Tips Memancing Di Jambatan Endau

Penceritaan, fakta, data, hasil, cara memancing di jambatan Endau adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri di lokasi....

Jambatan Endau

Terletak di sempadan Pahang (rompin) dan Johor (endau). Memandangkan saya dari rompin, jarak dengan pemanduan yang santai 15 minit (27 km). Sungai ini merupakan antara laluan bot nelayan yang paling sibuk di sebelah pantai timur.  Panjang jambatan dianggarkan lebih kurang 200 meter kot... ketinggian maksimum jambatan adalah x kurang 20 meter...  Berhampiran dengan Jeti Ke Tioman (Tanjong Gemok)... kalau dari rumah x makan lagi, jgan risau banyak kedai makan di bawah jambatan tu...

Bagi yang baru pertama kali datang, hati-hati bila meletak kenderaan... terutamanya di Tanjung Gemok. Jgn parking di kawasan kenderaan berat, tkt kena lenyek ngan lori balak jek... kejadian belum pernah berlaku, jgn anda menjadi mangsa pertama... Jauhkan la.... Jom mengenali Tanjong Gemok, Rompin...

Selamat Datang Ke Negeri Johor

Pandangan Dari Johor


Endau....

Sungai Endau

Bot Nelayan yang lewat  ke tempat kerja

marina jabatan laut tanjong gemok

bila malam, mcm2 jenis bot parking kat situ

pandangan dari atas jambatan... keadaan di dataran tanjong gemok

selamat datang ke pahang

parking lori

keadaan berubah menjelang malam...

gerai makan...

 ok sessi pengenalan berkaitan lokasi dan keadaan semasa dah selesai... kita ke misi seterusnya.....

Spesis Ikan

Pelbagai spesis ikan boleh didapati dari sini.... Ikan yang pernah dijinakkan disini adalah glamor, duri (spesis wajib), senangin, temerih, sembilang, kerapu, tanda dan tuka... Spesis idaman pemancing disini termasuk saya adalah Siakap Putih bersaiz 5kg dan ke atas.... Belum ada rezeki... cuba lagi dan lagi dan lagi.... Difahamkan oleh penunggu jambatan, rekod siakap putih yang berjaya dinaikkan adalah seberat 16kg... sehingga kini rekod belum berjaya dipecahkan.... 

banyak lg nak kongsi..... kita berambung selepas ini.....

Comments

  1. Terima kasih atas informasi..tapi tak tau area mane nak mancing siakap dgn selamat kat jambatan endau

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sama tapi x serupa... UP sebelum bacaan ikrar....

DORAEMON.... Sejarah kartun yang kartun...

CCC: ANTARA BUKU DAN AMALAN