Buruh Paksa
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman.... Sepertimana penyataan di dalam posting sebelum ini penulisan ini adalah berdasarkan pengalaman, bacaan, tontonan dan perbincangan bersama rakan-rakan di meja kopi...Blog ini juga adalah sebagai rekod peribadi yang dikongsi sama... Semoga menjadi sebahagian jambatan ilmu utk semua...
Kali ini saya nak berkongsi cerita berkaitan Buruh Paksa... Berkesempatan menghadiri program FGV yang diserta pelbagai latar belakang orang... Dirasakan saya perlu berkongsi pengetahuan ini kepada semua... Topik yang sangat mendapat perhatian... Disokong dengan gaya penyampaian yang amat baik dan menghiburkan... Tak bosan... Dicatatkan disini sebagai tambahan ilmu untuk semua...
Tapi masih ada lagi ke buruh paksa... teringat cerita Blood Diamond, ada elemen buruh paksa... Tapi zaman moden sekarang ada ke Buruh Paksa? Apa yang pasti pelbagai usaha pihak kerajaan untuk memastikan buruh paksa tiada di negara ini...
Akta Kerja 1955 dan Larangan Buruh Paksa, pindaan seksyen 90B yang dibuat pada 2022 dan berkuatkuasa 1 Januari 2023 ini telah mentakrifkan ugutan, penipuan atau paksaan oleh majikan sebagai amalan buruh paksa. Terlalu umum tetapi pihak kerajaan telah menggariskan 11 indikator berkaitan buruh paksa. Mana yang terkait dengan salah satu indikator ini pihak pekerja boleh melaporkan ke pihak berkuasa dan majikan boleh disiasat berhubung aduan ini.
Merujuk kepada konvensyen Buruh Paksa 1930 (International Labour Organization (ILO)) , Buruh Paksa boleh didefinasikan sebagai sebarang pekerjaan atau perkhidmatan yang diperoleh daripada seseorang di bawah ancaman atas apa-apa bentuk hukuman dan dilakukan tanpa kerelaannya. Berbeza dengan perkataan buruh paksa zaman Jepun dulu...
11 indikator yang disenaraikan oleh Kementerian Sumber Manusia berdasarkan Akta Kerja 1955 dan International Labour Organization (ILO) adalah seperti berikut
1. Menyalahgunakan kelemahan / kekurangan - Setiap orang ada kekurangan. Adalah salah untuk menggunakan kelemahan tersebut untuk menganiaya mereka. Contohnya individu yang tidak pandai membaca dan mengira, majikan menyuruh melakukan kerja yang diluar bidang sepatutnya kemudian memarahi atau mengherdik sekiranya kerja tidak sempurna.
2. Penipuan - contohnya kontrak perkhidmatan tidak dipatuhi, janji tidak ditunaikan seperti penyediaan kemudahan penginapan yang kondusif dan majikan sengaja tidak memperbaharui permit kerja. Lantikan kerja buat kek bila dah kerja bos paksa repair tayar.
3. Menghadkan pergerakan - tidak dibenarkan bergerak bebas di tempat kerja dan kediaman seperti diawasi melalui CCTV, pintu berkunci, berpagar, hanya 1 pintu keluar masuk dan diawasi anjing penjaga atau pengawal keselamatan.
4. Pengasingan - tiada akses kepada komunikasi luar dan komunikasi sentiasa dikawal oleh majikan / agen.
5. Keganasan fizikal dan seksual - Penderaan fizikal, mental dan seksual.
6. Ancaman dan ugutan - ancaman ini boleh dari segi mental, fizikal dan seksual. Senang cakap kalau majikan tunjuk penumbuk dan pekerja rasa terancam dengan perbuatan tersebut sebenarnya pekerja boleh membuat aduan. Begitu juga gangguan seksual, perkara-perkara yang dirasakan tidak selesa juga boleh dikategorikan sebagai ancaman dan ugutan walaupun melalui perkataan. Contoh lain majikan menggugut tidak memperbaharui permit kerja, penahan gaji dll...
7. Penahanan dokumen peribadi - menyimpan passport dan dokumen peribadi pekerja... Tetiba nak masuk kerja IC kena tinggal kat bos... apa hal....
8. Tidak / lewat membayar gaji - bukan sahaja x bayar gaji. Kesalahan ini juga berkait gaji lewat dibayar (lebih 5hb bulan berikutnya), tidak mendapat bayaran atau faedah mengikut undang-undang buruh, potongan gaji tidak sah.
9. Dibelenggu dengan hutang - dipaksa bekerja untuk melangsaikan hutang yang diambil untuk memperoleh pekerjaan
10. Keadaan kediaman dan kerja tidak kondusif - diminta menjalankan kerja berbahaya tanpa peralatan perlindungan keselamatan. Suruh cat bangunan tinggi tapi xnak sediakan tangga... Janji duduk kondo tapi dapat reban ayam.
11. Kerja lebih masa melampau - dipaksa kerja lebih masa melebihi had... Tidak diberi cuti rehat atau mendapat rehat yang mencukupi.
Dalam konteks ini kita bercakap pasal majikan yang melampau. Saya yakin sekiranya aduan diterima, jabatan yang menyiasat akan melihat dari setiap sudut... Mungkin lepas ni saya perlu berkongsi berkaitan hak majikan kepada pekerja... Biar pekerja juga tahu apa hak majikan kepada pekerja...
Kepada majikan dan pekerja, kita kena saling faham memahami jangan ada salah seorang yang besar kepala, jalan mendabik dada, menongkat langit... Saya sangat memahami keadaan ini kerana saya merupakan majikan dan pekerja... Sebagai manusia kita tidak suka diperlekeh, dianiaya... sebagai yang normal akan terasa bila kita sentiasa dipandang hina dan keji... Tiada manusia yang bijak semua benda tapi tidak bodoh semua perkara... Carilah titik persamaan untuk membina kekuatan... kalau hanya mencari titik kelemahan memang senang sebab itu sifat manusia azali... Kerja kena happy... Korang happy x kerja sekarang???
Terima kasih FGV atas jemputan dan perkongsian ini...
ok dah... chau chin chau... ta ta..
Comments
Post a Comment