Masa Untuk Kita....

Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman... Kali ini agak santai, ringkas dan padat... perkongsian yang diambil dari youtube... secara ringkas dan tersiratnya hidup kita hanya ada 3 hari sahaja... bkn 7 hari, 30 hari, 365 hari dan sebagainya... Realitinya begitulah... So hidup x perlu menongkat langit... Bak drama tv cakap hidup jangan bongkak, sombong, takabur.... Nanti masuk neraka...



Hidup kita sangat singkat. hari pertama merupakan semalam... Yang tinggal menjadi kenangan dan sejarah dan x mungkin kita dapat masa semalam walaupun 1 saat... Mengubah hari semalam adalah tidak mungkin dan mustahil kecuali kita bawak kereta yang boleh set masa utk ke masa silam atau akan datang... ala mcm cerita benda tu... back to the future kot.... merepak kalau di fikirkan logik tapi best kalau melihat ceritanya shj...



Hari kedua dalam hidup kita adalah hari ini... Gunakan masa hari ini dengan sebaiknya... Biarlah hari ini menjadi sejarah manis kita... Biarlah hari ini kita diingati dengan perkara yang positif... Biarlah hari ini kita sentiasa didoakan perkara yang baik oleh org lain... Orang yang baik ni kalau dia tiada akan dirasai tetapi berbeza kalau kita tiada orang meraikan...



Hari ketiga dalam hidup kita adalah hari esok... Hari yang kita tak tau samada kita ada lagi atau sebaliknya... rancanglah benda yang baik... tiada perkara yang tidak boleh dibuat melainkan kita sendiri yang x nak buat.... Hari esok merupakan hari yang penuh misteri dan hari yang akan menjadi tanda tanya...


Motivasi utk diri sendiri... semoga kita sedar diri yang hari-hari ini memang kita lalui....

dah... chau chin chau... tata

Comments

Popular posts from this blog

Sama tapi x serupa... UP sebelum bacaan ikrar....

DORAEMON.... Sejarah kartun yang kartun...

CCC: ANTARA BUKU DAN AMALAN