Kyoto part 1: Melancong / Melancong Sambil Belajar / Belajar Sambil Melancong

Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Berjumpa lagi dalam posting kali ini. Posting yang fokus kepada pengalaman terutamanya berkaitan dengan training yang telah diadakan di negara matahari terbit. Tulis disini untuk kenangan peribadi...

Alhamdulillah kerana terpilih sebagai salah seorang peserta JICA Partnership Program ‘A Low Carbon Society Community Hub For Capacity-Buiding And Networking As A Model For ASEAN Countries. Siapa memilih, siapa luluskan, kenapa dipilih saya tiada jawapan. Apa pun syukur alhamdulillah dan terima kasih yg pilih tu ya... Seramai 16 orang terpilih mengikuti training ini termasuk Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Thailand. Tibe tambah kenalan lagi... Alhamdulillah...

Sepanjang pengalaman selama 11 hari iaitu dari 30.06.2024 hingga 11.07.2024 di Kyoto ini sangat bermakna dan menarik. Perbezaan ketara antara melancong, melancong sambil belajar dan belajar sambil melancong.

Kita biasa melancong. Berjalan tengok tempat cantik dan viral, ambil gambar dan rasakan suasananya. Kesimpulan melancong ini mudah. Tempat tu cantik / tidak itu jek...

Melancong sambil belajar kerap digunakan oleh jabatan / agensi / sekolah... melawat sesuatu tempat. Melancong dalam masa yang sama melihat apa perkara baik yang boleh dibawa balik ke tempat sendiri.

Yg kitaorg ni pulak, belajar sambil melancong. Tujuan utama utk belajar pengalaman Jepun dalam menghadapi atau berdepan isu alam sekitar. Bukan mengagungkan mereka tapi mereka memang telah jauh meninggalkan kita dalam memahami kepentingan alam sekitar... Sambil2 tu bolah la melancong tgk tempat orang mcmne.


ok end part 1

Comments

Popular posts from this blog

Sama tapi x serupa... UP sebelum bacaan ikrar....

DORAEMON.... Sejarah kartun yang kartun...

CCC: ANTARA BUKU DAN AMALAN