Nego Sikit....
Dalam sebuah acara temuduga...
Pencari kerja (PK) : "Assalamualaikum tuan"
Majikan (M) : "Waalaikumsalam. Sila duduk"
Diringkaskan cerita, setelah soalan asas dikemukakan dan sesi perkenalan diri berakhir pertanyaan yang lebih serius pun bermula...
M : "Ini ada pen parker, saya ingin menjual pen ini dengan harga RM121.70, cuba awak nego harga ini kepada RM50.00. Yakinkan saya untuk terima dengan harga yang awak nak dan saya bersetuju untuk menjual pen ini kepada awak dengan harga RM50.00"
PK : "Pertamanya saya nak bagi tau ini bukan pen jenama parker"
M : "Awak anggap jek la ni pen jenama tu"
PK : "Baik... Boleh tuan jual pen ini dengan harga RM50.00 kepada saya?"
M : "Maaf harga saya tetap, kalau nak pen ini saya jual dengan harga RM121.70"
PK : "oooo... kalau macam tu saya tak jual la pen ni...."
M : "Tapi ini bukan tawar menawar. Awak terus putus asa dan tiada usaha untuk membuat tawar menawar"
PK : "Tuan, sekiranya kereta Ferrari tu harganya RM1 juta kenapa kita nak tawar jadi RM200,000... Sama juga dengan pen ini. Saya memang tau harganya... Tak perlu buang masa untuk mendapatkan harga yang tidak boleh dapat.. Saya bukan Jenis org macam itu. Seperti yang selalu isteri saya ingatkan.. Balik kerja mesti ikut masa kalau lambat tak payah balik dan tidur ditepi jalan shj."
M :" Kenapa kena tidur tepi jalan... Biasanya tidak boleh tidur dalam bilik, jadi awak boleh tidur di sofa"
PK :"Maaf tuan, rumah kami tiada sofa, kami tinggal bersama lima orang lain di studio apartment"
M : "Oh... ok faham"
Buat apa yang sepatutnya kita buat. Striker akan menjaringkan gol, midfield akan berusaha membantu semasa menyerang dan bertahan, Defender sebolehnya bertahan dari pasukan lawan, goal keeper perlu berusaha jaring gol tidak dibocori. Konsep kerjasama yang mudah untuk berjaya.
Begitu kehidupan kita, tidak semua orang akan dapat apa yang mereka harapkan. Usaha dan tawakal selebihnya biar tuhan tentukan. Jangan terjebak dengan bookie nanti menyesal sendiri...
M : "Terima kasih, awak boleh keluar... Sekiranya diterima pejabat ini akan menghubungi awak"
PK : "Sama-sama tuan, pejabat ini ada bilik kosong tak?"
Comments
Post a Comment