Posts

Showing posts from 2022

Pengurusan dimensi baru : Fosil management, Try and Error, Wait and See

Image
Assalamualaikum dan salam permisa teman-teman. Berjumpa lagi pada perkongsian hari ini. Saya sangat ikuti rapat ZRA Strim melalui youtube atau facebook sebagai platform ilmiah yang menyeluruh, bebas dan terkini. Saya syorkan semua pembaca mengikuti strim Hj Zainal Rashid Ahmad sebagai salah satu sumber berita terkini. Berita atau cerita yang tidak mungkin media tempatan akan bercerita mengenainya. Ada satu topik yang saya rasa amat rapat dengan saya iaitu mengenai fosil management. Pada strim tersebut ZRA melihat sisi pengalamannya sendiri. Terpanggil untuk mengolah isi cerita tersebut berdasarkan pengalaman sendiri. Menarik untuk diceritakan. Coretan peribadi untuk peringatan diri.  Fosil dinasour memang berharga sekarang ni… Tapi fosil management hanya akan tinggal sejarah dan cerita. Pengurusan yang dilaksanakan dengan jayakan tahun lepas pun belum sesuai untuk tahun ini… maka kaedah pengurusan tahun lepas tu pun boleh dikategorikan sebagai fosil.. Fosil Management … Kalau masih

Blog... Masih releven dan terus releven

Image
 Assalammualaikum dan salam pemirsa teman-teman... Berjumpa sekali lagi dalam kesepatan waktu yang ada... Bercerita pasal blog dan blogger, ada yang bertanya blog ni releven lagi ke? boleh bersaing dengan apps lain ke? boleh kaya ke? blog bkn copy n paste ke? dll mcm2 maklike soalan yang ada... ramai yang dah jawab persolan ini... korg search jek kat cik google tu... keluar segala pandangan... Jawapan saya mudah... seperti tajuk tu dan pandangan rakan-rakan yang lain... akan releven dan terus releven... selagi ada internet sudah pasti blog akan berfungsi... x kira la apa pengisian blog tu, ia akan terus berfungsi... Kita kena faham, ramai org banyak ragam, begitu juga blogger, memasing ada niat, tujuan dan hasrat dari blog masing-masing. Tanpa menyentuh yg lain, secara peribadi saya menulis di blog ni sekadar mengisi masa lapang. Sebahagian penulis adalah untuk rujukan peribadi dan sekiranya sesuai boleh la yang lain mengambil manfaat daripadanya. Sebab tu kejap ada kejap xde... hahaha

Rakyat Murba

Image
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Sekian kalinya harapan tinggal harapan. Ketenangan tidak menjamin akal waras untuk menulis. Banyak nak dikongsikan tapi tak tau mana nak mula. Alhamdulillah, hari ini diberi ruang waktu utk update blog bersawang ini. Terjumpa perkataan Rakyat Murba so kita tgk la apa maksudnya... Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat rakyat murba adalah rakyat jelata . Biasa kita guna marhaen. Tapi kenapa tetiba keluar MURBA? Bila merujuk sumber yang sama perkataan murba sendiri ada maksud tersendiri. Murba bermaksud biasa sahaja, hina, jelata, rendah. Marhean pula dimaksudkan sebagai rakyat jelata seperti petani, nelayan dll.  Kenapa maksud perkataan rakyat murba dan murba x sama... pelbagai pandangan diberikan dan disebabkan kehidupan saya dikelilingi oleh golongan bijak pandai so saya tak dapat pilih jawapan yang paling tepat. Kesimpulan saya yang tak cemerlang dalam BM telah membuat maksud sendiri (tak pasti jangan kongsi) Apa yang menarik perkataan murba

Cerita Sebenar Prebet Adam

Image
 Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman.... Jumpa lagi perkongsian kali ini... Sementara menunggu tempoh quarantine tamat, sempat la juga menghabiskan buku yang saya rasa memberi penjelasan yang sebenar peristiwa 35 tahun lalu... Pelbagai versi kedai kopi, sekolah, balai raya, universiti dll... Semua palatao... X dpt menyalahkan sesapa kerana memang kita akan percaya dengan apa yang kita dengar... sensasi yang buat kita lagi percaya... Secara ringkasnya buku terbitan 2016 telah merungkai secara terperinci peristiwa yang telah berlaku pada Oktober 1987... Cerita yang telah berlaku hampir 35 tahun... Cerita yang sepatutnya memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan bahaya buli dan masalah mental...  https://shopee.com.my/product/97155436/15578680645/ KONFENSI PREBET ADAM...  MALAM SIAL UNTUK ADAM, MEMBUNUH, DIBUNUH ATAU MAMPUS BUNUH DIRI. .. Buku ini menceritakan perkara sebenar punca Prebet Adam mengamuk... Prebet Adam yang mempunyai peristiwa hitam pada zaman remaja memberi k

Politik Dari Kacamata Kelabu...

Image
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman... Sedikit kupasan politik dari yg bukan ahlinya tapi org politik memerlukan sokongannya. Apa pun pandangan, secara peribadi politk negara bukanlah politik matang. Politik lama yang taksub dengan parti dan pemimpin. Politik yang melahirkan generasi yang kurang adabnya dan kasar bahasanya. Politik yang tidak melahirkan ramai generasi yang bijak politik dan kritis pemikiran susur galur politik matang... Sebab apa? sebab dinasour masih berkuasa... Kecewa politik negara sendiri dan akhirnya rakyat dijadikan bahan experiment sokongan... Apapun alasan sebagai rakyat marhaen, kami nampak begitu... Lompat dan terus melompat, jilat dan terus menjilat, angguk tanpa geleng, manis dimulut sambil membersihkan habuk dipoket... Tetapi dengan nyata kami terus begini... begitu survival mengharungi pendemik, menjadi modal politik dengan rezeki bakul makanan... tidak buang perkataan kesyukuran tetapi inikah yang terbaik utk kami? dijanjikan dengan pelbagai  j

MULTITASKING.... WOW KATA DIA?

Image
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Berjumpa lagi pada perkongsian pandangan peribadi kali ini. Melalui perkongsian FB page Garasi TV, sedikit pembacaan, pengalaman sendiri dan kawan-kawan, sektor pekerjaan pada 2021 amat mencabar. Kita tengok la berapa ramai yang diberhentikan kerja dan memulakan kehidupan baru bagi meneruskan kelangsungan hidup. Memang cabar, mencabar dan amat mencabar. Yang ada kerja kena bersyukur.... Zaman sekarang 1 pergi 100 mari... so jangan anggap kita ni hebat sgt... Dari sini majikan moden yang licik mula mencari bagaimana cara meneruskan keuntungan perniagaan dengan kos yang sangat minimum. Modal kecik, cuci besar.... Perkataan multitasking telah diwujudkan dengan melihat kebolehupayaan seseorang individu dalam melakukan tugas dalam pelbagai perkara. Dulu-dulu saya mendengar perkataan ini sebagai satu yang istimewa dan nak termasuk dalam golongan itu. Maksud lain adalah kepelbagaian tugas... Ada juga memberi maksud melakukan dua atau lebih tugas