Pengurusan dimensi baru : Fosil management, Try and Error, Wait and See
Assalamualaikum dan
salam permisa teman-teman. Berjumpa lagi pada perkongsian hari ini. Saya sangat
ikuti rapat ZRA Strim melalui youtube atau facebook sebagai platform ilmiah
yang menyeluruh, bebas dan terkini. Saya syorkan semua pembaca mengikuti strim
Hj Zainal Rashid Ahmad sebagai salah satu sumber berita terkini. Berita atau
cerita yang tidak mungkin media tempatan akan bercerita mengenainya.
Ada satu topik yang saya rasa amat rapat dengan
saya iaitu mengenai fosil management. Pada strim tersebut ZRA melihat sisi
pengalamannya sendiri. Terpanggil untuk mengolah isi cerita tersebut
berdasarkan pengalaman sendiri. Menarik untuk diceritakan. Coretan peribadi
untuk peringatan diri.
Fosil dinasour memang berharga sekarang ni… Tapi
fosil management hanya akan tinggal sejarah dan cerita. Pengurusan yang
dilaksanakan dengan jayakan tahun lepas pun belum sesuai untuk tahun ini… maka
kaedah pengurusan tahun lepas tu pun boleh dikategorikan sebagai fosil.. Fosil Management… Kalau
masih berbangga dengan kejayaan dulu tu rasanya mereka tak boleh move on dengan
keadaan terkini.
Apa yang boleh dikatakan, cabaran sektor perkerjaan sekarang bukan sekadar mengikut arahan sahaja. Tidak kira di sektor mana sekalipun, pembaharuan idea perlu untuk menghadapi cabaran semasa. Melihat kepada sektor awam misalnya, pembaharuan sukar dilaksanakan kerana setiap pekerja akan cuba mengekalkan tahap keselesaan masing-masing. Mengekalkan urustadbir yang dah berusia puluhan tahun. Jangan marah, saya menulis atas pengalaman sendiri juga… Orang memang suka membandingkan dulu dan sekarang… selalu cerita “dulu, kita buat macam ni / mcm tu. Xde masalah pun”, “ dulu ketua jabatan mcm tu, x macam sekarang” dll, semua ditujukan khas untuk memastikan mereka semua betul… dulu org pakai mesin taip, tapi sekarang computer… tu jek… hehehe … ayat basi… Mereka-mereka ni tidak tahu keadaan sebenar pengurusan… Tak tahu dan tak nak amik tahu… Perubahan sukar dilaksanakan kerana mereka selesa dengan kaedah kerja tu… Setiap perubahan akan memerlukan reset semula cara kerja… Spirit kerja hanya utk dapat gaji mmg mcm ni… marah? Sapa marah korg la golongan ni…
Tanpa disedari, daripada fosil management ini
akan wujud golongan Try & Error (T&E). Cuba membuat
perubahan supaya sesuai dengan keadaan semasa, kemampuan pekerja dan memberi
kelebihan kepada jabatan. Menunjukkan kaedah pengurusan perlu diubah… Merancang
mengenengahkan idea baru… Cuba memberi kelebihan kepada jabatan dan memberi
faedah kepada semua… Sesiapa yang ada dalam golongan ini bersedia untuk tidak
disukai. Orang2 lain akan menunggu keputusan… Berjaya akan diam kalau gagal
memang siap la korang. So apa ketatapan kita? Kalau saya, layan terus…. Buat
jek, tak berjaya cuba dan cuba lagi sampai berjaya... Syukur sekiranya anda ada
team yg support… Persetankan mulut-mulut puaka tu… Cuma nak bgtau ada jenis org
nak kepuasan dalam bekerja, bukan semata-mata nak gaji… Contoh terbaik kaedah
ini adalah semasa krisis kemelesetan di NTV7 sekitar tahun 1999… Saluran ceria anda… bagaimana pengurusan menggunakan kaedah
T&E untuk menyelamatkan stesen tv ini… Menggunakan kaedah yang paling
simple untuk menyelamatkan syarikat tenat ini… akhirnya Berjaya… kalaulah
pengurusan masa itu mengikut kata toksid sudah pasti lama dah bungkus stesen tv
tu… Bagi saya dan team, kami tergolong dalam golongan
Suka atau tidak kita kena terima hakikat yang toksid ada dimana-mana… ramai memang ramai… Menunggu silap utk dibahan… Golongan Wait & See… Wujudnya golongan ini adalah pasukan yang tidak sehaluang dengan golongan try and error… Golongan ini la yang banyak menghabiskan masa di meja makan, melepak kat tangga dan sering mengadu domba pengurusan sendiri… sebab banyak masa melepak maka banyak la bercerita pasal pengurusan… semua org salah dan tak betul… Sekadar bercerita ala penglipurlara… Cadangan sekadar berfikiran logik tapi tiada tindakan… Toksid… Golongan ini yang perlu dihabiskan… Kalau orang gomen… mmg sampai pencen la ko kena hadap… Dirisaukan adalah toksid ini merebak ke golongan baru… harapnya x la… Toksid boleh melumpuhkan dan menumbangkan syarikat… contoh dah ada… boleh cari sendiri la ek… Kena igt, 1 jawatan kosong diiklankan ramai org bersedia untuk mengisinya... Toksid tidak diperlukan dalam 1 organisasi...
Last sekali, kita sebagai pekerja kena sedia dengan apa-apa perubahan… Buat jek arahan bos, mesti ada sebab kenapa dia nak mcmtu… berdebatlah dan berbincanglah sebaiknya selagi belum ada keputusan… apabila sudah ada keputusan jadilah pekerja yang setia dengan keputusan… x guna cakap belakang, kerja kena buat juga… gunakan masa mengata, mengutuk dan memfitnah tu kepada masa bekerja… Insyallah Berjaya dengan cepat… Kija dikalangan pembaca, anda adalah bos... Pastikan arahan anda jelas... tukar sikap bos kepada leader...
OK cukup… chau chin chau… arios amigos jotos…
tata
Comments
Post a Comment