PBT (Pihak Berkuasa Tempatan)... Saya, kita dan anda...

Assalamualaikum... Setakat ini masih lagi kekal dgn momentum 1 bulan 1 post... Alhamdulillah....

Kali ini rasanya nak share pasal Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pulak... Seringkas yang mungkin... so x berat sgt nak nak faham apa tu PBT.... setakat ni saya dah keje kat 3 PBT... Dan  alhamdulillah terus berada di PBT sepanjang perkhidmatan.... kena percaya rezeki tuhan... Rsnya ada la sikit pengalaman yg rasanya boleh dikongsi bersama... x nak cerita secara terperinci, kita cerita umum jek... nak tau detail kena search lagi.... hahaha

Biasa org panggil Majlis Daerah... ekslusifnya PBT ni hanya orang yang pernah berurusan dengan mereka shj tahu. Terus terang saya bgtau, saya mula mengenali PBT ni bila mula kerja, Baru tau besar gila kuasa PBT ni.. Besar la sangat... hahahaha.... dah nama pihak berkuasa mmg la berkuasa.... 




Pelbagai persepsi pasal PBT ni... tp gini la hidup, x boleh puaskan hati semua org... so terus kerja ikut yg sepatutnya.... adakalanya kesian tgk kawan2 keje PBT ni... dianggap mcm x buat keje tapi hakikatnya berbeza... harap2 penceritaan kali ni membantu kita tau sedikit sebanyak pasal PBT...


Merujuk kepada tahap kerajaan... Struktur kerajaan ada 3 peringkat

i.     Kerajaan Persekutuan 
ii.    Kerajaan Negeri
iii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)... tgk ekslusif kan... so setiap peringkat kerajaan ada peruntukan undang-undang sendiri... Walau bagaimanapun, yg kecik kena rujuk kepada yang besar dalam banyak hal... penyelarasan kata dia...

Sebelum menyelongkar dunia PBT, jom kita tgk sikit latar belakang PBT. PBT ni kita boleh pecahkan kpd beberapa kategori. Berikut adalah ciri asas sesebuah PBT

Majis Daerah - lebih tertumpu kepada luar bandar (rural based). Jumlah penduduk kurang daripada 150,000 orang dengan hasil tahunan kurang daripada RM20 juta 

Majlis Perbandaran - Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 150,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta

Majlis Bandaraya / Dewan Bandaraya - Majlis/Dewan Bandar Raya ialah Majlis Perbandaran yang dinaik-taraf kepada bandar raya setelah memenuhi kriteria antaranya jumlah  penduduk tidak kurang 500,000 orang dan hasil tahunan PBT hendaklah melebihi RM100 juta.

Jgn tgk duit yang byk tu sbb lagi byk duit lagi la byk nak kena buat.... Iyee... X tipu... 


  
Dah tau ciri2 PBT jom tgk brapa byak PBT kat Malaysia ni... sehingga 2019 ni ada sebanyak 149 PBT iaitu terdiri daripada 14 Dewan/Majlis Bandaraya, 40 Majlis Perbandaran dan 95 majlis Daerah. Nak listkan nama rasanya banyak plak... so kita buat teka teki sendiri jek la.... hahahaha

Punca kuasa PBT adalah melalui Akta 171.... lain-lain akta adalah menyokong kepada perjalanan sesebuah PBT mcm Akta 172, Akta 133, UKBS, Undang-undang Kecil Majlis dll.... 

Tu adalah sebahagian cerita asas ikut buku pasal PBT. Zaman dulu2 PBT ni terkenal dengan skop kerja jalan, rumput dan sampah... so untuk makluman semua sampah dan urusan berkaitan dgnnya tidak lagi dipantau sepenuhnya oleh PBT ia diuruskan oleh SW Corp... PBT cuma memastikan SWCorp menjalankan fungsinya dengan baik.

Tapi kerja PBT ni sangat-sangat luas... Kerja rojak lagi-lagi utk PBT berstatus Majlis Daerah... Kerja rojak maksudnya bkn kerja hakiki pun kita buat... program pelbagai, gotong royong lg... tu semua demi memberi perkhidmatan terbaik, kesedaran pelbagai perkara kpd masyarakat dan sebagai sebahagian tanggungjawab... so sesapa yg rasa berkira sgt keje tu baik lupakan niat nak keje ngan PBT... Selain tu, melayan orang awam pun dah cukup... x terlayan beb... tp disebabkan mereka pembayar cukai dan mereka mempunyai hak so kena la layan demi kesejahteraan bersama.... utk kita-kita ni kalau nak buat aduan tu kena bijak la sikit ya.... Contoh best... aduan pasal kucing banyak kat kedai makan... Majlis tangkap... lps tu pencinta kucing marah... so nak ikut yg mana?... contoh best lain... pokok nak tumbang... tapi dalam tanah sendiri... so mcmne?... jiran sebelah bising pun mengadu kat PBT... jiran masak kat luar, terganggu dgn bau pun sampai kat PBT... Tu sebahagian asam garam keje PBT... Mencari salah bkn susah.... kepada kawan2 yg bkn keje di PBT, kawan2 kita di PBT tu pun manusia so mmg ada kesilapan.. yg salah wajib tegur tp jgn mulakan polemik utk sesuatu perkara dgn niat nak menyalahkan PBT ya...  bertabahlah kawan2 di PBT... 



Sedikit berkaitan secara umum organisasi PBT.... biasanya... sesebuah PBT diketuai oleh Datuk Bandar/Yang Dipertua (YDP) kemudian dibantu oleh Setiausaha dan dikuatkan oleh pelbagai Unit/Jabatan... Unit/Jabatan yang biasanya ada adalah Perancangan, Kejuruteraan, Penilaian, Landskap, Bangunan, Perlesenan, Persekitaran Bandar, Penguatkuasa, OSC, Audit Dalam, Perundangan, ICT, Pentadbiran dan Kewangan... Ni yang biasa so kalau ada yang tertinggal korg tambah la sendiri..

Sedikit pasal fungsi setiap Unit/Jabatan...

Perancangan - gang2 ni akan memastikan keadaan bandar tu nak jadi mcm ne... kalau dirancang utk hutan mmg jadi hutan la... kalau dibenarkan utk perumahan mmg jadi rumah la tpt tu... tp tgk la pemaju mana nak buat... lebih kepada pengawalan perancangan

Kejuruteraan - Pantau, cadang, laksana semua projek mcm jalan, buat gerai majlis, longkang dll... kalau aduan kerosakan, gang2 ni la betulkan... cara mana nak betulkan? org2 yang keje sinilah yang akan pikir....

Penilaian - ni yang bertanggungjawab untuk mengutip cukai taksiran/ cukai pintu, menentukan brapa byk kena bayar... so ada yang belum bayar cukai ke? dinasihatkan bayar jek la.... bayaran kita ni x seberapa kalau dibandingkan servis yang kita dapat.... kira2 kasar, jumlah setahun yg kita bayar rsnya cuma bayar org kutip sampah jek... blm kira potong rumput, bersihkan longkang, penyelenggaraan jalan, lampu jalan, landskap, taman permainan anak2 kita, kebersihan kawasan dll... perbandingan yg realiti antara cukai vs perkhidmatan... jabatan ni boleh sita barang2 kat umah kita ya... jgn main2... hahaha... info tambahan, Nilaian yang dibuat terutamanya di Negeri Johor adalah mengikut nilaian tahun 2013... lama tu... jadikan membayar cukai sebagai amalah kita ye... 



Landskap - x yah cite la... mesti dah tau...

Persekitaran Bandar - ni gang2 jaga pasal kebersihan kawasan operasi... sampah, longkang rumput... part kebersihan shj... termasuk suntikan masa nak mohon lesen premis makanan, yang gredkan kedai makan n tandas pun bawah gang ni...

Penguatkuasa - nama pun dah menggambarkan mcmne keje dia. Jabatan paling berisiko terutamanya utk dpt cacian dan makian... mereka hanya menjalankan tugas... nak marah2 gi la jumpa pengurusan tertinggi Majlis tu... penguatkuasa majlis akan ddk goyang kaki kalau semua org mematuhi peraturan... so sama2 la kita berusaha bagi penguatkuasa tu bertenang sikit ya baru kita dalam keadaan aman damai hidup harmoni...

OSC - dia ni plak yang pantau permoonan pembangunan dlm kawasan Majlis... memastikan permohonan pembangunan mengikut tempoh yang ditetapkan... Biasanya orang dari kerajaan persekutuan akan mengetui unit ini.... bermaksud akan ditukar bila dah cukup masa... 

tu lebih kurang fungsi2 Unit/Jabatan dalam Majlis... Org luar tgk org gomen xde keje kan... meh ddk Majlis... hehehe.... staff bermasalah dan salah guna kuasa? ttp ada kat mana2.... 



Selain staff setiap Majlis ada Ahli Majlis.... senang ckp lantikan politik la... Ahli majlis? memang diperuntukan dalam akta 171... Ahli majlis? Fungsi dia apa? sekadar cukup syarat or memang betul2 membantu? Bedasarkan pengalaman bertugas dengan ramai Ahli Majlis, pelbagai latar belakang politik, perbezaan umur, mereka semua ok... Ahli Majlis yang sekarang ini bertambah ok mungkin disebabkan geopolitik yang berbeza... kesan positif boleh dilihat dari sudut ini... erima kasih kepada yang memahami fungsi sebenar ahli majlis.... Orang tua ada cakap kerana nila setitik rosak susu sebelanga... tidak keterlaluan saya cakap... ada yang jadi ahli majlis ni umpama raja, jalan mendongak langit, staff PBT dilekehkan, mengalahkan YDP... iye... saya dan kami ada pengalaman itu.... tinggal kenangan...

Setiap Ahli Majlis yang dilantik berperanan sebagai penghubung antara kerajaan dan masyarakat... Mereka2 juga perlu memahami asas dan peranan PBT. Ahli majlis juga sebagai agen Majlis untuk mengetahui masalah rakyat untuk dibincangkan dan diambil tindakan selanjutnya (bukan menjadi punca masalah ye...). Bagi memudahkan urusan, Ahli Majlis telah dipecahkan kepada beberapa Zon... so x yah nak buat leceh jengguk zon org lain.... Ni yang asas shj....

Pendapat saya pasal Ahli Majlis? No komen sebab saya bekerja untuk Majis dan Ahli Majlis adalah rakan kerjasama....



kenapa saya bekerja di Majlis? Bila mohon kerja di Majlis itu bermakna saya telah merisikokan peluang kerjaya saya... tapi apa ada pada kerjaya kalau hati x senang... hahahha... sebab lain biar la simpan sendiri... lps ni sy nak kongsi pengalaman kerjaya saya plak la... hahaha

dah nama manusia, kita x sempurna dan jangan harap semua org sukakan kita... abaikan langau2, x berkudis pun... hahaha... fokus kerja, buktikan diri kita lebih bagus dengan hasil kerja yang berkualiti....

Nasihat saya kepada semua.... Berurusan dengan Majlis ni ada pelik sikit.... kadang-kadang tu jawatan kecik jek tp mengaku bos besar... ada ke? jawapan saya... ADA... so berhati2 la ya... jgn kena kencing, kang hancing.... hahahaha


ok dah la... mcm dah mula merapu... tq sebab boleh baca sampai ayat last ni.... 

Jumpa post seterusnya

chau chin chau... tata



Comments

  1. Nukilan kalini mantap. Fakta ringkas tapi boleh kata menyeluruh. Tak boleh blah part “jawatan kecik tp ngaku Bos Besar”…kihkihkih. Majoriti rakyat malaysia kurang ilmu berkaitan PBT

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sama tapi x serupa... UP sebelum bacaan ikrar....

DORAEMON.... Sejarah kartun yang kartun...

CCC: ANTARA BUKU DAN AMALAN