Dari perkataan "CUKUP"
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. gunakan sedikit waktu untuk berkongsi pengalaman.
Semasa bertugas di waktu malam ada seorang kawan duduk teman sebagai menghilang ngantuk bertanya soalan yang tidak pernah dijangka. Soalan yang mudah tapi sedikit tersentak dan insaf. "Beb, ko rasa hidup ko dah cukup ke belum?"..... cukup dalam ertikata duniawi...
Agak lama untuk menjawab... Akhirnya jawapannya adalah dah cukup... dah ada rumah sendiri, ada kerjaya, ada kenderaan dll... Setakat ini Alhamdulillah semua dah ada... Kenapa dia tanya cukup? sebab bagi saya ada perbezaan kaya dan cukup... Bukan nak bagitau apa yang saya ada apa lagi bermegah dgn harta dunia tapi adakah kita semua ini nak kaya atau nak cukup... bagi saya cukup sudah terbaik sebab orang mcm saya tidak mungkin menjadi kaya... Sedar diri sendiri dimana... Tidak membandingkan dengan orang lain bagi saya dalam usia begini, saya sudah cukup....
Persoalan ini telah menyambung sel-sel otak ini untuk terus bersambung... Terfikir dengan apa yang ada sekarang ini saya telah korbankan banyak masa yang berharga dan tenaga... Telah dilatih supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh dan percaya pada rezeki... Tetapi setiap perkara perlukan pengorbanan... Nak lebih kena usaha lebih...
Bila soalan ini timbul saya mula menghargai masa yang ada. Masa cuti akan dihabiskan pada tempat dan rakan-rakan yang betul...
Cukup ini tidak mengurangkan semangat bekerja malah ianya menambah semangat untuk bekerja... Cukup ini juga menyedarkan diri yang saya ini sebagai pekerja bukan bos... Sebagai pekerja kena ada tanggungjawabnya... Jadi buat jek la walaupun jauh disudut hati terasa terbeban... Bermuhasabah diri sebab sendiri yang pilih jalan ini... Tiada pilihan lain dah... Bersyukur juga keluarga memahami dan dikelilingi dengan rakan-rakan yang banyak membantu... Hobi saya bekerja... hahaha...
Terima kasih kerana soalan ini...
chau chin chau... tata
Cukup lebih menenangkan
ReplyDeleteCukup sebab X Jadi tamak
Delete