Cerita jual pen...

 Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Untuk ke seterusnya kalinya saya cuba berkongsi sedikit cerita tentang hidup berniaga... Cerita berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman rakan-rakan... Saya bukan ahli perniagaan yang berjaya tapi saya suka berkawan dengan orang berniaga dan suka berniaga... x dpt banyak tapi dia punya rasa lain kalau berniaga...  Sesiapa kalau nak buat t'shirt, gift, cetak buku dll boleh roger la ek... Kalau nak cari lembu, kambing, rusa pun boleh roger...

Rasanya ramai yang pernah dengar cerita seorang penemuduga dalam sessi temuduga meminta pemohon kerja untuk jual pen.. terutamanya untuk jawatan sale... praktikal kata dia... Penemuduga meminta diyakini untuk membeli pen tersebut, maka pelbagai cara, cerita dan pujuk rayu untuk menjual pen tersebut... koman punya cara...

Tetapi ada seorang ni jawapannya berbeza... Apabila diberi pen, dia menjual semula kepada penemuduga... "Awak ambil pen ini dan cuba yakinkan saya untuk membeli pen ini daripada awak"... pen yang harganya RM4.50 diberi kepada calon pekerja tersebut... sambil tengok2 pen itu, pemohon kerja tu mula berkata... "Tuan nak beli pen ini?" lalu dijawab "Maaf saya x perlukan pen"... Mendengar jawapan tersebut, yang mohon kerja cakap... "kalau dah x perlukan pen kenapa suruh saya jual, saya x boleh jual dengan orang lain sebab di sini hanya ada saya n tuan sahaja" kemudian disekolahkan lagi... "apa2 perniagaan bukan kita menjual apa stok atau barang yang kita ada... tapi perlu mengkaji apa yg org / pelanggan perlu.... kita tidak boleh memaksa orang beli untuk barangan yang tidak diperlukan... Tuan sebagai bos di syarikat ini perlu peka terhadap produk... Bagaimana pekerja untuk menjual barang yang tidak deperlukan pelanggan... Orang dah kenyang tapi masih lagi nak suruh orang beli makanan... mana jadi gitu... Sebagai bos juga perlu peka dengan keadaan sekitar, jangan ikut selera sendiri jek... kalau pekerja x dapat capai target di bising2, dibentak2 dimaki hamun... masalah asasnya adalah dari TUAN sendiri.... disuruh top sale buat pun belum tentu berjaya.... " si bos... terdiam, termangu, terfikir....

Dalam dunia perniagaan perlu kreatif dan ikut perkembangan semasa kalau nak lebih berjaya... usaha perlu selaras dengan hasrat / target...

Selepas tamat interview masing-masing bersalaman dan mengucapkan terima kasih... Selepas itu, yang bos terus berjaya hasil perkongsian ilmu percuma manakala yang memohon kerja tu terus memohon kerja ditempat lain.

Sesapa yang nak cari pen or cenderahati lain bleh la tgk2 kat link ini... https://shopee.com.my/dbringin.

Chau chin chau... tata


Comments

Popular posts from this blog

Sama tapi x serupa... UP sebelum bacaan ikrar....

DORAEMON.... Sejarah kartun yang kartun...

CCC: ANTARA BUKU DAN AMALAN