Tips Memancing Udang Galah Rompin

Assalamualaikum...

Sebelum ini saya dah berkongsi secara umum berkaitan pengalaman sendiri pasal nak mancing udang di Rompin (Sg Sabak dan Sg Meranti).... Kali ini, saya akan berkongsi tips atau petua memancing udang galah. berdasarkan pengalam saya sendiri. tiada dakwa dakwi ok....


Pancing / Joran

X nak cerita khusus sbb kat kedai mancing mmg dah tersedia rod yg khas untuk udang. Sediakan RM jek... Yang penting rod tu mudah lembut dan mudah lentur. Rod jenis ini akan memberi signal kepada kita bila udang dah sangkut. Kalau pakai rod yg keras, tindak balas udang kita tidak dapat lihat.

Tali Utama
Gunakanlah tali utama yang berdiameter halus. Kekuatan tali max 15 paun pun dah memadai. Pastikan tali benang supaya mengurangkan risiko dipotong ikan buntal.... kang penat nak set up semula mata dan rugi batu ladung hilang... 

Batu Ladung

Batu ladung jenis ini biasa digunakan. Bila udang dah tersangkut secara automatiknya ia akan menarik terus tali utama / mainline. Batu jenis ini membantu dari segi tahap kesensitifan joran. Berat batu adalah bergantung kepada arus sungai. Saya biasa menggunakan batu no 5 atau 6.

Perambut Mata
Yang pasti kekuatan perambut adalah kurang berbanding mainline. 5-8 paun sudah memadai... Berdasarkan purata terberat udang galah di sungai ini tidak melebihi 700gram... sekiranya anda mendapat lebih dari berat itu, jackpot untuk anda... Perambut yang halus akan membantu menyelamatkan wang dan masa anda sekiranya mata tersangkut...

Mata Kail
Mata kail khusus untuk udang mmg ada dijual.... Disini saya biasa menggunakan mata yang sederhana (no 4 atau 5)... walau bagaimanapun, penggunaan mata ini bergantung kepada keadaan... adakala mata kecik ok kekadang kena pakai mata saiz beso... sediakan la pelbagai saiz...

Umpan
Lazimnya mmg guna cacing.... Umpun-umpun adakalanya mengena juga... Jantung ayam juga digunakan (Sg Meranti)... 

Port / Lubuk Udang
Berbeza mengikut tempat/sungai. Disini cuba cari kawasan air yang berarus... Tp mengikut pengalaman di Rompin nie mmg ada udang galah... cuba la kat mana pun.... Usaha tangga kejayaan....

Suhu air juga memainkan peranan... sekiranya air terlalu sejuk udang pun tarik selimut... .

Petua memilih waktu dan tempat 

berdasarkan pengalaman yg x seberapa nie... time udang makan selepas 2 atau 3 hari hujan lebat diikuti cuaca panas...

udang biasanya suka melepak kat kawasan-kawasan yg ada rimbunan kayu... nak senang gi skali ngan penunggu kawasan... hehehehe... kawasan berarus dgn selekoh2 sungai mmg port dia... tp setakat ni sg rompin n sg meranti mmg tidak menghampakan....

Cara udang makan 
 

Ciri khas atau kebiasaan udang galah makan:

 1. Apabila udang galah beratnya lebih 300 gm maka umpan akan terus dilarikan  dan ujung joran akan terus melentik kebawah.


2. Untuk udang ukuran 'sedang' biasanya sewaktu umpan dimakan, hujung joran akan dipegang dan ditarik-tarik . Ini disebabkan ia menggunakan ‘mengutis’dengan sepitnya sehingga ujung joran akan terangguk-angguk seperti ikan kecil yang makan.


3. Untuk udang yang berukuran kecil biasanya pola makannya hampir sama dengan yang berukuran sedang, oleh kerana itu sering – seringlah ‘memantau’ dengan menaikkan ujung joran dan apabila berat atau ada tarikkan maka umpan sedang dimakan.

Memancing udang galah harus sabar, lembut dan penuh perasaan. Pada saat umpan dimakan oleh udang, joran akan melengkung, yang perlu kita lakukan tahan saja jangan disentak kerana berkemungkinan akan terlepas. Kadang-kadang udang ni dia tak terus telan macam ikan sebab tu jangan disentak dengan kuat . Angkat joran pelan-pelan sambil menggulung reel pelan-pelan dengan posisi ujung joran diatas udang sehingga tali tegak lurus dengan permukaan air. Udang bisanya bila terkena pancing akan mundur kebelakang dan membengkokan tubuhnya, jika disentak atau ditarik terlalu kuat akan membuat mulutnya sobek terkena kail dan terlepas. 


Ini cara saya.... 
Sepertimana dimaklumkan tiada dakwa dakwi....
 ada gak yg copy paste dari blog lain nie...
Hehehehe


Comments

Popular posts from this blog

Sama tapi x serupa... UP sebelum bacaan ikrar....

DORAEMON.... Sejarah kartun yang kartun...

CCC: ANTARA BUKU DAN AMALAN