Politik Dari Kacamata Kelabu...

Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman... Sedikit kupasan politik dari yg bukan ahlinya tapi org politik memerlukan sokongannya. Apa pun pandangan, secara peribadi politk negara bukanlah politik matang. Politik lama yang taksub dengan parti dan pemimpin. Politik yang melahirkan generasi yang kurang adabnya dan kasar bahasanya. Politik yang tidak melahirkan ramai generasi yang bijak politik dan kritis pemikiran susur galur politik matang... Sebab apa? sebab dinasour masih berkuasa...



Kecewa politik negara sendiri dan akhirnya rakyat dijadikan bahan experiment sokongan... Apapun alasan sebagai rakyat marhaen, kami nampak begitu... Lompat dan terus melompat, jilat dan terus menjilat, angguk tanpa geleng, manis dimulut sambil membersihkan habuk dipoket... Tetapi dengan nyata kami terus begini... begitu survival mengharungi pendemik, menjadi modal politik dengan rezeki bakul makanan... tidak buang perkataan kesyukuran tetapi inikah yang terbaik utk kami? dijanjikan dengan pelbagai  janji dan akhirnya kitab suci politik menjadi pembungkus nasi lemak...

Politik kita juga menjadikan rakyat bermusuhan dan bersyak negative dengan penerima bakul makanan yang sama... gara-gara politik juga berapa banyak dosa yang dijaja di media sosial.... Pendapat saya mereka bukan percuma... politik yang angguk kepala dapat duit, politik yang menghamburkan kebencian, politik fitnah yang tiada kesudahan, politik retorik mencanang kebaikkan pemimpin ulung, politik yang menggunakan perkataan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.... Bukan tiada ahli politik yang baik, tetapi bilangannya belum mencapai angka majoriti mudah... Politik angguk kepala dan cium tangan lebih cerah bintangnya berbanding yang menongkah arus hanya dapat melihat cahaya dihujung gua.


Pandangan  tercetus dari suasana media sosial yang banyak sangan sembang palatao politik... Kesian la netizen yang juga dapat imbuhan akhirat melalui komen atau share... Adakalanya teringin nak masuk gelanggang tapi tau kemampuan diri yang tidak boleh semata-mata YES BOSS so xpe la... kerja macam biasa.... sapa pun pembentuk kerajaan, kerja tetap kerja... ada mulut yang kena diisi...

Kepada rakan-rakan politik, satu pertanyaan... Politik negara kita memang macam ini sahaja ke standard nya? kalau ditanya semula ko nak macamana? kesimpulan saya, korang belum memahami kaitan politik dengan kehidupan semasa rakyat... korang x tau politik sekarang membentuk keperibadian rakyat... korg x tau rakyat nak tgk berita di tv atau media sosial bercerita team harimau malaya ditempat ke3 group stage masa World Cup...

Tidak menuju atau ditujukan kepada sesetengah parti politik... Tapi kalau pandangan ini terkesan dengan jiwa dan raga maka pandangan ini memang ditujukan kepada korg... Tiada apa yang perlu dimohon maaf kerana ini cetusan hati yang turun ke tangan dari situasi politik hari ini... ok dah cukup untuk hari ini... 

Kepada lalang dan duduk kat pagar tu sokongan politik tidak perlu dicanang tapi jagalah diri dan keluarga supaya saham politik dimedia sosial tidak dijadikan asbab kiraan sebelah kiri lebih lama berbanding yang kanan. Kadang-kadang rasa takut juga melihat keyakinan memberi komen... hehehe... sendiri ni mmg x baik mana tapi harapnya pandangan ini dapatlah mengurangkan saham kiri kita...

Tiada apa lagi nak dikata... Berdoa supaya semuanya baik dan terus cemerlang...

Apapun keadaan politik kita sama berdoa supaya negara kita terus maju. Biarlah yang sepatutnya bekerja... Mandat rakyat dah diterjemahkan, kini giliran mereka pula bekerja... Kita sokong perancangan yang memberi kebaikkan kepada semua.. Semoga Malaysia terus maju dan rakyat bahagia.

Jumpa lagi dikesempatan lain... Chau chin chau... tata



Comments

Popular posts from this blog

Sama tapi x serupa... UP sebelum bacaan ikrar....

DORAEMON.... Sejarah kartun yang kartun...

CCC: ANTARA BUKU DAN AMALAN