Cita-cita saya
Assalamualikum dan salam pemirsa... ketemu semula kali ini dengan cerita yang lebih santai... cerita pasal cita-cita... cita-cita yang banyak cerita... dari cita-cita yg membentuk peribadi... kira mcm2 la boleh jadi dari cita-cita ni... bkn nak cerita pasal cita-cita korang, tapi kali nak share cita-cita saya dari kecik sampai sekarang ni... hahahaha
cita-cita tu dah nak sama sikit dgn harapan... dalam satu konteks
cita-cita boleh jadi sama dgn harapan... tapi adakalanya x sesuai
langsung... paham kan...
Cita-cita ikut ilmiah adalah ????... kira kalau bahasa mudah cita-cita ni apa korg nak jadi bila dah besar... kalau ikut kamu dewan plak...
[ci.ta.ci.ta] | چيتا٢
Definisi : 1 keinginan yg selalu ada dlm fikiran: ~nya menjadi doktor. 2 tujuan yg hendak dicapai atau yg hendak dilakukan; maksud: Tanpa kerjasama drpd seluruh rakyat, ~ kerajaan hendak mendirikan suatu masyarakat adil tidak akan berjaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Definisi : 1 keinginan yg selalu ada dlm fikiran: ~nya menjadi doktor. 2 tujuan yg hendak dicapai atau yg hendak dilakukan; maksud: Tanpa kerjasama drpd seluruh rakyat, ~ kerajaan hendak mendirikan suatu masyarakat adil tidak akan berjaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Ramai org beranggapan istilah cita-cita hanya sesuai digunakan semasa kecil... Silap tu, org tua ni sebenarnya lagi banyak cita-citanya... hahaha... cita-cita yang dijadikan harapan, harapan yang menjadi matlamat hidup... tapi x kesah lah apa pun cita-cita korg semua..
Cita-cita juga selalu dijadikan modal cikgu sekolah rendah... Buat karangan / lukis tajuk "Cita-cita Saya"... sangat sesuai untuk mengeluarkan imaginasi kanak-kanak kepada bentuk penulisan atau lukisan...
Bila-bila difikirkan semula cerita cita-cita... seakan memberi kenangan tersendiri kepada saya... cita-cita yang tak pernah habis dipikir.... ada cita-cita yang berjaya, ada cita-cita yang tinggal cerita... kegagalan mencapai cita-cita tidak menggambarkan kegagalan dalam hidup... cita-cita itu ada kalanya membentuk peribadi seseorg.
kronogi cita-cita saya boleh dipecahkan kepada beberapa fasa... apa yang diceritakan ni masih lagi ada memori ni... so sapa yang cakap saya pelupa tu, korg silap.... hahahaha...
Fasa 1 : Sekolah rendah
masa ni cita-cita saya jd askar... cita-cita yang konsisten dari darjah 1 spi 6... hahahaha... Bohong kalau masa tu smua mmg ada cita-cita yang betul2... mungkin ada la kot... tp sikit sgt... smua ikut kawan atau berubah ikut cerita kat tv... abis tgk cerita bukit kepong ramai nak jadi askar. lps tgk cerita Sasuka ramai nak jadi ninja.. kalau budak2 sekarang ni acah2 layan cerita korea... saya dulu2 dah layan cerita jepun... hahaha... oshin, sasuka dll... klu tahu kita sebaya...
Fasa 2 : Sekolah menengah
Spi tingkatan 5 baru ada cita-cita... hasil bacaan dan pergaulan dengan ramai org, masa tu sy nak jadi Pegawai Daerah... iye... mmg betul... tapi x tau mcmne nak jadi pegawai daerah... so masa mohon nak masuk U tu... tgk la ada kursus perancang bandar... npk mcm related dgn pegawai daerah... sekali bukan daaaaa..... hahahhaha...
Fasa 3 : Masa belajar di IPT
cita-cita di IPT pulak, cuma nak abis belajar jek... xde benda lain... nak masuk dah susah, keputusan exam pun kelaut... tapi pengalaman mmg sgt berharga... cita-cita yang mengajar erti hidup sebenar... bkn mcm cerita drama tu... smua mewah semcm...
Fasa 4 : Masa bekerja
bila dibukakan pintu rezeki, barulah paham yang cita-cita selama ini tu hanya tinggal cita-cita... ada yang lebih baik datang rupanya... ada hikmah x dpt apa yang dicita-citakan... kesusahan masa di IPT tu mmg berharga... bila dah biasa hidup susah, apa masalah datang kita akan tenang hadap... iye...
Cita-cita saya memang membentuk keperibadian saya sekarang ini... kenapa cara cakap mcm ni, smua sebab dulu cita-cita nak mcm tu... kenapa muka macam tu... sebab dulu cita-cita mcm tu.... hahahaha... x kesah la apa pun cita-cita korg... didoakan semua berjaya tercapai...
tp jangan samakan dgn budak2 sekarang... cita-cita dah mcm2... hasil
susu formula... ada gak budak zaman sekarang mak bapak dah tentukan
anak dia tu nak jadi apa... bkn cita-cita budak tu, tapi cita-cita mak
bapak budak tu... mcm robot dah aku tgk... hahahaha
ok dah... cukup sampai sini... sekadar kongsi dgn semua.... cita-cita dengan ceritanya... hahaha
ok jumpa lain kesempatan... chau chin chau... tata
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete