Filem Tamil: Realiti Imaginasi Aksi

 Assalamualikum dan salam pemirsa teman-teman... Bertemu semula pada penulisan seterusnya... Telah tersenarai banyak tajuk tapi perlu sedikit rujukan dan kajian untuk menjadikan setiap post sedikit berilmiah... tapi post kali ini rasanya x perlu info tambahan yang banyak melalui bacaan dan carian... Duduk depan tv layan movie 2 hingga 3 jam jek....

Rata-rata kita akan berbangga bila sentiasa up to date pasal movie... Saya layan semua cerita... X obses dengan mana-mana movie... Sejak PKP ni, ada la sikit masa utk layan movie tamil... Iye, saya tgk movie tamil... kenapa saya sanggup tgk?.. Cerita tamil ni terlalu jujur, Jujur dengan kehidupan, jujur dengan perbuatan, jujur dengan aksi dll... Jangan tanya movie apa yg saya suka atau nama-nama pelakonnya... saya x tau... 

Untuk menonton filem tamil ni, paksaan tidak akan menjadikan kita ada feel dengan cerita tu... sebab kita x kenal pelakon, cerita pasal apa x tau... hahahaha... cerita yang ditonton hanya untuk mengisi masa lapang dengan belajar sesuatu yang baru melalui filem tamil nie... filem ini juga membantu saya memberi  informasi tambahan didalam otak dengan karya seni yang x terjangkau tingkah laku biasa dunia nyata...

Antara filem mesti tonton

Rumusan umum cerita tamil dari kaca mata peribadi saya...

Pertama; Nyanyian, ini perkara wajib dalam filem dalam durasi 2.30 - 3 jam... satu-satunya scene yang tidak pernah terpadam sejak zaman hitam putih dulu. Filem Melayu dan Inggeris sudah jarang mengguakan scene nyanyian dalam filem... kurangkan kos n masa kot... Tapi filem India tetap utuh mempertahankan scene ini... mendengar dan menghayati 3, 4 lagu dalam 1 cerita tu gampang banget... kenapa masih ada? saya tiada jawapan sebenar seni perfileman... tapi pendapat peribadi saya, nyanyian akan meneruskan ritma  lakonan, lagu berdasarkan ekspresi gembira, sedih dll... umpama tambah ajinamoto dalam masakan supaya lebih sedap.... Mungkin juga masyarakat India disana juga suka sesuatu yang menghiburkan sebab tu diselitkan nyanyian dan koreografi yg mantap untuk memastikan penonton merasi roh dan aura filem tu.

Kedua; Semangat dan bersemangat. Yang ini jangan siapa nafikan... hahahha... dalam scene nyanyian mesti ada penari... melihat perbandingan penari dari zaman dulu hingga sekarang memang ada beza... penari pompoan cerita sehingga tahun 2000, seksi tapi kecantikan x boleh mengalahkan heroin... tapi sekarang dah beza... penari boleh tahan lawa juga dah sekarang... perut pun x buncit... yang lelaki tetap kekal sama dulu dengan sekarang... kekal macho... sikap yang perlu dicontohi adalah semangat... tgk cara menari semangat... kalau mmg gitu koreografinya x tau la... seronok, bersemangat dan ditambah dengan memek muka yg sesuai... selain menari teruja juga tgk aksi berlawan/bergaduh. Hasil selidikan, kebanyakkan filem menggunakan menggunakan ramai pelakon stunt terutamanya jd watak jahat... sebab tu selamba jek buat pusingan 360 darjah bila kena tumbuk dgn hero... kagum sgt.... kena jentik sikit jek pun aksi guling dilihat terlebih semangat... adakala npk extream tapi kalau terlalu semangat kadang2 nampak kelakar... gud try bro... menghiburkan...

Ketiga: Sukar diramal. Ini kelebihan cerita tamil... sukar diramal bagi setiap babak cerita.. walaupun pengakhiran ceritanya adalah happy ending, tapi sukar diramal apa kejadian dalam setiap babak. contoh aksi kejar mengejar kereta... bila terbabas kita x dapat jangka kereta tu nak jadi mcmne... tergolek, meletup, terbakar, terbang... semua tu boleh jadi... so tunggu jek la sambil menunjukkan aksi yang hebat... aksi berlawan juga sukar diramal.. lagi2 bila hero dah mengamuk... apa nasib penjahat extra kita x tau... walaupun kebanyakkan filem kita boleh agak perjalan cerita tapi aksi2 yang sukar diramal inilah yang menjadi filem ini lebih dramatik dan kreatif.

Keempat: Masalah kemudahan dan sosial. Persoalan yang agak sensetif tapi apabila hampir semua filem menunjukkan perkara ini jadi secara keseluruhan apa yang ditunjuk itu adalah keadaan sebenar di kawasan-kawasan tersebut. Bersyukur kita di negara ini, keadaan persekitaran perumahan kita lebih teratur dan selesa. Kawasan setinggan semakin berkurangan dan sentiasa ada usaha untuk penambahbaikkan. Merujuk beberapa filem - kemudahan air, jalan raya, elektrik, perumahan masih jauh ketinggalan untuk merealisasikan doktrin perancangan dan pembangunan sejagat. Rasanya kurang elok untuk membicarakan secara panjang lebar perkara ini. Yang pasti saya bersyukur tinggal di Malaysia.

filem yang sarat dengan motif

Kelima: Korupsi. Masalah dunia. Dengan berani banyak filem menunjukkan kekopursian yang maha hebat disana. Dari pemerintah tertinggi hingga rakyat bawahan. Moral cerita adalah baik utk menghapuskan masalah ini tapi seringkali kita dihidangkan dengan babak seperti ini, sehingga tercetus di benak pemikiran - adakah ianya memang benar-benar ada disana. Merujuk kepada indeks rasuah di dunia bagi tahun 2021, India tidak tersenarai dalam 10 teratas. Oleh yang demikian, saya beranggapan isu korupsi hanyalah cetusan kreatif pengarah filem sahaja. 

Keenam: Kualiti bahan. Juga menjadi persoalan, adakah bahan-bahan binaan di India berkualiti rendah? Terkasima bila melihat dengan selamba tembok pecah bila ada aksi gaduh.. hehehe... cermin kenderaan pulak dah macam cermin single layer tanpa tinted. Pecah berderai... Begitulah aksi hebat sang hero... jangan sampai hero mengamuk... belum cerita tiang lampu dicabut dengan senang... gitu jek cabut... adakah hero terlalu kuat atau binaan yang x kemas? 

Ketujuh: Mengekalkan cara hidup. Tertarik dengan satu cerita yang menjadikan salah satu lokasi di Malaysia sebagai salah satu lokasi penggambaran... Bangga juga tau... tapi budaya dan cara hidup tetap dikekalkan... ddk kat apartment byk tingkat tapi dengan selamba jemur kain kat tingkat atas sekali... mana ada dibuat org... hehehe... pakaian sari tetap digunakan walaupun dalam musim salji tebal... tenggelam pusat sebab sejuk....

Kelapan: Tahap keselamatan. Banyak dalam filem, dengan selamba balai polis diserang penjahat. Walaupun cerita tapi bagi pendapat saya macamana nak pastikan tahap keselamatan kita terjamin. Kesian rakyat kasta rendah. Kena tunggu kemunculan Inspektor teging untuk kawal keadaan. Mantap.... Budaya tengok sahaja juga menjadi scene yang mudah dilihat dalam semua filem... x kira accident ke, bergaduh ke, kena samun ke atau apa2 kejadian sekalipun mmg aksi tu hanya diperhatikan shj... pelakon utama jek ada fungsi dalam keadaan-keadaan sebegini... yg geramnya siap keliling jek tgk... harap-harap tu hanya dalam filem sahaja la...

Antara filem terbaik. Epik gile

Semua ini adalah pandangan peribadi tanpa menyentuh sensetiviti mana-mana pihak. Berdasarkan tontonan dan diterjemahkan kepada penulisan dan ianya tidak menggambarkan keadaan di dunia nyata. Penyedap cerita perlu ada sang kancil dan sang monyet, perlu ada hero dan penjahat, perlu ada hitam dan putih. Last skali, cuba korang tgk filem tamil, layan beb.... iye...

Ok la jumpa lagi lain masa... chau chin chau... arios amigos jotos... tata

Comments

Popular posts from this blog

Sama tapi x serupa... UP sebelum bacaan ikrar....

DORAEMON.... Sejarah kartun yang kartun...

CCC: ANTARA BUKU DAN AMALAN