Déjà vu

 Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman... Selepas siap lipat kain baju dan basuh pinggan, merasakan satu suasana dan keadaan yang dirasai pernah ada dalam keadaan itu sebelum ini... tapi bila diamati, memang la sentiasa ada dalam keadaan itu sebab memang kerja harian... lipat kain baju, basuh pinggan dll. hahaha... Dari keadaan ini terus tercetus idea untuk menulis.

Perkataan Déjà vu merupakan perkataan yang berasal dari Perancis iaitu 'sudah lihat'. Deja yang artinya sudah dan vu artinya melihat atau terlihat. Diperkenalkan oleh Emile Boirac seorang psikologi warga Perancis yang mempelajari fenimena ini sekitar tahun 1876. Fenomena Déjà vu merupakan satu perasaan atau keadaan atau keberadaan kita disesuatu tempat tetapi kita tidak pasti bila / bagaimana / dengan siapa kita berada dalam keadaan tersebut. Perasaan yang tiada jawapan... nak kata khayalan atau mimpi pun boleh juga.... Rasa macam pernah sampai tempat ini tapi bila ya... Pemandangan ni sama macam tempat lain tapi kat mana?... mcm2 persoalan timbul... 


Pernah bersama seorang individu dalam keadaan ini... Membawanya ke sesuatu tempat dan dia bercerita dia pernah sampai ke tempat ini... boleh bercerita secara terperinci keadaan disitu... Cuma dia dan seorang lagi rakannya cakap ini kali pertama mereka sampai ke tempat tersebut... Dari mana dia tau semua itu? 
Déjà vu... Sehingga kini masih misteri... Untuk menenangkan urat fikirannya dirumuskan mungkin dia tahu sebab dia tgk perkongsian kawasan tersebut di media sosial... Tapi tengok muka seperti belum puas hati sepenuhnya.. sekiranya saya diberi kelebihan menerobos otak dia, dah tentu saya boleh nampak segala urat  berhubung antara satu sama lain utk cari jawapan...

Mencari juga perkaitan Déjà vu dalam konteks agama tetapi tiada yang spesifik membincangkan keadaan ini. Dapatan dari pencarian, secara kesimpulannya keadaan Déjà vu ini tidak harus ditafsirkan dalam bentuk yang melanggar syariat. Tak perlu jumpa bomoh atau dukun untuk mentafsirnya... takut sesat tak jumpa pintu rumah... Anggap sahaja kita sebagai manusia mempunyai kelemahan terutamanya kelemahan dalam mengingat sesuatu perkara.

Dah... chau chin chau... tata



Comments

Popular posts from this blog

Sama tapi x serupa... UP sebelum bacaan ikrar....

DORAEMON.... Sejarah kartun yang kartun...

CCC: ANTARA BUKU DAN AMALAN