Saya, kereta terbang dan wawasan 2020

Assalamualaikum dan salam pemirsa teman-teman.... terpendam di sudut hati, ingin sahaja bertanya kepada yang tahu jawapannya... pasal apa? pasal kereta terbang... hahahaha

Hasil carian imej untuk wawasan 2020
contoh gambaran tahun 2020
kenapa kereta terbang? polemik menarik awal tahun 2020... sampai sekarang cerita kereta terbang masih lagi menjadi topik... sebab apa?... pemerhatian peribadi saya ia lebih menjurus kepada menuding kepada pihak kerajaan kerana gagal menyediakan kereta terbang...ironinya, dari banyak-banyak benda kenapa kereta terbang dijadikan bahan jenaka? sebab mereka-mereka ini telah ditanam dengan imaginasi mereka bahawa tahun 2020 negara tercinta kita telah mencapai negara maju dan negara maju tu mesti ada kereta terbang... iye.... kalaulah masih disimpan lukisan tahun dulu2... mesti lukisan kita menggambarkan bahawa Malaysia pada tahun 2020 ada robot, kereta terbang dan mcm2 lagi kecanggihannya yang tidak terduga dek akal...

dah jadi macam ini sapa yang nak disalahkan....

jom berkongsi sedikit apa sebenarnya matlamat wawasan 2020 tu...

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika merangka Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya bukan sahaja pada bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

Apabila dilancarkan pada tahun 1991, saya berpendapat teraju utama adalah penduduk Malaysia yang lahir pada tahun 1970an hingga 2000an. sebab apa? sebab pada tahun 2020 ni, umur mereka  pada lingkungan 20an-40an dimana tahap umur ini adalah tahap yang produktif, berfikiran matang dan bersemangat. Walau bagaimanapun, kami pada usia bergini perlukan halatuju yang jelas mengapai wawasan ini. Adakah ini tercapai... Berani saya katakan tidak... Selepas tapuk pimpinan beralih tangan masing-masing ada idea, pandangan dan halatuju sendiri... Blueprint wawasan 2020 tidak dijadikan bahan rujukan utama.

Tun Dr Mahathir telah menggariskan sembilan cabaran strategik yang Malaysia mesti atasi untuk mencapai Wawasan 2020.
  • Cabaran 1: Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
  • Cabaran 2: Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.
  • Cabaran 3: Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.
  • Cabaran 4: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
  • Cabaran 5: Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.
  • Cabaran 6: Membina masyarakat yang maju dan saintifik.
  • Cabaran 7: Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.
  • Cabaran 8: Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.
  • Cabaran 9: Memupuk dan membina masyarakat makmur.
Melihat cabaran-cabaran ini, adalah tercapai dikala ambang 2020 membuka tirai? sekali lagi jawapan saya tidak sepenuhnya tercapai. Secara peribadi, semakin dewasa saya ini semakin cerita wawasan 2020 dilupakan.

Tidak menyalahkan mana-mana pihak, tetapi apabila cerita kereta terbang yang sentiasa menjadi perbualan dan bahan jenaka, ianya umpama mentertawakan diri sendiri kerana kita sendiri tidak menghayati wawasan negara kita...

Jangan cerita pasal kereta terbang, tapi adakah kita secara peribadi telah menyahut 9 cabaran itu....

Ok dah cukup la utk kali ini... post kali ini tiada kaitan dengan hal politik ya... sekadar melontar pendapat berkaitan saya dan kereta terbang mereka... so sapa nak disalahkan sebab tiada kereta terbang? tepuk dada sendiri ya...

ok jumpa lagi dikesempatan akan datang... arios amigos, chau, tata

Comments

Popular posts from this blog

Sama tapi x serupa... UP sebelum bacaan ikrar....

DORAEMON.... Sejarah kartun yang kartun...

CCC: ANTARA BUKU DAN AMALAN