Bagaimana untuk menjadi pekerja terbaik?
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Berjumpa lagi kita setelah agak sunyi kejap...
Semalam ada yang PM saya bertanyakan "Bagaimana untuk menjadi pekerja yang baik dan berfikiran positif?" Macamana nak jawab?... Persoalan bagi saya yang amat baik dan membuka sedikit ruang minda untuk menjawab soalan yang mudah ini. sebelum menjawab saya terangkan sedikit info sebagai disclaimer... hehehe
Pertamanya; saya tak kenal siapa yang bertanya tetapi dia bekerja disektor swasta.
Kedua; saya bukan motivator atau berkepakaran dalam bidang analisis sains sosial. Lebih kepada perkongsian pengalaman hidup sahaja.
Bagi saya pada tahun 2023 ini, bukan soalan bagaimana ingin menjadi pekerja yang baik dan berfikiran positif, tiada lagi bagaimana... tetapi zaman sekarang kita seharusnya / adalah / mesti pekerja yang baik dan berfikiran positif. Kita tiada pilihan. Terlalu ramai yang mendambakan pekerjaan yang korang dapat tu. Jangan fikir kita hebat bila diterima bekerja. Mungkin nuansa yang menyebabkan kita diterima bekerja... So buktikan...
Mana-mana pekerja yang masuk lewat, ngeteh berjam-jam, sawa, ingatlah setiap rezeki yang diterima tu akan jadi darah daging... Ada yang menggunakan alasan berkaitan keagamaan untuk ponteng kerja / x buat kerja... Dari segi hukum saya tak pasti tapi yang saya tahu ianya perbuatan kurang elok kerana kita meninggalkan amanah dan tanggungjawab dan menyusahkan orang lain...
Berbalik persoalan pokok... Setiap pekerja perlu bersedia dengan tugasan... fokus semasa bekerja... ketepikan hal-hal yang tiada kena mengena dengan kerja hakiki... Saya pun bukannya baik sangat... apa yang dikongsi ini juga untuk mengingatkan diri sendiri...
OK dah... itu jawapan ringkas saya...
jumla lagi... chau chin chau... tata
Kebanyakan skrg bos ada di pejabat. Staff kat warung š¤£
ReplyDeleteKt mana tu... Tempat kerja Saya xde org mcm tu....
DeleteNi kat majlis daerah zimbabwe. Mersing mmg xde š¤£š¤£š¤£
Delete