CORONO Kau... Ku Masih PKP...
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Hi everything… hahahah…
Bertemu semula pada kesempatan kali ini untuk kita berkongsi sebuah cerita yang
pastinya sudah menjadi peristiwa Negara dan dunia. Covid-19. Disebabkan makhluk
halus ini, ia telah merubah keadaan dunia. Bermacam cara telah diusahakan untuk
menghapuskan virus ini. Bagi negara kita, PKP dikuatkuasa
untuk memutuskan rantaian virus ini. Usaha yang memberi kesan kepada semua
bidang. Sosial dan ekonomi amat terkesan. Syukur kepada kerajaan Malaysia yang
amat prihatin dengan keadaan ini. Pelbagai bantuan diberikan dan hampir setiap
lapisan masyarakat menerimanya. Pada kali ini, saya ingin berkongsi pandangan
peribadi berkaitan mengharungi tempoh PKP ini. Pelbagai pengalaman dan pengajaran yang saya
boleh perolehi.. Duduk rumah lebih sebulan so masa mmg banyak duduk depan
tv n internet… semua ni adalah pandangan peribadi saya… xyah dakwa dakwi...
Pertama: Kena akui bahawa kita semua masih lagi kurang menikmati rasa
syukur. Buktinya… semua benda salah dan perasaan irihati masih ada… PKP salah, PKPD
salah, dapat bantuan salah, x dpt bantuan salah, bantuan lambat salah,
moratorium salah, PKPB salah, rentas sempadan salah, stay at home salah, bagi
keluar rumah salah, tutup kedai salah, bukak kedai salah, rentas negeri salah…
irihati dengan org duduk rumah tapi dapat gaji, irihati dengan rezeki org
berniaga, irihati dengan penjawat awam, irihati dengan cikgu, irihati dengan
ustaz, irihati dengan artis, irihati dengan bantuan, irihati dengan semua benda
yang kita x dapat. Lumrah manusia yang memang sentiasa x cukup. Yang paling terkesan adalah orang yang x layak dapat bantuan pun melalak kat FB... Kenapa bagi beras jenama ni la... budget RM100 tapi barang RM60 so baki RM40 tu mana? mcm2 lagi la... Iyeee... ada org mcm ni...
Bagi saya la
kan, semua ini menunjukkan kita masih lagi kurang bersyukur. Bkn kata ke org
lain, diri sendiri ni pun sama… Antara puncanya, kita hanya melihat kekurangan sendiri tanpa melihat kekurangan orang lain...
Tgk jek la setiap keputusan kerajaan, mesti ada yang rasa tidak puas
hati… Diakui anggota kerajaan juga manusia yang tidak lari dari kesilapan…
Tetapi bagi kita kesalahan/kesilapan kerajaan mesti SIFAR (0)… mustahil…
sekarang ni 1 kesalahan / kesilapan sahaja akan menutup 10 kebaikkan. Mungkin
ada yang x senang dengan perkara ini.. tp mcm biasa la kan… blog saya...
Kedua: Org politik tetap org politik. Hampir setiap masa x kira dlm FB
ke, IG, Tweeter dll mesti ada nak kait ngan politik… ironinya kalau anda semua
perasan, setiap text / ucapan perkataan SEKIRANYA
mesti ada… Umpama menyalahkan org lain… Sebab tu saya berani cakap
mentaliti org politik negara kita masih ditakuk lama, 24 jam politik dan kuat
mengamalkan politik kepartian. Seperti kuiz mengejut semasa di universiti
dulu2, masuk2 kelas jek trus ada ujian… mcm kerajaan sekarang ni la… dapat jek terus
kena berhadapan dengan ujian yang getir. Semua tu ada hikmahnya. Politik tetap
politik… semua nak
kait dengan politik. Jgn gunakan alasan mandat rakyat dan harapan rakyat… sila
rujuk post sebelum ini pasal politik… nak suruh mereka tukar cara politik? Mmg
x la… sapa kita nak mintak diaorg berubah… diperlukan masa nak undi shj… kepada
kawan-kawan PAN, PKR, DAP, BN, Bersatu, PAS dan Warisan lps PKP kita ngeteh jom…
Ketiga: Kualiti time bersama keluarga.. masa inilah mak bapak menjadi
semua aktor dimata anak2… Chef, cikgu, askar, polis, tukang, ustaz, ustazah,
pelawak, pelakon dll… semua tu adalah ibu bapa… menjadi impian saya nak tgk
status mak bapak yang saman cikgu2 tu dulu… apa kabar dia melayan anak manjanya kat
umah tu… hahahaha… yang pasti mcm2 menu
dicuba kat rumah tu…
Keempat: Mengisi masa lapang. Semestinya banyak perkara yang dibuat… yang
paling syok mengemas rumah… rasanya penuh lori SWM angkut barang buangan ni…
ntah datang dari mana la agaknya… fuhhh, merecik peluh… bungkus barang2 kat
stor tu… konon2 la… hahahhaa…
Satu lagi yang saya buat adalah mengulangkaji dan test online
marketing… saje nak bgtau, business online mmg boleh sgt buat duit… 2 minggu
dapat RM800… ko rasa… hahahaha… melihat potensi business online ni… saya dah
tetapkan sasaran jualan RM1,000,000.00 dalam masa 5 tahun. Nampak kelakar tapi
x mustahil sebab ada yang dah buat dalam masa 3 tahun… Harap tidak slow sket
lps ni sbb dah mula kerja… sesapa yang ada masa tu baik belek2 business online
ni… sesapa nak tau meh PM saya… nak cuba share ilmu ni FREE jek… kurang2 x lupa bila
share ilmu ni ramai-ramai…
Kelima: Disebalik cerita tamil… Lps artis Malaysia demand mcm2,
disokong plak memperlekehkan natizen… saya dan keluarga mmg x tgk langsung drama
melayu sepanjang PKP ni… Time kaya tunjuk kereta bagai, time PKP pakai baju apek jek… Kerajaan
kan dan announce bantuan utk semua, so mana yg layak x kira siapa akan dpt… x
yah nak kalut sangat… Ehhh… mcm bebel plak… tu bkn point utama… Cite dia pasal
rumusan cerita Tamil… Bukan Hindustan ek… Tamil…
Banyak gak tgk cerita tamil kali ni… Walaupun dah tau ending dia mcm
ne tapi nak gak tgk macam mana olahan ceritanya. Cuma 1 cerita jek yang ending diam
mg diluar jangka… ntah apa tajuk dia tah… lupa.. serius best… pasal komplot
perompak… hahahaha…
Beberapa persamaan yang dikenalpasti dalam filem tamil ni. Antaranya
i.
Dari dulu sampai sekarang, menyanyi adalah untuk
menggambarkan sesuatu suasana… tu mmg treadmark diaorg… sedih, gembira, takut,
smua menyanyi… rasionalnya lain? Filem ni hiburan, nyanyian juga hiburan… bila
digabungkan… Memang menghiburkan betul la cite tamil ni… hahahaha.. dipandang
dari sudut ekonomi plak, dengan mengekalkan treadmark ini, ia membuka peluang pendapatan
kepada composer, penulis lirik, penari dll.
ii.
Masa tayangan biasanya 3 jam… kalau kurang 3 jam
mesti ada rasa kurang kat mana2… x caya?... ddk layan… mesti korg rasa…
hahahaha
iii. Babak
wajib… Aksi stunt yang over…. Lagi over lagi best sebenarnya…. Klu perasan aksi
stunt hampir sama… lagi2 masa aksi kena tumbuk… kurang2 pusingan 360°
tu mesti ada… igt senang ke nak buat… kena bayo lebih tu… silap landing mau
tercabut leher… lg 1, time bertinju mesti melompat kearah kereta… mesti pecah
punya cermin kereta tu… kereta tolak buah mesti ada dlm sceen, hero bodoh2
alang… byk lagi babak yg di duplicate dalam cerita2 tamil ni…
iv. Kualiti
barang yang rendah… cerita, cerita gak… tapi adakalanya mereka menunjukkan
kualiti barangan yang rendah disana… semua benda cuit sikit pecah… yg nak npk dramatic…
tolak ke dinding sikit pun dinding pecah… kerusi meja jgn ckp la… cermin kereta
semua single layer reject…
v. Xde penari yang lebih cantik dari heroin… hahahha…
klu heroin muka koyak… penari mesti muka remuk…
vi. Kasta
dan slum area… dalam cerita2 tamil ini menggambarkan keadaan sebenar disana… kot
Ketujuh: Kulit makin cerah… hahahaha
Ok dah la untuk kali ni… nak sambung lipat baju… jumpa lagi lain masa,
lain ketika… Semoga kita dipelihara dari Covid 19 dan keadaan kembali seperti
sediada…
Chau cin chau… Ta Ta
Comments
Post a Comment