Rakyat Murba
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Sekian kalinya harapan tinggal harapan. Ketenangan tidak menjamin akal waras untuk menulis. Banyak nak dikongsikan tapi tak tau mana nak mula. Alhamdulillah, hari ini diberi ruang waktu utk update blog bersawang ini.
Terjumpa perkataan Rakyat Murba so kita tgk la apa maksudnya... Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat rakyat murba adalah rakyat jelata. Biasa kita guna marhaen. Tapi kenapa tetiba keluar MURBA? Bila merujuk sumber yang sama perkataan murba sendiri ada maksud tersendiri. Murba bermaksud biasa sahaja, hina, jelata, rendah. Marhean pula dimaksudkan sebagai rakyat jelata seperti petani, nelayan dll.
Kenapa maksud perkataan rakyat murba dan murba x sama... pelbagai pandangan diberikan dan disebabkan kehidupan saya dikelilingi oleh golongan bijak pandai so saya tak dapat pilih jawapan yang paling tepat. Kesimpulan saya yang tak cemerlang dalam BM telah membuat maksud sendiri (tak pasti jangan kongsi)
Apa yang menarik perkataan murba ni kepada saya? Keadaan sekarang bagi saya rakyat bukan lagi sesuai dipanggil marhaen tapi murba. Kenapa? sebab kita dipandang begitu oleh golongan kayangan, politikus, kapitalis dan yang diatas dari keadaan jasad yang sama.
Keadaan yang amat mencabar dari segala sudut kehidupan... terutamanya dari sudut ekonomi dan politik. Rakyat murba ini dijadikan buah catur yang mengikut aliran pemikiran pemain. Bijak gerakan berjaya dapatnya... Lembab akal memang membunuh. Menang atau kalah tetap ada yang dikorbankan.
Sebelum melalut hingga ke bintang, saya matikan cerita kat sini. Apa yang nak dikongsikan sebenarnya banyak lagi perkataan Melayu yang saya tak tahu dan tak pernah dengar. Macam biasa jangan ada dakwa dakwi... Pandanga peribadi yang dirasakan betul sepenuhnya oleh diri sendiri tapi mungkin xde apa2 bagi orang lain... hahaha
Jumpa lagi akan datang... Arios amigos jotos... tata
Comments
Post a Comment