SCAMMER DIMANA-MANA, CERITA RUMAH TAK SIAP / TERBENGKALAI….


Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman.. Dirasakan tidak terlalu lewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin… Raya 2020 yang begitu berlainan, semoga kita semua terpelihara dari sebarang wabak penyakit.... Sementara Raya New Norm ni kita aktifkan minda dengan membaca dan berkongsi ilmu... Mana la tau pengalaman yang x seberapa ni dapat membantu sesiapa saje...


Cerita apa kali ini? Terbaca satu page ni pasal rumah x siap… Dari situ tercetus idea untuk terus cari dan mencari bagi membantu individu yang mengalami masalah rumah x siap dan bakal yang nak buat rumah… Rumah ini lebih kepada rumah individu… rumah buat sendiri… bkn rumah yang dibuat oleh pemaju…

Bayangkan duit pencen, duit kwsp, simpanan dll smua dilaburkan, last2 rumah siap separuh jalan… dimana silapnya… Sebelum ini kita pernah dengar bagaimana seorg artis menggunakan kepopularannya (popular ke) untuk scam ramai orang… kali ni npk lg page yg cerita nya sama… modus operandi sama… latar belakang x pasti tp mulut agak manis (org berniaga kan), tawar harga rendah, gambar dengan artis2 popular dan vip, tjk contoh dalam pembinaan… sebab tu rsnya sy nak kongi apa yg saya tahu pasal benda ni bagi mengelakkan perkara ini berulang kpd org lain dan berkongsi beberapa alternative kepada mangsa. Saya gagahkan menulis tajuk ini sebab terasa geram dengan penyamun2 ni… aniaya org… abis duit simpanan last2 kena tipu… klu negara nix de undang2 rsnya lama dah org2 mcm ni kena simen dalam tong… buat tiang jambatan….

Saya bukan lawyer, so apa yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman, bahan bacaan, perkongsian cerita dari kawan2 dll… xde kaitan dengan pengesahan undang-undang dan x yah la nak dakwa dakwi… x betul abaikan jek…

Nak buat rumah sendiri memang impian setiap orang… Tapi ada individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dari impian setiap orang… Ditipunya hidup2 org… jilake org2 mcm ni… semoga mendapat hidayah sebelum mampos…

Yang selalu jadi mangsa selalunya mak bapak kita yang dah pencen or layak keluarkan kwsp or yg ada simpanan yang banyak… tidak banyak masalah bagi peminjam perumahan kerajaan… senang ckp yang buat rumah pakai cash… I SMELL FISH…

 Berikut adalah tips untuk mengelakkan diri terdedah kepada scammer2 ni…

Pertama: Rata-rata yang tertipu dengan org mcm ni adalah terdapat kelemahan perjanjian membina rumah… Biasanya kelemahan perjanjian adalah tiada tempoh siap pembinaan rumah… sebab tu rumah x siap-siap… kemudian tidak dinyatakan juga bayaran adalah berdasarkan progress pembinaan… sebab tu dah bayar 100k, 200k tapi masih x siap2 gak… kadang-kadang akibat kemanisan mulut orang tu kita terpedaya… so sapa pun kontraktor tu, perjanjian ini adalah benda yang paling penting… x yah nak tipu kalau la ek, mmg xde yang baca setiap helaian perjanjian tu… hehehehe… sendiri pun sama… lagi2 bahasa inggeris (kita bole request untuk Bahasa melayu ya)… kalau lawyer x nak, cari lawyer lain…

Untuk perjanjian, perkara lain yg penting dah perlu dimasukkan dalam perjanjian adalah tempoh siap dan bayaran proses. 2 perkara utama ini akan membantu kita tidak merana dikemudian hari… bayaran mengikut kemajuan kerja adalah penting untuk memastikan duit kita selamat, kalau kontraktor lari pun sekurang-kurangnya x byk rugi… Jangan sekali-kali membayar mengikut permintaan kontraktor… Kekdg orang kita ni cepat percaya orang… terlalu percaya dengan harapan… yg tu boleh ubah sikit perangai kita…

 Kedua: berhati-hati sekiranya ada kontraktor yang menawarkan harga pembinaan yang kurang dari RM100/kaki persegi… zaman sekarang biasanya kalau buat rumah idaman harga adalah antara RM100-RM120/kaki persegi (minimum)… itu pun bergantung kepada lokasi dan material keseluruhan… harga minimum tu berdasarkan material yang biasa digunakan untuk rumah idaman… ada yang menawarkan harga yang kurang dari harga ini…. BERHATI-HATI… kontraktor biasa memberi alasan menggunakan teknologi terkini untuk membina rumah… guna IBS la, bumbung halimunan, lantai terapung la dll sebab tu oleh dapat harga murah… sekali lagi nasihat saya, BERHATI-HATI… kalau nak juga, sila study lebih sikit pasal kontraktor tu… igt kat negara kita ni ada beratus kontraktor… boleh tanya dengan beberapa kontraktor sebagai perbandingan...

Alasan glamor kenapa tawarkan harga murah adalah guna IBS… Saya ada gak sembang-sembang dengan kawan2 kontraktor, kos IBS ni lebih kurang jek dengan binaan biasa, bezanya adalah pembinaan lebih cepat… so kalau binaan lebih cepat sepatutnya xde la masalah rumah x siap… Ada terbaca iklan yang menawarkan RM95/kakipersegi…. Selidik punya selidik, scammer gak… puiiiihhhh….


Ketiga: Bagi sesiapa yang nak buat rumah guna cash… cuba kaedah ni, saya buat rumah guna kaedah ni… (yang buat pinjaman kerajaan pun boleh guna kaedah ini gak)… hahaha… lebih jimat… kira kita mcm kontraktor gak la… ada ilmu sikit2 pasal bahan binaan pun dah cukup… tu smua bleh tanya en google…

pastikan pelan rumah tu diluluskan oleh PBT… bawak pelan tu n cari la tukang-tukang yang kita kenal… bincang harga n semua barang kita beli sendiri… bayar upah jek… so kita tau quality barang utk rumah kita… yang penting ikut pelan tu… agak sibuk tapi puas hati… macam mana? Nak tau detail? Sila set appointment dan ayam goleh… nnt sy share mcmne nak buat…. x pun cari la kontraktor2 yang kita betul2 kenal… mintak tolong diaorg… kalau xde yg kenal semua org mcm ne? pikir sendiri la ek… gunakan tips 1 n 2… hehehehe… 

Keempat: Jangan cepat terpedaya dengan populiriti seseorg dan iklan di FB… bila amik gambar dengan org glamor n pangkat besar jangan terus percaya… takat nak amik gambar mcm tu saya pun boleh… amik gambar ngan PM pastu saya boleh bagi tau PM pun buat rumah ngan saya… korg nak caya x? mesti pecaya kan… lagi satu yang ada gelaran pun jgn caya sgt…. Dato’, Datuk, Tan Sri dll ada yang beli ya…. Bila gelaran pun beli so apa harapan kita untuk diaorg ni… nak kita percaya kat diaorg or diaorg nak kita percayakan diaorg…. Hahaha… sekali lagi… BERHATI-HATI ya… 

Kelima: Selidik sikit latar belakang kontraktor, lagi2 yang tidak kita kenal… Dulu artis tetiba jadi kontraktor… mcm pelik kan… tp zaman sekarang mmg x pelik… semua boleh belajar, jual air liur pun bleh kaya…. hahaha… yang penting kita study latar belakang dia… jangan terima n dengar bulat2…. Zaman sekarang penipu lagi bijak dr org bijak… bukti… ramai org bijak tertipu dengan penipu… sekali lagi… BERHATI-HATI


Bagi yang dah tertipu tu saya memang rasa simpati sangat… x dpt bayangkan duit 100k ada yg 200k lesap… saya ni rm50 hilang pun x tenang lagi rm100k…. masak2… klu xde iman mmg dah jumpa bomoh siam dah… kat sini saya cuba kongsikan perkara2 yang perlu dibuat untuk mendapatkan semula hak kita sebagai pengguna… Biasanya penyamun ni dah study bab undang-undang... tu yg releks jek scam org ramai... tapi x salah kalau mencuba...

Saya yakin semua pembinaan ada perjanjiannya… samada lengkap atau tidak sahaja… baca semula isi perjanjian tu dan rujuk lawyer yang sediakan… jangan terkejut kalau lawyer tidak menyebelahi pengguna… mmg ada lawyer mcm tu… sebab tu ada pembuambela dan pendakwaraya…. Masih tiada jawapan? rujuk lawyer lain… sedikit kos diperlukan untuk bukak fail… biasanya la… saya faham yang ramai dikalangan mangsa takut memanjangkan kes sebab takut duit hangus terus n rumah x siap langsung… tapi percayalah cakap saya, bila rumah dah xde apa2 progress lebih dr setahun, kira burn la duit kita tu…. Silap2 scammer pun lupa projek tu… Ada 1 pilihan, gunakan ruang undang2… jangan guna undang2 sendiri… kang habuk pun x dpt… simpan sikit kemarahan tu… Harapannya adalah lawyer2 diluar sana untuk membantu masalah pengguna ni…

Satu cara lagi adalah melaporkan keadaan ini ke Tribunal Perumahan… Walaupun tribunal ini ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian antara pembeli dan pemaju selaras dengan Akta Pemaju Perumahan tetapi dalam kes ini boleh juga merujuk kepada tribunal ini untuk mendapat nasihat bagi tindakan selanjutnya… sekurang-kurangnya kalau x dapat selesai di Tribunal ini dapat info lain pun baik juga… boleh rujuk link ini https://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/429. Usaha tangga kejayaan...
 
Sesungguhnya ada hikmah dengan semua kejadian… besar kemungkinan Tuhan nak beri yang lebih baik dari perkara ini… Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul…Bertabahlah dan bersabarlah...

Penulisan ini tidaklah dapat menyelesaikan masalah sediada sepenuhnya… Cuma diharap dapat memberi idea untuk tindakan seterusnya… Penulisan ini juga diharap membuatkan kita lebih berjaga2 dalam memilih kontraktor… terlalu ramai diluar sana mencari peluang untuk menelan mangsa… BERHATI-HATILAH SEMUA…. Semoga pembinaan rumah impian dipermudahkan… Kepada scammer, harap2 sebelum mati tu sempatlah bertaubatlah, jangan aniaya org ramai… sian mereka…. 


Ok cukup la sampai sini jek…. Jumpa lagi di lain masa lain kesempatan… arios amigos jotos… chau chin chau… tata... pe2 roger..

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. jadi apa yang awak bantu kepada mangsa2 rumah tak siap nie.... ? bantu tolong viralkan ker ? atau bantu ikut saluran undang2.
    kami mewakili lebih dari 170 orang mangsa projek rumah alfafa melalui saluran undang2...alhamudillah akhirnya kesemua anak guam dpat pampasan /tanah yg harga tanah tersebut jauh nilai nya dari duit yang telah dilaburkan..
    boleh pm /whatsapp sekirany memerlukan khidmat nasihat undang2 civil & syariah + syriah =012-2375631

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkongsian ini adalah berdasarkan pengetahuan, pengalaman peribadi dan sedikit bacaan. Diharap perkongsian ini memberi maklumat tambahan kepada mangsa.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sama tapi x serupa... UP sebelum bacaan ikrar....

DORAEMON.... Sejarah kartun yang kartun...

CCC: ANTARA BUKU DAN AMALAN