Penternakan dan Keluarga

Bersama rakan sepermainan kami cuba untuk keluar dari zon selesa dan mencabar diri sendiri untuk melibatkan diri dalam penternakan.... yg sorang nak berhenti kerja dah dan yg sorang lagi nak balik kg... titik tolak itulah menyebabkan projek kami telah bermula... 3 in 1...

Bincang, meeting, discuss, sembang smua tu lebih kurang sama... lps smua2 tu dah dibuat masing2 check brapa balance duit yang ada kat bank, bawah bantal dan mana2 sumber yg bleh dicekau... kata org semua benda kena modal... sembang kedai kopi pun kena modal gak... mengorak langkah sedikit kehadapan, lontaran idea demi idea dikeluarkan demi kelangsungan memperbaiki lagi taraf kehidupan sendiri dan keluarga... duit tinggi gunung kalau selalu dikorek lama-lama jadi kolam gak... hahahah....pernah seketika projek yang dah disusun tp akhirnya berkubur setengah jalan... sebabnya terlalu sukar untuk disembang kat sini...

Memamg kena ada nekad yang kuat untuk buat apa2 benda... rsnya lebih kurang setahun lebih gak plan maka tanggal bulan jun 2015 projek kami berjalan dengan rasminya... tiada pengalaman tidak menghalang kami untuk memberanikan diri menceburi bidang penternakan... berkat sekeping sijil... sebenarnya 2 sjil sebab 2 org yang join kursus tu...** kredit kepada Kementerian Belia dan Sukan (Jabatan Belia), gitu kot nama dia... yang telah menganjurkan kursus asas penternakan rusa...

kandang yg dulunya nak bela kuda lumba diconvert kepada kandang rusa... kawasan yg dulunya penuh serai diconvert kepada reban ayam belanda... kelapa sawit yang dulunya xde jiran akan dijirankan dengan kandang landak (dalam proses proposal - jabatan perhilitan lulus kompom masuk barang)... adik sendiri yg dulunya ssh nak kerja dengan orang ditukar profesion untuk menjaga ternakan-ternakan ini... Alhamdulillah setakat ini berjalan lancar....


Keterujaan dengan penternakan menyebabkan saya nak sangat berkongsi pengalaman dengan semua... apa yang ingin dikongsi bkn ilmu rasmi tp lebih kepada pengalaman sendiri.... kalau ok boleh dicontohi kalau tak ok bolehlah dibetulkan or ditong sampahkan...

bersambung........ ala-ala drama

Comments

Popular posts from this blog

Sama tapi x serupa... UP sebelum bacaan ikrar....

DORAEMON.... Sejarah kartun yang kartun...

CCC: ANTARA BUKU DAN AMALAN