Cerita Kambing Hitam
Assalamuaalaikum dan salam pemirsa teman-teman. Harap ceria dan sihat sentiasa.. Jangan main hujan nanti demam. Pesanan ibu kepada anak... Bila ibunya jenguk dari jendela terlihat 2 beradik tu sedang seronok menikmati titisaan air hujan itu... Bila dimarahi ibu, si adik terus cakap... Abang yang ajak main hujan. Walhal keseronokaan menadah air hujan pakai mulut adalah persetujuan bersama... Contoh mudah abangnya di Kambing Hitamkan oleh si adik.
Sambil duduk santai atas rumah ternampak kambing yang terlepas kandang. Tercetus idea untuk cuba berkongsi kehidupan dengan kambing hitam.
Kambing Hitam bermaksud orang yang dipersalahkan dalam sesuatu kejadian; mengkambinghitamkan mempersalahkan seseorang dalam sesuatu kejadian, menyalahkan atau menunjukkan kesalahan (orang dll) (Kamus Dewan Edisi Keempat). Maksud yang jelas. contoh ayat: Daniel menjadi kambing hitam apabila berlaku kecurian di kawasan perumahan itu.
Kenapa kambing hitam digunakan, sedangkan kambing hitam merupakan seekor haiwan yang sama dengan kambing putih atau kambing tompok warnanya. Mengikut pendapat peribadi saya kenapa kambing hitam dimaksudkan sedemikian mungkin kerana hitam yang gelap itu menandakan kesalahan, kesilapan, kegelapan dll. Mungkin semasa tercetusnya idea ini terdapat konflik antara petani dan penternak... melihat tanaman petani diragut kambing, petani itu marah kepada penternak kerana tidak menjaga kambing-kambingnya. Dek kerana bengang kena sound tegak, penternak terus menyalahkan kambingnya yang bewarna hitam kerana kambing hitam dilihat lebih menyerlah dari segi warnanya serta mudah dilihat pada waktu matahari terpacak atas kepala. mungkin la... Peristiwa tersebut diperhatikan oleh kanak-kanak pintar yang baru pulang dari kelas pumulihan... dicatatkan dan digunakan kambing hitam tu... hahaha... Sejarah sebenar tidak dapat dipastikan kenapa dan bagaimana istilah ini wujud.
Dalam kehidupan kita istilah ini memang tidak lari dan pastinya kita telah/sedang dan akan merasa... Bezanya adalah kesannya, kecil atau besar.. Lumrah manusia sering menyalahkan orang lain... Yang betul, yang hebat, yang tepat akulah orangnya... Yang salah, yang bodoh, yang lemah kau, engkau, awak, kamu, mereka... Jadi apa kita nak buat.... Melawan kalau tak kena cara akan hancur... Pendam perasaan mau makan hati... Tiada jawapan kerana kita berbeza situasi... apa yang boleh cakap sabar, cuba betulkan keadaan dan jauhkan diri dari toksid... ada terbaca petikan ini kat jurnal mana tah... menarik dan tepat..
"Orang yang banyak buat kerja, banyak buat silap;
Orang yang kurang kerja, jarang buat silap;
Orang yang tak kerja, tak buat silap;
Orang yang tak buat silap, akan naik pangkat;
Orang yang banyak kerja, akan berhenti
Jadi orang yang banyak buat kerja kena berhenti ke?"
Kambing hitam ini bukan hanya dalam kerja semata, ia mencakupi keseluruhan kehidupan sebab tu lagu Bangau Oh Bangau tercipta. Ini kerana budaya kita memang macam itu... Mengaku salah adalah perkara yang hina... Masing-masing salah menyalahkan... Anda akan jadi manusia yang limited edition sekiranya berani mengaku salah dan menerima org lain untuk membimbing bagi membetulkan kesalahan itu... Tidak bercakap pasal orang lain ek... ini semua pasal diri sendiri... kalau nak terasa lantak korg la...
Ketika kita mengatakan "Ini bukan salah saya," sedar atau tidak, anda sedang mengirim pesanan kepada otak untuk menterjemahkan pesanan tersebut menjadi, "saya tidak bertanggungjawab atas semua kesalahan ini." Kemudian pada detik yang sama potensi dan kreativiti anda hilang dan terus terkunci; Eloy Zalukhu
Tak kira apa warna kambing itu, kambing antara haiwan yang dibolehkan untuk disembelih bagi tujuan qurban atau aqiqah. Jadi sesiapa berniat atau berhajat untuk melaksanakan ibadah qurban bagi kambing ke lembu ke jom PM saya. Insyallah saya boleh permudahkan niat tersebut.
Ok cukup.. chau chin chau.. ta ta...
Comments
Post a Comment