Posts

Showing posts from 2024

Pusing dan pening

Image
Kata orang lama Hidup bagai roda, kadang di atas kadang dibawah Tak ramai pernah merasa bila roda bergolek sampai bawah Rasa berat, hina, runsing, pening Bermacam rasa dan perasa Disaat ini hanya sahabat yang ada Bukan kawan dan kawanan Roda yang berpusing  Bila diatas semua memerhati Meminta perhatian Diberi perhatian Ada yang mendongak langit Tanpa sedar Hanyut atas putaran atas roda Dulu marhaen dan murba Kini lupa semua itu Lumrah roda berpusing Salahkan siapa? Itu kisah roda yang terus dan sentiasa bergolek. Bila ditanya adakah engkau pening berpusing? Jawapan aku, tidak...

Bercakap dari hati...

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman... Sementara tunggu mesin basuh baju ni berhenti. terfikir pulak berkongsi pengalaman melihat orang bercakap dari hati. Sebelum ni kita biasa mendengar pelakon menghayati watak, penyanyi menghayati lagu tapi kita jarang melihat penceramah menghayati tutur katanya. Saya suka belajar dari mendengar pengalaman orang lain. Pengalaman yang sememangnya tiada dalam mana-mana buku rujukan.  Saya bukan orang psikologi tapi saya dapat membezakan antara penceramah yang bercakap tulus dari hati dan penceramah yang berkongsi hanya melalui pengalaman, ilmu dan idea. ada bezanya... dua-dua ni bagus... xde pertikaian dari sudut tersebut... cumanya kita nak fokuskan kepada penceramah yang bercakap dari hati... macam mana bezanya? Kalau saya, saya boleh dilihat dari slide presentationnya, juga dari gaya, tubuh, cara berdiri, lenggok bahasa dll... Itu saya la... org lain xtau tgh macam mana... Orang yang bercakap dari hati, Kita dapat rasakan seseorang tu m

Engkau ke tu.....

Image
 Assalamualaikum dan salam permisa teman-teman... berjumpa lagi pada share kali ini. Kali ini ringkas dan pendek. Cerita pasal kita dan kerjaya. Bukan motivasi tapi nak melihat adakah kerjaya kita membentuk personaliti sendiri..  Daripada pengalaman hidup ini, memang kerjaya membentuk personaliti... Tidak ramai yang mengekalkan personaliti asal, kebanyakkannya berubah 360 darjah celcius... Kalau dia kerja mcm ni dia berubah jadi mcm tu... kalau kerja mcm tu dia berubah mcm ni... Dulu aku engkau tapi sekarang YOU n I... Dulu boleh makan tepi jalan tapi sekarang kena makan kedai beraircond... Kelakar sebab aku ni kawan lama ko, yang kenal ko mcm ne dulu... Tak kesah pun tapi itu la tu... Korg mcm ne? yang lebih baik ok jek... Kesimpulannya kerjaya akan membentuk personaliti. Titik Bye

Kyoto Part 3 : Hari Pertama Di Sini

Image
01.07.2024: Isnin Assalamulaikum dan salam pemirsa tema-teman.. Melangkah keluar dari kapal terbang suasana terus berbeza. Alhamdulillah semua berjalan lancar... Keluar airport kami telah ditunggu oleh rakan-rakan dari sana... . Wow... Memerhati sekeliling, suasana, cara kerja, kebersihan, kemasan... sempurna bagi saya...  Menaiki bas dari airport ke kyoto, sejam lebih gak.. Hajat nak sambung tdo tapi memandangkan peluang bukan selalu datang maka diputuskan utk tidak tdo... hahaha...  Sepanjang perjalanan saya dapati kebanyakkan tanah tidak dibiarkan semak samun... Semua diusahakan, siap tanam padi lagi... bandar dia pun teratur... Agak beza dari segi rekabentuk bangunan. Sesiapa yang taksub dengan rekabentuk yang ideal kononnya akan memberi keselesaan, kesan emosi dan meningkatkan keselamatan, satu jek nak cakap... &*^&((^**&^^&*(%$%^#... Sebelum ni nak cakap lebih2 x berani sebab tak tengok sendiri... Apabila keadaan menghimpit maka segala kreativiti akan dikeluarkan.

Kyoto Part 2 : Mula-mula ceritannya macam ni....

Image
Assalamualaikum dan salam permisa teman-teman. Konnichiwa... Sambung lagi,... Selepas menjadi sebahgian peserta, akhirnya kami berpeluang dibawa ke Kyoto bagi sessi perkongsian ilmu dan pengalaman. Yang pasti semua ditanggung... Alhamdulillah...  30.06.2024 (Ahad) Sebelum gerak pagi tu kerja mcm biasa siap ada 2 meeting kat opis. Flight ke Kansai Airport jam 1.25 pagi (1.7.2024) so memandangkan hari ahad dikhuatiri jalan jem, kami gerak ke Changi Airport lebih kurang jam 5.30pm. Lama betul la tak masuk Singapore. Berbelas tahun dah rasanya. Kenapa tak masuk? Ada cerita dan tu kita kongsi masa lain.  Banyak sgt perubahan sejak mula masuk ke Singapore ni, terutamanya kat Changi tu... Ada air terjun buatan... kagum juga la tapi x la sampai rasa nak mandi bawah tu... Airport ni cantik, kemas, tersusun dan moden... Makan malam kat situ gak. Apa yang dpt dikongsikan, harga makan kat situ lebih murah jika dibandingkan kat tempat kita. kalau diterangkan ia akan jadi perdepatan umum. Lagi satu

Kyoto part 1: Melancong / Melancong Sambil Belajar / Belajar Sambil Melancong

Image
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Berjumpa lagi dalam posting kali ini. Posting yang fokus kepada pengalaman terutamanya berkaitan dengan training yang telah diadakan di negara matahari terbit. Tulis disini untuk kenangan peribadi... Alhamdulillah kerana terpilih sebagai salah seorang peserta JICA Partnership Program ‘A Low Carbon Society Community Hub For Capacity-Buiding And Networking As A Model For ASEAN Countries. Siapa memilih, siapa luluskan, kenapa dipilih saya tiada jawapan. Apa pun syukur alhamdulillah dan terima kasih yg pilih tu ya... Seramai 16 orang terpilih mengikuti training ini termasuk Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand. Tibe tambah kenalan lagi... Alhamdulillah... Sepanjang pengalaman selama 11 hari iaitu dari 30.06.2024 hingga 11.07.2024 di Kyoto ini sangat bermakna dan menarik. Perbezaan ketara antara melancong, melancong sambil belajar dan belajar sambil melancong. Kita biasa melancong. Berjalan tengok tempat cantik dan viral, ambil gambar da

Aku Kaya...

Image
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman.. Berjumpa lagi pada hari ini bersamaan puasa ke 10 tahun 2024. Macam lama rasa x bercerita...  Minggu lepas ada pengalaman yang sangat baik untuk diri sendiri... satu petang dengan 2 cerita berbeza... Cerita pasal kaya... Berjumpa dengan seorang awam yang sangat biasa... Penampilan tidak menunjukkan kemewahan dan kekayaan, tetapi disebalik penampilan itu, sebenarnya dia sudah jutawan dalam usia 30an... tidak bercerita berapa dia ada, buat apa tapi daripada sembang-sembang kosong tu saya dapati dia ada lebih dari penampilan. Simple nya la hai... Selang beberapa jam selepas itu, terjumpa la kawan sorang ni... jaga imej dan penampilan... Sembang boleh tahan juga la... dalam syok sembang tu mungkin dia terlupa dia cerita dengan siapa... Xpe kita jaga hati... layannnn... Kalau orang lain mungkin dah angkat bontot, tapi saya sangat memahaminya... hehehe... Gambaran rakan ni mudah, kalau helikopter masih tiada di Malaysia ni pastinya dia lah org

Nego Sikit....

Image
Dalam sebuah acara temuduga... Pencari kerja (PK) : "Assalamualaikum tuan" Majikan (M) : "Waalaikumsalam. Sila duduk" Diringkaskan cerita, setelah soalan asas dikemukakan dan sesi perkenalan diri berakhir pertanyaan yang lebih serius pun bermula... M : "Ini ada pen parker, saya ingin menjual pen ini dengan harga RM121.70, cuba awak nego harga ini kepada RM50.00. Yakinkan saya untuk terima dengan harga yang awak nak dan saya bersetuju untuk menjual pen ini kepada awak dengan harga RM50.00" PK : "Pertamanya saya nak bagi tau ini bukan pen jenama parker" M : "Awak anggap jek la ni pen jenama tu" PK : "Baik... Boleh tuan jual pen ini dengan harga RM50.00 kepada saya?" M : "Maaf harga saya tetap, kalau nak pen ini saya jual dengan harga RM121.70" PK : "oooo... kalau macam tu saya tak jual la pen ni...." M : "Tapi ini bukan tawar menawar. Awak terus putus asa dan tiada usaha untuk membuat tawar menawar"