Hanya satu PERKATAAN...
Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman, harapnya semua sentiasa sihat bersama yang tersayang dan semoga kita sentiasa dirahmati…
Terlalu lama nak jumpa semula… rupanya bukan senang nak menghabiskan cerita… semua penulisan terbantut setengah jalan, ada yang dah nak hujung tapi masih x jumpa nokhta… ada baru pikir tajuk/ topik tapi isi x sempat nak diolah… Mungkin sekarang ni ada busy sikit kot, siang malam tebar jala demi sesuap nasi… Terasa insaf bila mengenangkan hebatnya penulis-penulis yang boleh menghabiskan cerita mereka…
Ada yang kata sekarang ni bukan zaman
blog… Tp saya masih suka menulis berbanding menggunakan platfom lain utk
berkongsi cerita dan pengalaman…mungkin satu hari nanti saya kena ubah….
Hehehehe…. dalam pada mencari bahan
penulisan saya ada terlihat perkongsian yang sangat menarik dari pertandingan
pengucapan awam peringkat antarabangsa… gaya Bahasa yang mudah difahami,
intonasi yang baik dan yang paling penting adalah isi perbahasannya… rasanya
saya nak kongsikan apa yang saya dapat untuk perkongsian bersama…
Ceritanya macam ni…. OOOOOOO (sambal disambut oleh penduduk kampung)… ini bukan cerita asal… cerita ni telah ditokok tambah utk bagi sedap dan senang paham… mcm biasa, xyah lah nak dakwa dakwi pasal benda ni…
…………………………………………..
Sebelum memulakan pembelajaran, seorang pensyarah mengambil sebatang rokok sambil menulis sesuatu di white board… Belum habis satu perkataan, dia cuba menghidupkan rokok tersebut… Semua pelajarnya ketawa…. Sambil memandang pelajarnya dia berteriak…
“APA!!, atau anda semua fikir merokok boleh
membunuh?” mula dah nak membebel…. Hahahaha…. Tapi tanggapan pertama saya
adalah salah… pensyarah tersebut menggunakan rokok sebagai objek bagi memulakan
bebelan pembelajaran… maka bermulalah sebuah cerita dari pensyarah
tersebut…
“Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua. Adakah anda tahu bahawa jumlah orang yang mati akibat diabetes adalah 3 kali ganda daripada jumlah orang yang mati akibat merokok? Adakah anda tahu bahawa penyebab utama barah paru-paru bukanlah sebatang rokok, ia adalah DNA anda…” semua terdiam sebab xde orang pun berani sebab semua org x kaji perkara ini…. Ngeh jek la… hahaha…
Pensyarah tu sambung lg… Anda boleh merokok selama bertahun-tahun dan tidak akan berlaku apa-apa kepada anda. Larangan merokok / anti rokok ini hanyalah untuk menyekat penanaman tembakau. Saya bersama beberapa rakan pernah berbincang berkaitan topik ini. Hasilnya sangat menakjubkan…. 5 daripada mereka percaya apa yang saya cakap dan 2 daripadanya mula menghisap rokok…
PERKATAAN…., jika dilontarkan, diperkatakan dan diartikulasikan dengan cara yang rapi, betul, tepat, sesuai dan kreatif dapat mengubah pemikiran seseorang. Mereka boleh mengubah kepercayaan seseorang. Boleh mengubah sikap dan personality seseorang. Boleh mengubah segalanya… hanya dengan perkataan… Kita semua mempunyai kekuatan untuk mengubah seseorang… ramai x percaya tapi sebenarnya ia mmg telah terbukti… contohnya utk suami… ayat “beras kita beli” sangat dekat dengan suami… ini membuktikan setiap perkataan sangat berkuasa… tapi jangan lupa sambungan perkataan tu… “dah pandai beli, gi la masak” juga membuktikan si isteri juga mempunyai kuasa melalui perkataan…. Tu bagi yg dah kahwin la… bujang mcm ne plak?... cuba gi kedai mamak… masa tu ko sorang2… lps makan ko panggil mamak… “Mamak… kira…” lalu mamak tu datang sambil bawak kalkulator… tgk perkataan korang pun power kan… Berjaya bawak mamak tu datang… tu contoh mudah… melalui perkataan boleh terhasil pelbagai perkara…
Melalui perkataan ia boleh menjahanamkan dan memberi kebahagiaan… Perkataan hanya perkataan, berkesan atau tidak adalah gaya penyampaian dan cara penerimaan.
Gaya bahasa yang betul akan menjadikan semua kentut tu berbau wangi… begitu juga sebaliknya, benda yang baik tapi gaya penyampaian yang x betul akan menyebabkan benda tu sangat tidak elok…
Mengambil pengalaman sahabat saya… Dia mempunyai seorang anak lelaki yang berusia tujuh tahun dan anaknya mempunyai tabiat yang buruk iaitu suka menconteng dinding dengan marker pen… suatu petang dia masuk ke bilik anaknya, dengan selamba anaknya khusyuk menulis, melukis dan menconteng dinding biliknya… “Hey!, what are you doing stupid.. Don’t you ever do that again…” – kena cakap mat saleh sebab kawan saya tu org Wales…. Hahahaha… lepas dia cakap mcm tu tau x apa kesannya… Anaknya masih menconteng… dan conteng lagi… tiada kesan dari makian yang diterima…. heheheTak ada org suka dimaki dan diancam… tiada yang suka diintimidasi. Seminggu kemudian, dia masuk lagi ke bilik anaknya dan sekali lagi… tapi kali ini lebih hebat… tangan menconteng sambil mata memandang bapanya… Saat itu, bapanya duduk disebelahnya sambil berkata “Don’t do that, you’re a big boy now.”…. Simsalabim… Magic… selepas itu dia tidak buat lagi… Kerana dia bangga ada yang memanggilnya ‘ the big boy’.
Pernahkah kita semua terfikir mengapa tidak ramai yang peduli dengan "pemanasan global"? Ini adalah masalah yang sangat serius, ia boleh membunuh kita semua, apabila pulang ke rumah sambil tekan remote TV dan anda lihat seorang saintis cuba bercakap mengenai pemanasan global… pembentangan gaya skema, prototol dan formal… sambil duduk diatas sofa yang tenggelam separuh bontot, sambil bercerita pasal isu ini… ia akan berlaku seperti ini bla.. bla… bla… hal ini disebabkan bla.. bla… bla….. Seperti yang anda lihat dari grafik, bahawa statistik di sini untuk tahun 2014, ini menunjukkan paras air meningkat. Jadual ini menunjukkan bahawa tahap mono-dioksida dan lapisan ozon ketiga, berada pada kedudukan yang membimbangkan. " siapa yang nak dengar? Saya dengar pun sebab itu jek la siaran TV yang dapat masa tu… Orang sespesis dia jek yang tekun menanti cerita seterusnya dengan penuh minat… mungkin yang mendengar hanya 1 daripada 10 org… cerita yang menarik tapi gaya penyampaian yg tidak tepat juga gagal… gagal sampai semua tak ambil tahu pasal pemanasan global…
Kawan saya Nassery, dia sangat menyayangi ayahnya, menjadikan ayahnya idola, dia akan melakukan apa sahaja untuk membuatnya bangga tetapi ayahnya jenis orang yang macam tiada perasaan… setiap masa Nassery ini cuba dan terus mencuba untuk menjentik hati bapanya supaya menunjukkan rasa bangga kepada anaknya… sehingga dia memasuki universiti, ayahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi. Sehingga peperiksaan pertamanya di university, Nassery mendapat keputusan yang sangat cemerlang… keputusan yang x pernah saya dapat… hahaha… Saat ini dirasakan, inilah perkara yang bapanya boleh berbangga dengannya… sambil memegang slip keputusan peperiksaan, dia menelefon ayahnya… sambil mendengar ringtone bapanya (lagu gelek Lubnan) hatinya sangat berbunga… . "Ayah, saya dapat keputusan cemerlang… saya betul-betul gembira. Ayah gembira tak? Bagitaulah…" "Nassery, ayah tengah sibuk sekarang ni… nanti ayah call semula…."… tut…tut…tut…
'AYAH SIBUK', adalah ayat tunggal yang berjaya meruntuhkan kekuatan Tembok Besar China, merobohkan kemegahan pyramid, dan memecahkan cintah hati di Taj Mahal…. Dan dia mula minum, bakar dapur ganja, kemam panadol, bergaul dengan orang yang salah. Nassery kau ni dah kenapa? Kenapa la ko buang hidup kau? Jawapannya mudah… Sekiranya orang yang paling aku sayang pun tidak peduli, jadi kenapa aku…. (jawapan macam orang xde iman)….
Satu malam, saya mendapat panggilan telefon… Nassery berada di bilik kecemasan… overdose… Saya terus ke hospital… terlihat tubuhnya diatas katil sambil ditemani mesin… beep… beep… beep… beeeeppppppp…. Doktor berusaha bersungguh-sungguh, CLEAR… dup… CLEAR … dup… CLEAR … dup… cukup 3 kali mesin Defibrilator dioffkan…. Betul-betul CLEAR…. 'CLEAR' satu perkataan yang digunakan untuk menyelamatkan nyawa… tapi ajalnya sudah sampai…
Kata-kata mempunyai kekuatan, kata-kata adalah kekuatan, kata-kata dapat menjadi kekuatan. Perkataan boleh mengubah hidup kita dan masyarakat… mampu memberi inspirasi kepada bangsa dan menjadikan dunia ini sebagai tempat yang indah. Bukankah itu yang kita semua mahukan? Tak kiralah siapa engkau seklipun… pemimpin, bos, majikan, pegawai kerajaan, kerani, pekerja bawahan, pekerja sambilan, pekerja kontrak, suri rumah, gang takut bini, pekerja swasta, orang politik, ustaz dan sesapa saje pun engkau, Kau ingat besar sangat jawatan kat dunia ni… jom sama-sama jaga PERKATAAN kita….
Perkara yang paling susah dikawal sampai kat dinding-dinding sekolah jelas ditulis peribahasa berkaitan perkara ini, mata pena lebih tajam daripada mata pedang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa dan mcm2 lagi… semua ini menunjukkan bahawa perkataan yang kita lontarkan adalah sangat bermakna… bermakna dari sudut positif atau negatif…
Jadi apa peranan kita sebagai manusia yang masih boleh berkata-kata?....
Tuan-tuan dan puan-puan semua, marilah kita semua berfikir… sambil tunjuk rokok kepada pelajarnya lalu pensyarah itu berkata dengan nyaring… “Inilah tujuan kita”…. Lalu pensyarah tersebut kemas bukunya dan terus keluar dari kelas…..
Jumpa lagi dilain masa lain kesempatan… arios amigos jotos… chau chin chau… tata
Comments
Post a Comment