SELAMAT HARI RAYA PERSONA NON GRATA
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman. Berjumpa lagi kita di kesempatan ini... nampak semua sibuk kerja... kerja lagi ke... bukan esok nak raya ke... hahaha... padan muka kita semua...
Genap 2 tahun berturut-turut kita beraya dalam norma baru. Nak salahkan siapa?.... ditanyakan soalan ini, memang pelbagai jawapan... yang menariknya, tiada seorang pun yang merasakan diri sendiri yang bersalah... x percaya? carilah kat mana-mana sumber, ada x sendiri mengaku salah.... semua salah org lain... belum cerita pasal agenda dajal or illuminati... pasal covid-19 ni semua orang rajin membaca... bagus la tu...
Penceritaan kali ini kita selitkan emosi sendiri pasal komen-komen yang biasa kita nampak ek... kadang-kadang nak jek menjawab tapi bila pikir balik rasanya macam buang masa... hahahaha... ulasan paling win dan menarik adalah semua yang terjadi adalah disebabkan oleh agenda freemason dan illuminati... sehingga mereka semua terlupa semua kejadian adalah ketentuan dari Allah S.W.T... Saya bukan ahli yang betul untuk membincangkan perkara ini... tapi yang pasti ramai yang percaya semua ini adalah agenda dari mereka... sanggup mencari bahan-bahan yang menyokong fakta mereka. Ok, kalau betul la ini semua angkara freemason dan illuminati so kita sebagai umat Islam, apa pulak agenda kita? dah tau itu agenda mereka, so xde pulak dicadangkan secara terperinci apa agenda kita... jawapan ini adalah merujuk kepada jawapan seorang ustaz yang menjawab persoalan ini... menarik kupasannya... Macam biasa, ini pandangan peribadi saya... jangan ada pertikaian la ye... saya mengaku kalah sahaja kalau ada pertikaian yang tidak menguntungkan...
Belum lagi kita menyalahkan pihak kerajaan, golongan kayangan, penguatkuasa dan ramai lagi yang boleh disalahkan... yang pasti bukan salah diri sendiri... semua orang salah... so sebelum salahkan orang lain tu, cermin-cermin la diri sendiri dulu.... adakah kita berkait dengan bazar ramadhan, baza raya, shopping mall, lepak kedai mamak dll... xpe kita tinggalkan cerita salah menyalah ni... yang saya cuba nak kaitkan perkara ini adalah kesan kepada keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan... Bahasa kasarnya TIADA RAYA... kalau la kerajaan ambil langkah populis politik sah-sah kita sekarang ni dah sampai kampung... tapi atas dasar keselamatan semua langkah menerima kecaman terpaksa dilaksanakan demi keselamatan rakyat. Secara peribadi saya akur dah muhasabah diri sahaja.... cuba sentiasa positif dalam pelbagai keadaan....
Bila melihatkan SOP raya yang dikeluarkan kita ni semua boleh diumpamakan Persona Non Grata... Menatang apa pulak ni...
Maksud lebih mudah... Dalam diplomasi, seorang persona non grata (Latin: "orang yang tidak dialu alukan", majmuk: personae non gratae) ialah orang asing yang memasuki atau berada di dalam sebuah negara tertentu yang dilarang oleh kerajaan negara itu. Gelaran sedemikian adalah bentuk kecaman yang paling serius yang sesebuah negara boleh digunakan untuk diplomat asing, yang biasanya dilindungi oleh kekebalan diplomatik dari penangkapan dan jenis pendakwaan normal lain.
Berdasarkan pemahaman peribadi, senang cakap persona non grata ni mcm korg pergi ke rumah orang tapi tuan rumah tu tak suka... so paham-paham jek la... dia mintak korg balik tu...
Seingat saya, negara kita juga pernah mengaktifkan perkara ini terhadap Korea Utara iaitu sekitar Feb 2017 berkaitan kes kematian Kim Jong-nam. Terkini persona non grata juga diaktifkan kepada warga negera asing melalui Ops Benteng. Alamak melalut plak... dah2... kita balik ke topik utama...
Nak lebih faham... Boleh search cerita Persona Non Grata lakonan Erra Fazira dan Hans Isaac pada tahun 2006... Pahamkan cerita tu... dah faham cuba ringkaskan cerita tersebut lepas tu bgtau saya... saya x pernah tengok cerita tu... nak tau gak... hahahaha
Bila saya kaitkan SOP raya dan pemahaman peribadi pasal Persona Non Grata, seakannya mempunyai perkaitan... perkaitan bukan dari sudut undang-undang dan akademi tetapi perkaitan dari pemahaman sendiri. So, kita tak payah la mengharap kehadiran kita dirumah sedara mara atau sahabat handai sangat dialu-alukan ye.... kena saman tuan rumah kan... hahahaha... bukan prejudis tapi bergitulah pandangan peribadi saya....
Walau bagaimanapun, kehadiran tetamu dengan mematuhi SOP sangat digalakkan... jadikan Hari Raya tahun ini sebagai pengalaman yang baru untuk kita semua...
Akhir kata, dikesempatan ini dengan merasa rendah diri saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri mohon kemaafan atas segala kesalahan. Sesungguhnya kelemahan dan kesilapan adalah dari diri saya sendiri. Bersama kita menjaga diri sendiri bagi memutuskan semula penularan Covid-19 ini.
Alhamdulillah.... siap satu cerita... Chau chin chau... TATA... arios amigos jotos...
Comments
Post a Comment