Berniaga Online... Antara harapan, cita-cita dan minat....

Assalamualaikum dan salam pemirsa... berjumpa lagi kita dikesempatan ini... Pada kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman berkaitan berniaga online. Kenapa saya pilih tajuk ini? Kerana saya suka berniaga... Tapi kelemahan saya adalah berjumpa pelanggan.... Saya x pandai bercerita secara bersemuka menceritakan kebaikkan n kelebihan produk... hahaha... rasa kelakar pun ada... Dah mcm ni lagi mau berniaga... hahaha... Itulah keistimewaan minat... Bila dah minat ada mcm2 cara boleh buat...


Utk makluman, saya ada kedai fizikal, kandang lembu, kambing n rusa dan kedai online... Muhasabah dengan kelemahan diri, semua tu telah disusun semula supaya semua platfom perniagaan ini aktif. Alhamdulillah kedai dah bertahan 6 tahun, kandang 4 tahun n kedai online dah hampir 2 tahun... Kongsi rezeki... Mesti ada yg anggap sy menunjuk... Sapa yg rasa mcm tu lantak korg la... Yg pasti, saya akan beri full commitment pada tugas hakiki... kalau x perform bgtau sy... Bila balik rumah suka hati la nak buat apa... Saje nak bgtau pengurusan masa amat penting... kalau sibuk ke hal org lain mmg x sempat buat ni semua... ayat mcm belagak, tapi monolog ini yg selalu ada dalam diri....

Perkongsian pada kali ini adalah berkait dengan perniagaan online... Betul ke berniaga online ni boleh kaya... Jawapan dia BOLEH... Memang boleh... Tp utk hari ini bukan saya la kalau nak dijadikan contoh... hahaha... saya berniaga atas minat dan part time.... yg berjaya ni biasanya sesiapa yang jadikan platfom ini sebagai sumber pendapatan utama... online ni sapa cepat dia akan berjaya... Income puluh ribu sebulan, jutaan sethn mmg ada... Sapa minat n serius mmg jadi Insyallah....

https://shopee.com.my/dbringin









Kalau ikut sejarahnya, saya mula explore peluang perniagaan ni sejak tahun 2018 lagi... tapi pelbagai kekangan terutamanya masa menjadikan saya mcm biskut.. .kejap on kejap off... tapi sepanjang tempoh tersebut sebenarnya saya dah belajar banyak cara sehingga 2019 baru saya bermula secara aktif... bila dikaji, ramai kecundang ditengah jalan, ramai kecewa sebab tidak dapat seperti yang diharapkan... Yg paling penting ilmu, komitmen dan fokus.... xde 3 benda ni jangan berangan kaut laba dengan siku... pendapat peribadi shj... setuju ke x terpulang la ek....

Saya telah mengkaji secara sedikit mendalam berkaitan shopee kemudian ebay... cuma ebay saya belum betul2 mula menjual la... Hasil pendapatan? ada la sikit2... hasil study tanpa guru ni pergi dia lain sket, lambat... tapi rsnya dah boleh berjalan sendiri skrg.... hehehehe... hampir 2 tahun belajar so tau la trick n skill dia... utk peniaga di shopee, rajin2 la ikut kelas online dia... byk benda dikongsikan kat sana...

Hasil study tu saya aktif berkongsi dan menjual pelbagai produk kat sini... https://shopee.com.my/dbringin... fokus kedai adalah tshirt dan barangan cenderahati... hasil kerjasama dengan beberapa supplier so byk juga la produk ada dalam tu... kalau senang-senang tu jom la follow kedai saya ni... 

Sepanjang bershopee ni sy simpulkan ada 9 cara boleh membantu untuk meningkatkan hasil pendapatan... Tapi jangan anggap bila dah buat terus ada sale... Igt dalam online sapa cepat dia akan berjaya...  sale pertama saya pun lepas sebln try... Syukur.... Ini penemuan sendiri hasil dari bacaan, study, sembang dgn otai dll... 

1. Tambah follower

2. Create post/timeline/live

3. Open shop daily

4. Respond client

5. Marketing tools

6. Shop decoration

7. Boost product

8. Negotiation 

9. Shopee Ads


https://shopee.com.my/dbringin

Kenapa kongsikan ni?... Ilmu kena kongsi, ada berkat kalau berkongsi ilmu... lepas tu, ni adalah salah satu bentuk motivasi utk diri sendiri... Sesapa nak tau secara terperinci, bleh comment or pm saya... nak bg FOC jek kongsikan semua ni... sekarang ni pun ramai rakan-rakan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan belajar atas talian dengan bayaran yang munasabah... boleh jek pilih memana...

Sesiapa yang seller dlm shopee tu boleh konsisten 9 perkara ni... Insyallah berjaya... Yg penting sabar, sabar dan sabar... untung sabut timbul... 

Dijangka dan telah terbukti bahawa kedai online ni akan perlahan-lahan menggantikan kedai fizikal... Kalau serious dari dulu, agaknya sekarang ni x kerja melayan karenah pegawai kerajaan, perunding, pemaju dan org awam... Dah kaya raya dah kot sekarang.... Agaknya la.... hahaha... kalau guna perkataan agaknya ni boleh jadi mcm2, order jek.... hahaha.... apa2 pun perkataan SYUKUR perlu diterjemahkan dalam kehidupan harian...

ok dah la... sambung lain kali... semoga bermanfaat kepada rakan2 seller atau yang baru berjinak2 tu... arios amigos jotos... tata


#bersamamemerangiCovid-19

Comments

Popular posts from this blog

Sama tapi x serupa... UP sebelum bacaan ikrar....

DORAEMON.... Sejarah kartun yang kartun...

CCC: ANTARA BUKU DAN AMALAN