Cerita Sebenar Prebet Adam

 Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman.... Jumpa lagi perkongsian kali ini... Sementara menunggu tempoh quarantine tamat, sempat la juga menghabiskan buku yang saya rasa memberi penjelasan yang sebenar peristiwa 35 tahun lalu... Pelbagai versi kedai kopi, sekolah, balai raya, universiti dll... Semua palatao... X dpt menyalahkan sesapa kerana memang kita akan percaya dengan apa yang kita dengar... sensasi yang buat kita lagi percaya...

Secara ringkasnya buku terbitan 2016 telah merungkai secara terperinci peristiwa yang telah berlaku pada Oktober 1987... Cerita yang telah berlaku hampir 35 tahun... Cerita yang sepatutnya memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan bahaya buli dan masalah mental... 


https://shopee.com.my/product/97155436/15578680645/

KONFENSI PREBET ADAM... 

MALAM SIAL UNTUK ADAM, MEMBUNUH, DIBUNUH ATAU MAMPUS BUNUH DIRI...

Buku ini menceritakan perkara sebenar punca Prebet Adam mengamuk... Prebet Adam yang mempunyai peristiwa hitam pada zaman remaja memberi kesan kepada emosinya... Melihat adik yang rentung didepan mata dan kepala yang pernah diparang memberi kesan yang besar kepada mentalnya...

Dari minatnya kepada soljar inilah yang menggemparkan tanah air... Perjalanan dari kem di Ipoh ke KL diceritakan secara terperinci dalam buku ini... setiap perbuatan dirasakan kosong dan mengikut hati... Bagaimana mula mengamuk, apa diamuk, bagaimana penembak tepat dah bersedia dan akhirnya bagaimana Prebet Adam ditangkap.... Mental...

Penceritaan sebenar dari doktor yang merawat mengesahkan Prebet Adam ada masalah mental... Punca ragging di dalam kem, penyakit keturunan dan tentang kehidupan semasa remaja.... Perincian penyakit mental yang menyelamatnya dari tali gantung... Dicebiskan juga sikap acuh x acuh doktor yang boleh mengheretnya ke tali gantung... begitulah sumbangan besar Tan Sri Muhamad Safee Abdullah kepada kes ini... bagaimana beliau berminat untuk menguruskan kes ini juga bersebab... mencari jawapan kenapa pihak askar tidak memandang serius kes ini... akhirnya jawapan dijumpai...



Bagaimana pula dikaitkan dengan DYMM Sultan Johor ketika itu? Sejak kecil lagi cerita ini sering dijadikan topik perbualan di kedai kopi... tanpa mengetahui cerita sebenar sudah pasti tanggapan ini diyakini betul, tepat dan sahih kepada penglipurlara kedai kopi dan dipercayai sepenuhnya sang pendengar... Dalam buku ini juga diceritakan bagaimana cerita ini tersebar dan keluar.... Apa yang saya boleh kongsikan adalah perkaitan DYMM Tuanku dengan kes amukan ini memang tiada kaitan langsung dan tiada kena mengena. Bukan sekadar penafian, tapi ianya diceritakan dengan berfakta dalam buku ini. Mungkin ada agenda pihak tertentu dengan mengambil kesempatan dengan keaddan yang berlaku.... Dikambing hitamkan... disahkan oleh Tan Sri Muhamad Safee Abdullah dan Tan Sri Zaman Khan

Buku ini juga menceritakan maklumat dan informasi dari ibu Prebet Adam sendiri... Dikongsikan cerita keluarga... Cerita suka, duka, gembira, ceria, gundah gulana semuanya diceritakan di dalam buku ini... X dapat dibayangkan bagaimana kalau saya ditempat itu...

Penceritaan hospital bahagia hanya bahagia pada nama tapi seksanya mengalahkan penjara... lebih rela dipenjara dari di hospital tersebut... Dikongsikan bagaimana kehidupan di hospital ini pada zaman tersebut... Menyakitkan... Dari bacaan, rsnya xde yang boleh sihat kalau betul mcm tu...

Pengkesahan selepas keluar juga dikongsikan... Kehidupan yang sukar dilalui tanpa menyusahkan sesiapa... Rosak diri kerana dadah... tidak pernah sekali pun mencuri, merompak, menyamun dll... Semua kerja dibuat demi melepaskan gian...

Pelbagai kisah menarik boleh didapati dari buku ini... Penulisan yang bersahaja bukan bahasa sastera, memudahkan pembaca memahami dengan mudah... Mampu milik...

Harap sedikit sebanyak perkongsian ini memberi jawapan kepada penceritaan turun temurun ini... ok jumpa lagi pada perkongsian akan datang... chau chin cau... arios amigos jotos..tata...

https://shopee.com.my/product/97155436/15578680645/




Comments

Popular posts from this blog

Sama tapi x serupa... UP sebelum bacaan ikrar....

DORAEMON.... Sejarah kartun yang kartun...

CCC: ANTARA BUKU DAN AMALAN