Kyoto Part 3 : Hari Pertama Di Sini
01.07.2024: Isnin
Assalamulaikum dan salam pemirsa tema-teman.. Melangkah keluar dari kapal terbang suasana terus berbeza. Alhamdulillah semua berjalan lancar... Keluar airport kami telah ditunggu oleh rakan-rakan dari sana... . Wow... Memerhati sekeliling, suasana, cara kerja, kebersihan, kemasan... sempurna bagi saya...
Menaiki bas dari airport ke kyoto, sejam lebih gak.. Hajat nak sambung tdo tapi memandangkan peluang bukan selalu datang maka diputuskan utk tidak tdo... hahaha...
Sepanjang perjalanan saya dapati kebanyakkan tanah tidak dibiarkan semak samun... Semua diusahakan, siap tanam padi lagi... bandar dia pun teratur... Agak beza dari segi rekabentuk bangunan. Sesiapa yang taksub dengan rekabentuk yang ideal kononnya akan memberi keselesaan, kesan emosi dan meningkatkan keselamatan, satu jek nak cakap... &*^&((^**&^^&*(%$%^#... Sebelum ni nak cakap lebih2 x berani sebab tak tengok sendiri... Apabila keadaan menghimpit maka segala kreativiti akan dikeluarkan. Ops... teremosi plak... hahaha
Turun bas dia pun mcm turun dari kapal terbang... Diangkatkan beg keluar dari bas... tapi pikul beg sendiri ke hotel... Gerimis halus masa sampai tu... Ramai berpayung, budaya sini... Payung memang dibawa x kira cuaca...
Perjalanan berjalan kaki pun bermula... Letak beg di hotel dulu... program pun bermula... rsnya belum mandi lagi pagi tu... hahaha
Makan tengahari kat Kyoto Station... Restoran yang kecil tapi diubahsuai dengan cantik, menarik dan kreatif. Penggunaan ruang yang maksimum dengan menerapkan konsep rekabentuk Jepun tradisional. Pakaian, meja makan, menu dan sebagainya... mmg rasa kat Jepun la... hahaha... Bila tekak jawa memang orak doyan la makanan lain... Design dalam memang A...
Lepas makan, kami dibawa ke satu bangunan kedai... tingkat atas tu ada kelas... sesi taklimat dan penerangan ringkas... Konsep perniagaan yang tidak terfikir... Menyewakan ruang untuk taklimat or kelas or program kecil... Brapa sewa x pasti tapi kemudahan kerusi meja, projektor, white board mmg ada....
Abis taklimat kami dibawa ke Kyoto Station untuk dapatkan kad utk kegunaan pengangkutan awam utk bas dan train sahaja. 3000 yen... 500 yen deposit 2500 yen boleh digunakan... ikut logic kad tu mesti pelancong simpan untuk kenangan, cantik kad tu... so x pasal2 deposit tu hangus... Sebelum masuk hotel juga kami diberi taklimat berkaitan perjalanan program... Bukan untuk cerita pasal apa yang ditaklimatkan tapi nak share tempat dia bagi taklimat... Disini, ada demand untuk menggunakan ruang tersebuat sebagai class room... Buat gitu pun boleh buat duit.. Good business... selepas itu dibawa ke Tourism Information Center dan check in hotel...
Memandangkan ada rakan-rakan yang hadir sama ini umpama Kyoto ni rumah keduanya maka diberi tips kawasan-kawasan yang menarik untuk dikunjungi... Kalau nak beli belah kat mana, cara guna bas, train, dll... Perkongsian sempurna... Dibantu juga dengan map...
Penat juga berjalan rupanya... Kenapa saya sanggup berjalan walaupun tau berjalan tu penat?,,, Semua sebab keadaan, persekitaran dan budaya... Keadaan kat sana yang bersih, cuaca yang baik, dirasakan keselamatan terjamin dan perasaan ingin tahu... Perbezaan ketara dengan lain-lain tempat adalah kebersihan... tak kira kat mana, depan kedai, belakang kedai, depan rumah, taman awam, stesen bas, tandas awam dll... semua bersih... lagi membuat saya kagum, tiada tong sampah pun... ada tempat kalau nak jumpa tong sampah... sebelah vending machine dan tempat hisap rokok... situ biasanya mmg ada... kalau nak jumpa sampah kita kena cari, kadang-kadang bila cari pun susah nak jumpa...
x tau balik kul brapa, gi mandi bilas badan n tdo... ok jumpa hari seterusnya
chau tata
Comments
Post a Comment