UNIT DAN UKURAN
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Kali ini ringkas dan padat... kegunaan sendiri yang sering terlupa..
Dikesempatan masa yang ada ini terkeluar idea pulak untuk berkongsi satu cerita yang sangan berkait dengan kerja harian... unit ukuran jarak dan luas... Mungkin ramai yang tau pasal benda2 ni... Apps pun banyak... Dulu2 siap ada kalkulator + converter lagi.... pelbagai ukuran yang menunjukkan jarak atau luas... ada sebahagian masih digunakan dan ada yang tinggal kenangan.. antara unit yang dikenalpasti adalah seperti berikut:
Ukuran untuk jarak
1 kaki = 12 inci
1 kaki = 0.3048 meter
1 meter = 3.28084 kaki
1 meter = 1.094 ela = 3 kaki 3 inci
1 ela = 0.9144 meter
1 ela = 3 kaki
1 ling = 0.201168 meter
1 rantai = 100 ling
1 rantai = 66 kaki = 20.1168 meter
1 kilometer = 3281 kaki = 1000 meter
1 kilometer = 0.6214 batu
1 batu = 1.609 kilometer
1 batu nautika = 1.1508 batu = 1.852 kilometer
1 relung = 176 kaki = 53.645 meter
1 pole = 5.0292 meter
1 rantai = 4 pole
1 rantai = 22 ela
1 furlong = 10 rantai
1 jengkal = 0.5 hasta
1 hasta = 0.5 ela
1 depa = 4 hasta = 2 ela = 1.8288 meter
1 jempa = 8 kaki
1 jumba = 12 kaki
1 jemba = 24 kaki
1 orlong = 20 jumba
Ukuran untuk keluasan
1 kaki persegi = 0.093 meter persegi
1 ela persegi = 0.836 meter persegi
1 meter persegi = 10.764 kaki persegi
1 relung persegi = 2877.8 meter persegi
1 relung persegi = 30976 kaki persegi
1 relung persegi = 0.288 hektar = 0.7111 ekar
1 relung persegi = 484 jempa persegi
1 jempa persegi = 64 kaki persegi
1 ekar = 1.406 relung
1 ekar = 4,046.86 meter persegi
1 ekar = 0.4047 hektar
1 ekar = 43560 kaki persegi
1 ekar = 10 rantai persegi
1 hektar = 10000 meter persegi = 3.475 relung
1 hektar = 2.471 ekar = 107,639 kaki persegi
1 ekar = 4 Rood = 160 pole
1 Rood = 40 pole = 0.25 ekar
1 Rood = 1,011.7 meter persegi = 10890.6 kaki persegi
1 pole = 0.025 Rood = 0.00625 ekar
1 pole = 25.293 meter persegi = 272.22 kaki persegi
1 depa persegi = 4 ela persegi = 36 kaki persegi
1 depa persegi = 3.3445 meter persegi
1 rantai persegi = 4356 kaki persegi
1 rantai persegi = 404.686 meter persegi
1 rantai persegi = 0.1 ekar
rasanya ada banyak lagi... jom kongsikan... setiap unit ni ada sebab dan ceritanya sendiri... lain masa jek la kongsikan ek...
Ini
adalah sebahagian unit ukuran yang biasa digunakan.. kalau orang biasa mungkin
kita tau x banyak jenis ukuran... unit ukuran ini rasanya yang paling terror
adalah surveyor atau sesapa yang kerja berkaitan dengan tanah. Ada sebahagian
unit ukuran ini dah x dipakai dah... Mcm ukuran ling, rantai, jengkal, hasta,
jempa dll...
Korang jangan x percaya pulak, dengan ukuran ini juga boleh membuat anggaran umur seseorang... iye... Berdasarkan pengalaman, kalau sembang dengan brother-brother umur 60 tahun lebih mereka-mereka ini mahir menggunakan ukuran rantai, ling rood, pole, batu dll... lingkungan umur 35 sampai 60 ukuran seperti kaki, ekar lebih digunakan berbanding ukuran rantai, rood, pole, ela dll... manakala genarasi umur 35 tahun kebawah lebih kerap dan mahir menggunakan unit ukuran meter, cm, mm.... unit ukuran rantai, ling, pole dll silap haribulan x pernah dengar... hehehe... saya jangkakan unit ukuran kaki juga tidak lagi digunakan dalam tempoh 20 tahun akan datang.... begitulah peredaran zaman...
Sebelum adanya ukuran-ukuran ini, orang kita telah menggunakan pelbagai ukuran... sepelaung, setanak nasi, sebatang rokok antara ukuran atau perumpamaan yang mengukur jarak dan waktu... contoh lain yang pernah digunakan spt kati, pikul, gantang, cupak, centong, leng dll...
Ok rsnya cukup utk hari ini... perkongsian merangkap mengulangkaji... ok jumpa lagi dikesempatan lain... arios amigos jotos... tata
Comments
Post a Comment