Stadium dan kita...

 Assalamualaikum dan salam pemirsa.. sedar tak sedar dah bulan oktober 2023. Sekejap masa umpama bakar ubat nyamuk tetapi nyamuk masih menggigit kerana asap dah terpadam... cepat dan pantas... Bukan cerita pasal masa tapi saya nak berkongsi pengalaman sendiri berkaitan stadium... ni pun sebab gi stadium dan tgk game yg bukan dari pasukan sendiri... gi mana-mana tempat org, kalau ada game kat stadium kita abiskan masa masa malam dgn rasa suasana tempat lain... tu pun kalau sempat la...

Stadium yang memberi pelbagai pengalaman dan pengajaran dalam erti hidup... Di stadium juga lah mengajar 1001 pengalaman dan cerita spontan yang hingga kini kekal lawaknya. Saya mula menjejak kaki di stadium pada awal 1990an... Naik moto dengan pakcik dari Pekan Nanas ke Larkin... Johor vs Kedah... penuh... igt lagi masa ni... gigih... meriah... sesak... Tapi bukan ini yang saya nak cerita... Cuma nak bgtau saya dah jejak kaki kestadium seawal 1990 an lagi...

Stadium negeri2 byk gak la dah masuk... Layan liga tempatan, persahabatan antarabangsa, perlawanan pemanas badan dan yang tidak dpt dilupakan, Malaysia vs Brazil... pernak la gak rasa game2 panas... dll... Yang pasti kini penyokong dan penonton lebih berdisplin... Merokok dah kurang di tempat awam, bergaduh dah kurang dan yang paling menarik... penonton dan penyokong dah mula pandai jaga kebersihan... 

Distadium juga kita boleh dapat lihat semangat kekitaan yang tinggi... taksub dalam 90 minit... lepas abis game ke realiti kehidupan semasa... Umpama melepas geram dalam masa tu... diluahkan segala perkataan dan emosi... Mungkin sapa yang x pernah rasa aura panas stadium cerita ini mungkin tidak sampai... Sekarang mungkin kurang kita dengar perkataan rasis dan kurang sopan di dalam stadium... tapi tengok bola memang kena macam tu, bukan kita datang dengar ceramah...

Macam-macam ragam manusia dalam stadium ni... ada pengulas sukan, ada jurulatih, ada pengadil, ada bawak awek konon2 pakwe dia minat bola sangat, ada yang tertido dalam suasana bingit, ada yang datang stadium memang nak memaki, ada yang nakkan perhatian dan publisiti, ada yang ke stadium sebab nak bodek bos dan lain2... aiiii... ikut korang la.... x lupa, stadium juga dijadikan salah satu tempat bersama keluarga... 

Dulu-dulu burger stadium, air dan kuaci ada yang menjaja tapi sekarang macam dah x nampak pulak... rare betul la burger stadium... hahaha... lepak tgk brother ni jual air.... mencabar bila padat dengan org... 

Pengalaman betul semua ni... Dari stadim juga dapat ramai kenalan baru yang sampai hari ini bertegur sapa... Belajar berniaga dari usaha gigih kawan-kawan... Hidup jangan menongkat langit, kelak tongkat patah muka terus tersembab ke tanah... sakit... 

Yang pasti stadium ni best kalau kita ada jiwa nak ke stadium... Atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan saya sangat kurang jenguk2 ke stadium tu... dah lupa macamne nak bli tiket....

ok dah... jumpa di stadium lain pulak lepas ni.... chau chin chau... tata

Comments

Popular posts from this blog

Sama tapi x serupa... UP sebelum bacaan ikrar....

DORAEMON.... Sejarah kartun yang kartun...

CCC: ANTARA BUKU DAN AMALAN