MULTITASKING.... WOW KATA DIA?
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Berjumpa lagi pada perkongsian pandangan peribadi kali ini. Melalui perkongsian FB page Garasi TV, sedikit pembacaan, pengalaman sendiri dan kawan-kawan, sektor pekerjaan pada 2021 amat mencabar. Kita tengok la berapa ramai yang diberhentikan kerja dan memulakan kehidupan baru bagi meneruskan kelangsungan hidup. Memang cabar, mencabar dan amat mencabar. Yang ada kerja kena bersyukur.... Zaman sekarang 1 pergi 100 mari... so jangan anggap kita ni hebat sgt...
Dari sini majikan moden yang licik mula mencari bagaimana cara meneruskan keuntungan perniagaan dengan kos yang sangat minimum. Modal kecik, cuci besar....
Perkataan multitasking telah diwujudkan dengan melihat kebolehupayaan seseorang individu dalam melakukan tugas dalam pelbagai perkara. Dulu-dulu saya mendengar perkataan ini sebagai satu yang istimewa dan nak termasuk dalam golongan itu. Maksud lain adalah kepelbagaian tugas... Ada juga memberi maksud melakukan dua atau lebih tugas dalam satu masa... Ingat lagi seawal penghujung tahun 1990 an, dulu2 pensyarah selalu sebut pasal multitasking.. "kamu mesti ada multitasking untuk bersaing di pasaran luar masa kerja nanti"... Nampak macam wow... tapi semakin lama, perkataan ini hanya memenangkan sebelah pihak iaitu MAJIKAN... x percaya? ok xpe...
Multitasking akan dijadikan perkataan yang mulia bagi memberi gambaran pekerja tersebut hebat... tetapi kena igt ada agenda disebaliknya kemuliaan perkataan tersebut.
Majikan disektor swasta terutamanya sering memikirkan bagaimana nak di VVS kan pekerja lama yang telah mendapat pendapatan yang besar. Pekerja ini digantikan dengan pekerja junior yang ditawarkan dengan gaji lebih rendah dan boleh membuat pelbagai jenis kerja. Contohnya, bengel kereta... Majikan kedaung akan mencari mekanik yang boleh membaiki enjin, tukar tayar dan cat kereta. Walhal pekerjaan ini memerlukan 3 orang pekarja. Menggajikan seorang pekerja dan jimat untuk 2 yang lain.. Penghambaan moden. Istilah yang kasar tapi inilah realitinya.
Multitasking juga terjadi pada sektor kerajaan... Boleh buat macam-macam siap la ko... yang sepatutnya buat tapi x buat duduk kangkang saje makan gaji buta... Rasa bersalah? xnak jawab, cuba tanya org lain... jawapan pasti sama... Terjadi juga disektor ini disebabkan peredaran zaman... Ramai melihat pekerja kerajaan kerjanya mudah tapi tidak secara realitinya... Juga mencabar dan mencabar... Pekerja usia pencen rasanya tidak semua yang dapat memberi perkhidmatan seiring permintaan perkhidmatan zaman sekarang... Nak buang? tak semudah buang air kat jamban... Kepada kawan-kawan di sektor lain diharap jangan terlalu teruja mengutuk, mengata dll kepada kami kerana takut jatuh kepada fitnah... Fitnah kepada saya? mana pernah ketinggalan terutamanya di ruangan komen pelbagai platfom... Saya maafkan semua... Diharap kita menjadi netizen yang rajin membaca, berfikiran dan paling utama tau dosa pahala... jangan PALATAU... Sekadar mengingatkan... Kembali kepada topik utama... hahaha
Manis bercerita bak penglipurlara membuatkan ramai antara kita berusaha untuk menjadi manusia super multitasking... memang baik untuk kita tapi janganlah dimomokkan dengan benda yang manis sahaja... Jangan mengagungkan perkataan multitasking... Jangan taksub dengan multitasking... Jangan promote multitasking kalau gaji minimum masih lagi RM1100... Multitasking yang baik perlu setimpal dengan usaha dan upah... Contohnya mekanik tadi buat 3 kerja dan dapat upah utk 3 pekerja.. tapi dapat ke? hehehe
Sebenarnya multitasking yang terbaik adalah jika anda seorang usahawan, bekerja sendiri dan ada company sendiri... Yang ini mesti ada sifat ini... Kerja lebih rezeki lebih...
Melalui pembacaan juga ada yang mengatakan bahawa multitasking adalah pembunuh senyap kepada produktiviti dan kerjaya. Juga boleh menyebabkan masalah psikologi kepada yang terlalu memaksa diri untuk menjadi multitasking... Bagi saya multitasking ini lebih kepada kelebihan dan keistemewaan seseorang. Jangan berharap semua orang boleh melaksanakannya... Jangan paksa dan jangan terlalu mengharap... Adakalanya multitasking ini datang secara spontan dan terjadi bila pekerja itu seorang yang bertanggungjawab dan minat dengan kerjanya... Harap majikan pandai menilai individu macam ini... Sekiranya majikan ada dapat pekerja macam ni, bersyukurlah... Kalaulah saya majikan dan ada dapat pekerja yang macam ini dah tentu saya bela dia sebaiknya... Bela dalam konteks menjaga kebajikan dan bertanggungjawab sebagai majikan...
Mesti ada yang tidak suka apa yang dikongsikan... Seperti yang dinyatakan, multitasking baik tapi jangan sampai membunuh kerjaya seseorang dan jadikanlah nilai multitasking ini mahal dan esklusif.. Jangan sinonimkan multitasking ini sebagai penghambaan moden, pengkeldaian, penglembuan dan pengkerbauan... Jangan mengambil kesempatan daripada kelebihan seseorang dikhuatiri kelak semua menanggung kerugian...
Tidak ditujukan kepada sesiapa... seperti yang dimaklumkan di awal, perkongsian ini adalah olahan daripada sumber2 lain spt
https://www.youtube.com/watch?v=XOmsRSwQ9rk
https://www.youtube.com/watch?v=zXjtNt0m5Ks
Saya Multitasking? Jawapannya x... saya normal mcm orang kebanyakkan.. pandai sembang jek...
Dah... Semoga jumpa lagi dilain masa lain kesempatan... chau chin chau... arios amigos jotos... tata
Comments
Post a Comment