Bercakap dari hati...
Assalamualaikum dan salam sejahtera teman-teman... Sementara tunggu mesin basuh baju ni berhenti. terfikir pulak berkongsi pengalaman melihat orang bercakap dari hati. Sebelum ni kita biasa mendengar pelakon menghayati watak, penyanyi menghayati lagu tapi kita jarang melihat penceramah menghayati tutur katanya. Saya suka belajar dari mendengar pengalaman orang lain. Pengalaman yang sememangnya tiada dalam mana-mana buku rujukan.
Saya bukan orang psikologi tapi saya dapat membezakan antara penceramah yang bercakap tulus dari hati dan penceramah yang berkongsi hanya melalui pengalaman, ilmu dan idea. ada bezanya... dua-dua ni bagus... xde pertikaian dari sudut tersebut... cumanya kita nak fokuskan kepada penceramah yang bercakap dari hati... macam mana bezanya? Kalau saya, saya boleh dilihat dari slide presentationnya, juga dari gaya, tubuh, cara berdiri, lenggok bahasa dll... Itu saya la... org lain xtau tgh macam mana...
Orang yang bercakap dari hati, Kita dapat rasakan seseorang tu melalui masa-masa sukar sebelum sesuatu kerja itu berjaya dilaksanakan. Dia tidak bercerita secara terus tapi kita dapat merasai. Ada kalanya tidak sampai menunjukkan rasa sebak pun kita rasa terharu.
Daripada pengalaman belajar dan mendengar perkongsian dari pelbagai orang, dalam satu program saya cuba untuk bercakap dari hati... Berkongsi dengan perasaan, menghayati, pengalaman dll.... Jika sebelum ini jika diberi peluang berkongsi pengalaman, saya bercakap berdasarkan fakta dan pengalaman sahaja tidak sampai nak bercakap dari hati... Ntah macamana, sejam sebelum program tersebut saya cuba untuk menukar cara sendiri, nak cuba bercakap daripada pengalaman yang sedikit ini tapi saya nak bercakap dari lubuk hati sendiri... Betul la, aura dia lain... Sukar digambarkan dan diceritakan mcmne... Umpama hati, otak berfungsi penuh masa tu... Sepatah tutur kata yang keluar, tetapi dalam hati dan otak akan mengimbau jerih perih perkara tersebut... Orang lain tidak tahu, keluarga tidak tahu, pembantu tidak tahu, bos tidak tahu, semua orang tidak tahu betapa sukarnya, serabutnya dll... Itulah cabaran dan pengalaman.
Tak kira la gaya penyampaian tu mcm ne yang penting kita ikhlas berkongsi pengalaman dan idea. Penghargaan paling besar apabila orang lain sudi menjemput kita untuk berkongsi pengalaman... Bila baca semula, bahasa kali ini agak skema dan buku text sangat...
Ok dah... chau chin chau.... tata
Comments
Post a Comment