DORAEMON.... Sejarah kartun yang kartun...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera... berjumpa lagi pada penulisan seterusnya.... kita cerita pasal kartun pulak... kenapa pulak Doraemon? Idea tercetus bilamana kita melayan karenah anak2.... anak2 sekarang banyak tanya... so sebagai bapa yang berwibawa kita kena layan persoalan anak2 dengan apa cara sekalipun.... bila ditanya doraemon tu kucing ke beruang senang kita nak jawab... so bila byk sangat ditanyanya, last2 cerita doraemon yg kat tv tu pun abis... cis... hahaha...
bila byk tanya terpaksa la bapaknya ni tanya en google... so dari situ banyak la info2 yang dpt dari hasil carian doraemon... kat sini saya cuba berkongsi rangkuman info2 yang diperolehi... fuh... penat baca....
Hasil penulisan ni adalah pemaham dari yang dibaca so kalau salah harap dapat dibetulkan.... sumber? pelbagai sumber dari en tv, en google dan youtube... bahasa inggeris, indon, jepun dll... hahaha...
Saya ni x la obses dengan Doraemon tapi saya minat berkongsi carian sendiri. Penghasilan paling lama ni... dekat 3 minggu gak utk siapkan post ni sampai ayat terakhir.
Asal Usul dan Sejarah Kartun Doraemon
Doraemon merupakan sebuah majalah/komik popular sekitar tahun 1969 dan dikarang oleh Fujiko F. Fujio. Ia mengisahkan kehidupan seorang kanak-kanak bernama Nobi Nobita yang boleh dikatakan pemalas dan sedang belajar di kelas 5SD. Dia didatangi oleh sebuah robot kucing bernama Doraemon yang datang dari abad ke 22 atau lebih tepat pada tahun 2112. Kehadiran Doraemon adalah untuk memperbetulkan keadaan masa akan datang terutamanya masalah kewangan keturunan Nobita yang pastinya berpunca daripada Nobita.
Nobita yang terkenal dengan kesengalannya selalu gagal dalam exam. Selain itu, dia juga sering diganggu oleh Giant dan Suneo. Dalam keadaan inilah, Doraemon selalu bantu Nobita dengan pelbagai peralatan yang dikorek dari poket Doraemon.... Ok tu cerita secara ringkas Doraemon.... kena ikuti cerita ini dengan tenang supaya tidak serabut perut... banyak lg ni....
ok sambung...
Doraemon adalah sebuah robot kucing yang dicipta pada 3 September 2112 di sebuah kilang di Tokyo, Jepun. pengeluaran besar-besar pelbagai jenis robot adalah pada abad ke-22. Mengikut sejarah, walaupun Doraemon ini sebuah robot, dia juga perlu ke kelas untuk mengikuti pelbagai pelajaran. Apa yg dia belajar x dapat dikenalpasti. Sebenarnya Doraemon dan Nobita ni sama-sama sengal... Dalam setiap ujian, Doraemon pasti dalam senarai bawah. tapi sesengal-sengan dia, akhirnya dia lulus juga.
Akibat tahap kecerdikannya, Doraemon telah dilelong dan ditawarkan kepada sebuah keluarga miskin. Doraemon bekerja di rumah keluarga itu sebagai babysitter / pengasuh kepada keturunan Nobita. Senang cakap Doraemon ni bekerja cucu Nobita bernama Sewashi.
Beberapa peristiwa penting sepanjang tempoh bekerja dengan Sewashi dapat dikenalpasti iaitu menjawab bersoalan kenapa Doraemon takut tikus dan betul ke Doraemon warna biru?... kedua2 cerita ni ada kaitannya...
Mengikut catatan sejarah... ewahhh, mcm buku sejarah pulak... hahaha... Warna asal Doraemon adalah kuning. Semasa menjaga anak Sewashi, mereka telah mempermainkan seekor tikus dengan menakut-nakutkan tikus tu... Akibatnya tikus tu berdendam dan semasa Doraemon sedang tidur, tikut tu melepaskan dendamnya dengan mengoyakkan telinga Doraemon... Akibatnya doktor tidak boleh membaiki telinga yang telah dikoyakkan tu, dan nak senang telinga Doraemon dibuang terus... Selepas pembedahan Doraemon melihat cermin dah punyalah terkejut melihat dia dah xde telinga warna badan yang berwarna kuning telah bertukar menjadi biru.... sejak hari itu, warna badan Doraemon kekal biru, xde telinga dan takut tikus..
Ada juga yang menyatakan selepas Doraemon xde telinga, dia menangis selama 10 hari dan air matanya terkena kulis dan terus berubah kepada warna biru.

Pelbagai versi pertukaran warna Doraemon ni.... Tapi versi yang saya tulis ni saya yakin ini yang betul... hahaha...
Pertemuan Awal Nobita Dan Doraemon
Sewashi adalah cucu Nobita yang menanggung hutang hasil peninggalan Nobita. Selepas melihat keadaan Sewashi yang serba kekurangan... Sewashi menggunakan kelebihan Doraemon untuk mengubah nasibnya... Menggunakan Mesin Masa Sewashi menghantar Doraemon kembali kezaman Nobita di kanak-kanak untuk membetulkan keadaannya.
Pada ketika Doraemon berjumpa iaitu pada hari pertama tahun baru, Nobita macam biasa tengah lepak sambil baring dalam bilik sambil makan kuih Dorayaki. Tiba-tiba Nobita terdengan suara aneh yang meramalkan kejadian untuk tempoh 30 minit dan 40 minit mendatang. kemudian muncullah Doraemon dari laci meja tulis Nobita. Nobita sangat terkejut dengan kehadiran Doraemon. Dalam keadaan terkejut tu, dengan selamba Doraemon makan kuih Dorayaki tu dan bermula dari situ Doraemon sangat sukakan kuih itu. Selepas habis makan Doraemon pun masuk semula kedalam laci dan menghilang.
Beberapa minit kemudian, muncul pula Sewashi. Dia menceritakan secara panjang lebar berkaitan hubungan mereka dan memanggil Nobita sebagai 'Atuk'... Nobita semakin bingung dan hairan. Sewashi juga memberitahu Nobita di masa hadapan Nobita akan berkahwin dengan Jaiko iaitu adik Giant. Dengar jek cerita tu Nobita mengamuk dan menghalau Daraemon dan Sewashi. Akibat ketakutan mereka berdua masuk semula ke dalam laci (mesin masa).
Ayah dan ibu nobita dengar kecoh2 dalam bilik Nobita. mereka masuk ke dalam bilik dan Nobita menceritakan kejadian itu. Mereka ketawa dan dan beranggapan Nobita hanya berkhayal. Ternyata apa yang diramalkan dalam tempoh 30minit tu berlaku. Begitu juga 40 minit kemudian.
Semasa Sewashi meninggalkan Nobita, albumnya tertinggal. Nobita membelek album dan melihat keadaan keturunan Nobita pada m
asa akan datang sangat malang bahkan hutang Nobita terpaksa ditanggung oleh keturunannya. Doraemon dan Sewashi sekali lagi berjumpa dengan Nobita dan berjaya meyakinkan Nobita bahawa Doraemon akan membantunya untuk merubah nasib Nobita pada masa akan datang... tu la lebih kurang permulaan cerita Doraemon ni...
Pelik dan tak logik? memang sebab ini cerita kartun... hahahaha
Watak-watak Utama Cerita Doraemon
Setiap cerita mesti ada watak utama dan extra. So kat sini dikongsikan watak dala siri animasi Doraemon.
1. Doraemon
Sebagai protagonis anime ini dah tentu cerita dia ni panjang sikit ya...
Robot kucing bewarna biru yang berasal dari abad ke 22 telah kembali ke abad 20 untuk merubah nasib keturunan Nobita. Lahir pada 3 september 2112. Tinggi 129.3cm dan berat 129.3kg. Dorayaki merupakan makanan kegemaran Doraemon. Dia sangat menyanyangi dan setia kepada Nobita dan sentiasa menolong dalam kesusahan.
Doraemon merupaka robot kucing yang diilhamkan dan dicipta sendiri oleh Nobita. Ketika dicipta Nobita diumur pertengahan, tidak dapat dipastikan berapa umur Nobita ketika mencipta Doraemon. Senang cakap Doraemon ada ketika ia dicipta. Penciptaannya gagal dalam ujian. Walau bagaimanapun, ia tetap robot yang canggih dan mempunyai naluri manusia seperti sedih, gembira, takut dan sebagainya. Dia juga mempunyai kuasa tersembunyi iaitu apabila tertekan kepalanya akan menjadi lebih keras daripada batu... tp bukan kepala batu ek...
Nama Doraemon adalah daripada 2 patah perkataan iaitu DORA dan EMON. Dora ini adalah diambil dari perkataan Nora - Noraneko atau dlm bahasa melayunya kucing terbiar.... Noraneko ditukar kepada Dora... Emon pulak boleh disimpulkan kepada bahasa tempatan jepun yang membawa maksud lelaki / jantan... kira macam bahasa pasar la...
1293 adalah special no bagi Doraemon... boleh beli nombor ni... hahaha... berat 129.3kg, tinggi 129.3cm, boleh belari max 129.3km/j, ketika takut dia boleh melompat setinggi 129.3cm, kekuatan max 129.3bhp, pergelangan tangan 129.3mm ukur lilit kepala 129.3cm dan dihasilkan pada 3 sep 2112 (12/9/3) di kilang robot Matsushiba, Tokyo.
Doraemon punya awek nama dia Noramyako pada abad ke 22. Dinyatakan dalam buku Bonus data-data Doraemon di Tankoubon jilid 11. Noramyako memutuskan hubungan kerana Doraemon terlalu pendek dan tiada telinga.
Sepertimana yang telah dinyatakan peringkat awal tadi... Doraemon bersekolah di Robot School... tapi level dia lebih kurang Nobita.... antara terbawah dikalangan robot2 yang bijak.. Disebabkan tahap pendidikan Doraemon mcm tu, sebenarnya ibu bapa Sewaishi x nak kat Doraemon ni... Oleh kerana Sewaishi ni sukakan doraemon maka terpaksalah mereka akur dengan permintaan Sewaishi.
Tertanya-tanya juga mcmne Doraemon ni buang air sedangkan dia makan dan minum... Kena igt Doraemon adalah robot... Sistem pencernaanya akan memproses makanan dan minuman menjadi sumber (minyak) tanpa hampas. Sumber tenaga ini la yang mengerakkan Doraemon selama ini... Suis on/off Doraemoan terletak diekornya (yg bulat kat hujung ekor tu)...
Tangan Doraemon bulat tapi boleh pulak pegang barang.... Sebenarnya tangan Doraemon mempunyai kuasa pelekat atau daya vacum yang superb.... Apa benda yang dia nak pegang secara automatik akan melekat kat tangan dia. wow...
apa lagi nak cite pasal dia ni???............
Jom kita semak kejap kawan-kawan Doraemon... Hasil pencarian, ramai gak kawan-kawan Doraemon ni... Antaranya... Wangdora (China-suka berkung fu), Doramed III (Arab Saudi-berjubah dan akan jadi raksasa bila marah), Dorarinho (Brazil-pelupa dan suka main bola), Doranicov (Russia- bisu dan jadi serigala bila nampak benda bulat), Dorathekid (Amerika - berpakaian koboi) El Matadora (Sepanyol).
Selain itu, dalam siri2 Doraemon ini ada juga beberapa kawan2 dia datang menjenguk antaranya Toraemon, Pawaemon dan Gatchako. Setakat ni list ni jek yang dapat cari... lain2 tambah sendiri...
Rsnya dah panjang dah cite pasal watak utama ni....
2. Nobi Nobita
Ada kalanya protagonis tidak seorang.... Nobi Nobita juga saya boleh label dia sebagai protagonis cerita ini...
So siapa perangai macam Nobita?... hahahaha
Pelajar kelas 5SD, sering diganggu oleh Giant and gang. Tiada bakat dalam bidang sukan dan bermasalah dalam pembelajaran. Hobinya adalah bermain kriket dan mengumpul penutup botol. Kelebihan utama yang tiada pada orang lain adalah.... cepat sangat tidur...kalau kira.. belum sampai 10 dah tidur... Cita-cita? berubah2 ikut angin dia....
Nobita seorang pencinta haiwan... Dia penah memelihara haiwan secara senyap seperti kucing, anjing, anak gajah dll... ini berbeza dengan sifat ibunya... alang2 dah cite pasal ibu Nobita... jom kita berkenalan sikit dgn ibu bapa Nobita...
Sapa nama ibu Nobita? Tamako Kataoka.... seorang yang bertanggungjawab, penyayang dan sangat baik... memang bencikan haiwan.... Cerewet, membebel dan terserlah kesingannya bila Nobita buat hal.. biasa la tu... Suka mengubah bunga....
Nama sebenarnya bapa Nobita ialah Nobisuke Nobi, seorang pekerja pejabat yang baik dan penyabar. Ketika muda, ia pernah bercita-cita menjadi seorang pelukis lesen memandu kereta namun selalu gagal mendapatkannya. Nobisuke selalu mengharapkan Nobita agar tidak menjadi seperti dirinya. last sekali Nobita dan bapanya sangat kamceng...
Terror bermain golf tetapi ia sangat lemah dalam pelajaran sekolah. Ia seorang perokok tegar lagi2 bila ada masalah. Sejak lama ia mengimpikan untuk memiliki
Fujimoto iaitu pengarang cerita ini memberitahu yang "Nobita ni bukannya tak berguna... tapi malas.... Sekiranya dia memang nak sesuatu kita akan nampak kesungguhannya dan boleh berjaya".
Berikut adalah ahli keluarga dan keturunan Nobita
Sewashi ialah keturunan Nobita pada tahun 2112 yang menghantar Doraemon
kembali ke zaman Nobita. Sewashi ialah orang yang membeli Doraemon pada
tahun 2112 apabila Doraemon masih bertelinga dan berwarna kuning.
Nobisuke adalah anak Nobita dan Shizuka di masa depan. Berbeza dengan Nobita yang pendiam dan tenang, Nobisuke adalah anak yang hiperaktif, minat sukan, dan sering mengganggu teman-temannya — meskipun kedua-duanya sama-sama tidak pandai. Nobisuke juga sering mengunjungi "calon ayahnya", Nobita, di masa kini.
Datuk Nobita (dari pihak ayah) adalah seorang yang garang dan tegas, ia mendidik Nobisuke dengan keras. Namun dibalik semua itu, ia sangat menyayangi Nobisuke. Sama seperti nenek, ia juga mengetahui keadaan Nobita masa kini dan Doraemon. Datuk Nobita meninggal sebelum Nobita dilahirkan.

Sewashi |

Nenek (dari pihak ayah)
Nama aslinya tidak diketahui. Nenek Nobita adalah seorang yang
penyabar dan baik hati. Ia selalu menasihati Nobita dengan halus dan
lembut, dan melindungi Nobita ketika dimarahi oleh ibunya. Nenek
mengenal Nobita masa kini dan mengetahui adanya mesin waktu milik
Doraemon. Nasihat nenek yang selalu diingat Nobita adalah Daruma; Daruma walaupun sudah jatuh berkali-kali, namun ia akan bangun dengan sendirinya. Nenek meninggal ketika Nobita masih kecil.
Nenek (dari belah ibu)
Nama sebernar tidak diketahui, dia cuma dikeluarkan dalam episode"
Mencuri belian kesayangan mama", dalam episode nenek Nobita memarahi ibu Nobita kerana suka menyepahkan barang. Sebab itulah ibu Nobita
sangat cerewet.
3. Shizuka Minamoto
Amoi / awek comel yang menjadi kegilaan Nobita. Pada masa hadapan akhirnya Nobita dan Shizuka ini berkahwin. Semasa kecilnya dia nampak berminat dengan Dekisugi kerana Dekisugi seorang yang bijak dan pandai. Walau bagaimanapun, Shizuka adalah orang yang paling backup Nobita bila Nobita kena buli. Seoarng yang serius tapi baik hati dan selalu buat kuih-kuih dan menjamu rakan-rakan. selain main biola Shizuka suka berendam dalam air panas dan makan ubi manis. Ibunya menghantai Shizuka ke kelas piano tetapi dia bukan suka sgt pun kelas piano tu. Bila menyanyi kualiti suaranya x jauh beza dengan Giant. Cita-citanya menjadi pramugari.
Ibu Shizuka (tidak pasti apa nama dia). Dia cantik dan baik hati, hanya kadangkala boleh juga berada agak mendesak pada Shizuka.
Bapa Shizuka Yoshio Minamoto Dia kurang kelihatan dalam siri. Rupa paling terkenal adalah dalam siri adalah pada masa akan datang apabila beliau mengadakan perbincangan panjang dengan Shizuka utk mengahwini Nobita, dan memberi sokongan untuk keputusan itu.

4. Takeshi Goda (Giant)
Seorang berbadan besar, pembuli tegar, cepat marah dan suka sangat menyanyi. Selalu mengadakan konsert terbuka di taman permainannya dan memaksa semua orang utk datang. Memang ebrcita-cita untuk menjadi penyanyi terkenal. Walau bagaimanapun, dia juga mempunyai sifat yang suka menolong bila kawan-kawan dalam kesusahan (kesusahan yg bukan berpunca dari dia la)... Hobi Giant adalah memasak. Hasilnya lebih kurang macam dia menyanyi.... Hobi lain yang ramai x tahu adalah main pondok-pondok dan anak patung. Mempunyai seorang adik perempuan yang sangat dia sayang. 1 benda yang dia paling takut adalah emak dia (x dapat cari nama emak dia).
Jaiko |
Jaiko - Adik perempuan Giant. Hobinya memasak dan mengarang komik. Giant sangat menyayanginya dan rela berkorban apa saja demi Jaiko. Ia akan menjadi isteri Nobita sekiranya Doraemon tidak datang ke masa kini.
Ibu Giant
Dia pemilik kedai runcit tetapi berjaya, serta satu-satunya orang yang Giant takuti.
Bapa Giant
Muncul dalam hanya beberapa cerita-cerita. idak banyak diketahui berkaitan sifat dan latar belakangnya... Yg taunya berbadan besar.
5. Suneo Honekawa
Muka ala-ala musang yang berketurunan orang kaya dan suka menunjukkan kekayaan dan kelebihannya dari sudut metarial (lagi-lagi depan Nobita). Sebab tu la Nobita selalu mintak tolong dengan Doraemon utk bersaing dengan Suneo. Suneo merupakan anak yang manja, mengada-ngada, riak, sombong dan penakut. Bila kena buli dengan Giant, Nobita juga jadi tempat mengadunya. Kawan dia Giant walau dalam hati dia tetap bengang dengan Giant sebab selalu kena buli, kena marah dan mainan selalu kena rampas dengan Giant. Suka berbohong untuk menjaga maruah diri sendiri. Hobi dia ni suka memandang cermin, mengumpul setem dan barang antik, memcipta peralatan, mengambil gambar pemandangan dan bermain remote control. Cita-citanya dalah menjadi pereka fesyen terkenal.
Sedikit tentang keluarga Suneo
Ibu Suneo
Dia sayang sangat Suneo. Berambut kerinting dan minat sukan dan adalah selalu menayang barang kemasnya atau beg tangan berjenama
Bapa Suneo
Beliau kurang muncul berbanding ibu Suneo, boleh kenal beza dengan rambut lurus dan mempunyai misai. Dia seorang
yang minat melancong dan Suneo akan menjemput rakan-rakannya untuk bercuti bersama.
5. Suneo Honekawa
Muka ala-ala musang yang berketurunan orang kaya dan suka menunjukkan kekayaan dan kelebihannya dari sudut metarial (lagi-lagi depan Nobita). Sebab tu la Nobita selalu mintak tolong dengan Doraemon utk bersaing dengan Suneo. Suneo merupakan anak yang manja, mengada-ngada, riak, sombong dan penakut. Bila kena buli dengan Giant, Nobita juga jadi tempat mengadunya. Kawan dia Giant walau dalam hati dia tetap bengang dengan Giant sebab selalu kena buli, kena marah dan mainan selalu kena rampas dengan Giant. Suka berbohong untuk menjaga maruah diri sendiri. Hobi dia ni suka memandang cermin, mengumpul setem dan barang antik, memcipta peralatan, mengambil gambar pemandangan dan bermain remote control. Cita-citanya dalah menjadi pereka fesyen terkenal.
Sedikit tentang keluarga Suneo
Ibu Suneo
Ibu Suneo |
Bapa Suneo
Beliau kurang muncul berbanding ibu Suneo, boleh kenal beza dengan rambut lurus dan mempunyai misai. Dia seorang
yang minat melancong dan Suneo akan menjemput rakan-rakannya untuk bercuti bersama.
Sunetsugu
Adik lelaki Suneo yang tinggal bersama bapa saudaranya yang kaya raya di Amerika Syarikat. Sunetsugu sangat bangga Suneo kerana dia beranggapan Suneo ni sangat pandai dan kuat, sebenarnya semua tu sebaliknya... Kena kencing hidup2 adik dia tu... hahaha
Sunekichi
Sepupu lelaki Suneo,
berambut kerinting dan — seperti keluarga Suneo lainnya — bermuka
seperti musang. hahaha. Aanak orang kaya yang sangat bijak dan memiliki
rasa ingin tahu yang tinggi. Ia pernah membuat sebuah remote control tiruan Kapal Perang Yamato
sepanjang 1.75 m hanya untuk dihancurkan dengan mainannya yang lain.
Sunetaro
Anak lelaki Suneo. Dia adalah seorang yang sangat manja — sama seperti ayahnya, namun ia lemah dan sering dibuli Nobisuke, anak Nobita.
6. Dorami
Dorami merupakan robot yang dibeli oleh cicit Nobita iaitu Sewashi bagi menggantikan Doraemon. Masa tu Doraemon telah dihantar ke Nobita. Selalu menggantikan Doraemon bila Doraemon ada urusan penting di tempat lain atau semasa Doraemon perlukan bantuan.Semua ni sebab Nobita... ish2
Adik Doraemon yang bewarna kuning merupakan robot yang mementingkan kebersihan dan kekemasan. Sebuah robot yang serius dan jarang bergurau sampai Nobita pun x berapa suka sangat. Walaubagaimanapun, Dorami ni sukan menolong Nobita dan rakan-rakannya ketika menghadapi masalah.
Menurut data Dorami lebih hebat dari Doraemon. Dorami boleh menghasilkan tenaga sebanyak 10,000 kuasa kuda berbanding Doraemon iaitu hanya 1,293 kuasa kuda.
Sapa plak ibu bapa Doraemon dan Dorami kalau dia adik beradik? Ok gini.... selepas dikaji hasilnya pelik... Semasa menghasilkan Dorami dan Doraemon salah satu komponen / bahan utama adalah minyak. minyak ini pula boleh menghasilkan 2 biji robot dimana lapisan minyak yang terapung / tidak tengelam telah menjadi salah satu bahan untuk mencipta Doraemon dan bahagian minyak yang tenggelam telah menghasilkan Dorami. Lapisan minyak yang tenggelam akan menghasilkan robot yang lebih baik berbanding minyak yang terapung itu. Dorami dihasilkan selepas 2 tahun Doraemon dicipta.
7. Hidotoshi Dekisugi
Sekelas dengan Nobita. Budak yang handsome (macam saya), bijak (macam saya gak) dan terror dalam sukan (pun macam saya). Nobita cemburu dengansaya Hidotoshi Dekisugi ni sebab dia selalu rapat dengan Shizuka. Mcmne pun, dia tidak pernah berdendam dengan Nobita malah selalu membantu/mengajar Nobita dalam pelajaran. Selain itu, dia suka memasak dan bergambar.
8. Guru Besar
6. Dorami
Dorami merupakan robot yang dibeli oleh cicit Nobita iaitu Sewashi bagi menggantikan Doraemon. Masa tu Doraemon telah dihantar ke Nobita. Selalu menggantikan Doraemon bila Doraemon ada urusan penting di tempat lain atau semasa Doraemon perlukan bantuan.Semua ni sebab Nobita... ish2
Adik Doraemon yang bewarna kuning merupakan robot yang mementingkan kebersihan dan kekemasan. Sebuah robot yang serius dan jarang bergurau sampai Nobita pun x berapa suka sangat. Walaubagaimanapun, Dorami ni sukan menolong Nobita dan rakan-rakannya ketika menghadapi masalah.
Menurut data Dorami lebih hebat dari Doraemon. Dorami boleh menghasilkan tenaga sebanyak 10,000 kuasa kuda berbanding Doraemon iaitu hanya 1,293 kuasa kuda.
Sapa plak ibu bapa Doraemon dan Dorami kalau dia adik beradik? Ok gini.... selepas dikaji hasilnya pelik... Semasa menghasilkan Dorami dan Doraemon salah satu komponen / bahan utama adalah minyak. minyak ini pula boleh menghasilkan 2 biji robot dimana lapisan minyak yang terapung / tidak tengelam telah menjadi salah satu bahan untuk mencipta Doraemon dan bahagian minyak yang tenggelam telah menghasilkan Dorami. Lapisan minyak yang tenggelam akan menghasilkan robot yang lebih baik berbanding minyak yang terapung itu. Dorami dihasilkan selepas 2 tahun Doraemon dicipta.
7. Hidotoshi Dekisugi
Sekelas dengan Nobita. Budak yang handsome (macam saya), bijak (macam saya gak) dan terror dalam sukan (pun macam saya). Nobita cemburu dengan
8. Guru Besar
Paling dikuti oleh Nobita lagi-lagi bila x lulus periksa... Tidak mempunyai nama yang khusus tapi ada satu versi yang menamakan guru ini sebagai Ganari.
Peralatan Ajaib Doraemon
Sehingga kini dianggarkan lebih kurang 4500 barang istimewa dari poket Doraemon... Banyak tuuuuu.... Rasanya yg 4500 ni kita detailkan lain kali la... hahahaha... dah penat nak study...
Pengakhiran Cerita Doraemon
Ada banyak versi pengakhiran cerita Doraemon nie.. Ada versi yang ceritakan pengakhiran yang sedih dimana Doraemon akan mati. Ada versi lain bgtau Nobita jatuh, kepalanya terhantuk dan koma.. Doraemon jual semua peralatan ajaibnya dan meninggalkan 1 alat sahaja utk Nobita. X berjaya juga. So saya pun x tau mana pengakhiran cerita yang betul.... hahaha
Macamne pun ni hanya kartun yang dicipta untuk hiburan... Perjalanan cerita sangat kompleks kerana dia bermain dengan masa. Bila masa boleh dikembalikan akan jadi perubahan kepada sejarah. so jangan obses dengan Doraemon kerana tidak mungkin berlaku dalam dunia nyata. Berusahalah yang terbaik kerana usaha kita sekarang adalah utk kelangsungan kehidupan akan datang.
OK... terima kasih kerana sudi baca sampai abis.... hahahaha... lps ni kita study kartun lain plak....
Tulisan yang x seberapa tapi memberi kepuasan kepada diri sendiri.

Comments
Post a Comment