak kaki di stadium pada awal 1990an... Naik moto dengan pakcik dari Pekan Nanas ke Larkin... Johor vs Kedah... penuh... igt lagi masa ni... gigih... meriah... sesak... Tapi bukan ini yang saya nak cerita... Cuma nak bgtau saya dah jejak kaki kestadium seawal 1990 an lagi... Stadium negeri2 byk gak la dah masuk... Layan