Banyaknya Homestay...
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Saya baru balik dari menghadiri kelas menari... di akhir kursus saya gagal... maksudnya tiada kemahiran untuk menari, mungkin lepas ini cuba ikuti kelas drama dan teater... bukan kelas itu yang nak dikongsikan tapi nak kongsikan cerita pasal tempat penginapan sepanjang kelas tu... Homestay... Kenapa homestay? Sebabnya saya ingin membetulkan penggunaan istilah atau perkataan homestay tu... Kita ni biasalah, selalu terikut apa yg biasa orang cakap padahal benda tu salah... xpe sudah masanya kita betulkan keadaan ini.
Asal rumah yang nak disewakan jek mesti org sebut Homestay... Apa benda homestay ni sebenarnya...
Perkataan homestay ini sebenarnya telah ramai yang confius / keliru / salah guna maksud dll... Apa yang saya tahu Homestay ini adalah istilah atau perkataan yang digazetkan dan digunakan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).. Homestay ni macam satu program la kiranya... Program khusus untuk industri desa... So homestay tiada di bandar... Tiada homestay di Kuala Lumpur, Penang, Shah Alam dan lain2 bandar... homestay hanya di luar bandar...
Apakah program homestay?
Apakah jenis-jenis aktiviti yang ditawarkan di homestay?
Setiap homestay menawarkan pelbagai jenis aktiviti bergantung kepada budaya, makanan, aktiviti ekonomi serta lokasi. Setiap negeri di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri dari segi budaya, bermula dari 'Nasi Dagang' di Kelantan, hingga ke Tarian Sumazau di Sabah, serta tinggal di rumah panjang yang terletak di Sarawak. Contoh-contoh aktiviti di homestay meliputi:
(i) Budaya dan Gaya Hidup
- Sejarah
- Tarian tradisional, lagu tradisional dan makanan tradisional
- Permainan dan sukan tradisional
- Budaya: Perkahwinan, majlis korban, dan upacara keramaian
(ii) Aktiviti Ekonomi
- Menoreh getah
- Penternakan ikan
- Pertanian: Padi, koko, minyak sawit, buah-buahan
- Melawat kawasan-kawasan sekitar homestay (sightseeing)
- Merentas hutan (Jungle tracking)
- Arung jeram (White Water Rafting)
- Melawat produk pelancongan berdekatan
(iv) Pemuliharaan Alam Sekitar
- Program Menanam Pokok: Para pelancong digalakkan untuk menanam pokok di homestay yang dilawati dengan tujuan untuk memulihara alam sekitar dan juga mencantikkan lagi lanskap homestay tersebut.
Comments
Post a Comment