Aku Kaya...

Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman.. Berjumpa lagi pada hari ini bersamaan puasa ke 10 tahun 2024. Macam lama rasa x bercerita... 


Minggu lepas ada pengalaman yang sangat baik untuk diri sendiri... satu petang dengan 2 cerita berbeza... Cerita pasal kaya... Berjumpa dengan seorang awam yang sangat biasa... Penampilan tidak menunjukkan kemewahan dan kekayaan, tetapi disebalik penampilan itu, sebenarnya dia sudah jutawan dalam usia 30an... tidak bercerita berapa dia ada, buat apa tapi daripada sembang-sembang kosong tu saya dapati dia ada lebih dari penampilan. Simple nya la hai...

Selang beberapa jam selepas itu, terjumpa la kawan sorang ni... jaga imej dan penampilan... Sembang boleh tahan juga la... dalam syok sembang tu mungkin dia terlupa dia cerita dengan siapa... Xpe kita jaga hati... layannnn... Kalau orang lain mungkin dah angkat bontot, tapi saya sangat memahaminya... hehehe... Gambaran rakan ni mudah, kalau helikopter masih tiada di Malaysia ni pastinya dia lah org pertama yang akan memilikinya...


2 perwatakan dan penampilan yang sangat berbeza... Perbezaan yang memberi 1001 pengajaran... Sudahnya kita yang mencorakkan hidup kita sendiri... Kita tgk gelagat org untuk baiki diri sendiri... X rugi kita ada ramai kawan... Tapi percayalah, dalam satu masa dan ketika nanti, kita akan memilih kawan... Memilih sebab kita nak habiskan masa yang ada dengan benda yang kita suka, berkualiti dan berfaedah... Sebab tu orang tua cakap pengalaman tu mahal...


Jangan takut tgk orang sebab diaorg semua x betul... kita akan jadi sempurna se sempurnannya...

Jangan takut bodohkan orang lain sebab yang terpaling pandai hanya kita...

Jangan takut bebankan orang lain sebab kita sahaja yang tau menguruskan masa dan kerja...

Tak salah keji dan kutuk orang sebab yang mulia dan dan suci hanya kita..

Semua orang lemah, lembik dan lembab kecuali kita ni sahaja yang segar, pantas dan cerdas...

Biar semua orang tanya kita macamana nak hidup dalam dunia ini... Diaorang semua tu mana tau apa-apa...


Ok dah... chau chin chau... tata

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa delete sebab anonymous... Penulisan X menyentuh peribadi sesapa... Hanya sekadar cerita dan pengalaman

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sama tapi x serupa... UP sebelum bacaan ikrar....

DORAEMON.... Sejarah kartun yang kartun...

CCC: ANTARA BUKU DAN AMALAN