ZEBRA CROSSING... kenapa ada warna...
Assalamualaikum dan salam permisa... Jumpa lagi dalam post seterusnya... Rasanya dah boleh berfikir banyak topik selepas saya kembali kedunia pekerjaan asal... Alhamdulillah, bergerak seperti biasa abaikan peminat fanatik disekeliling kita... Ada kelapangan kita membaca dan menulis, selain bersembang ngan ternakan yang ada tu... ok mcm dah mula merepek... titik
Kenapa kali ni saya nak share info pasal ZEBRA CROSSING?... Melayu kata lintasan pejalan kaki... x kesah la apa sebutannya, tapi semua tau la kan binatang apa zebra crossing tu... hahaha... kalau tgk ada mcm2 corak zebra crossing... x kesah la bentuk mcmne yg penting tau tujuannya... memandangkan saya bukan pakar keselamatan jalanraya / zebra corssing so apa yang dikongsikan ni adalah hasil daripada bacaan dan logikal akan sendiri... mana yang salah tolong bagi ek...
ni contoh zebra crossing di tempat yang akan dilawati nanti |
Fokus hari ini adalah melihat perbezaan zebra crossing yang berwarna hitam putih dengan warna oren kekuningan... WHY?.... mcm suspen kan...
agaknya dulu2 mcm ni kot |
Ok sedikit sejarah zebra crossing... x dapat dikenalpasti sapa individu yang mencipta zebra crossing nie... mengikut carian pada tahun 1951 iaitu selepas tahun 1950 dan sebelum tahun 1952... zebra crossing mula diperkenalkan di Slough, Berkshire England... tujuannya tetap sama untuk memastikan keselamatan pejalan kaki di jalan raya... x dapat dipastikan keadaan kepadatan kenderaan pada tahun tersebut di bandar ini... Peringkat awalnya, warna zebra crossing ini adalah biru dan kuning. Walau bagaimanapun, disebabkan faktor kejelasan warna ini terutamanya pada waktu malam maka garisan ini ditukar kepada putih hitam... ada kontra warna disitu... kat situ la nama "zebra crossing" tercipta... warna ala2 kudang belang @ zebra
agaknya apa warna zebra crossing ni kalau jalan raya warna biru or kuning... ntah2 zebra crossing pun tukar nama cat crossing...
Selepas peredaran bulan dan bintang... rata2 zebra crossing sekarang adalah warna hitam putih dan oren hitam... sekali lagi... One more time, WHY? kenapa ada 2 warna dan apa fungsi warna2 tu...
Hitam Putih vs Oren Hitam
Fungsi
Secara ringkasnya pengguna jalan raya mesti tau apa fungsi warna-warna nie... bior x jadi konflik antara pejalan kaki dgn pemandu kenderaan. Ringkasnya lebih kurang mcm ni la...
Hitam Putih - laluan ini mmg khas utk pejalan kaki... wajib... gaya mana pun semua kenderaan perlu berhenti bina nampak ada org nak guna laluan ini... kompom salah kenderaan kalau langgar pejalan kaki kat laluan ini... priority / keutamaan kepada pejalan kaki.... ingat tu... jgn pentingkan diri sendiri...
Oren Hitam - laluan warna ni plak ada beza sikit... matlamatnya tetap sama iaitu memastikan keselamatan pejalan kaki tetapi laluan ini bukan priority / keutamaan kepada pejalan kaki... maksudnya... kalau kita tgh bwk kereta kemudian nampak org dah ada kat laluan ni, kenderaan kena berhenti dulu, bagi peluang kpd pejalan kaki... begitu juga pejalan kaki... kalau dah nampak kereta tgh lalu tu, bagi la kereta tu jalan dulu... laluan ini atas timbang rasa... ala2 gentleman la... praktikal nya kat negara kita? sendiri mau ingat la.... gitu la lebih kurang ceritanya...
Kenapa warna tu pulak?
Hitam Putih - kat atas td dah bgtau, sebab kejelasan warna...
Oren Hitam -Oren plak kenapa kan.... Kita kena faham apa maksud oren diperingkat international terutamanya dalam bidang industri.... mengambil semangat ini... warna oren boleh dicode kan sebagai warna keselamatan / safety .... oren pun bukan sebarang oren... lebih specefic safety orange... sebab itu la fungsi laluan ini berbeza dan warna ini membawa kita ke alam berwaspada... Maaf coding warna x sempat cari....
Tapi bila kita tgk rata2 xde plak warna oren ni... dia jd warna kuning... punca, sebab dan sejarah tidak dapat dikenalpasti. lps tu mcm2 pulak warna dan coraknya... kreativiti... boleh ke x... x bleh nak jawab... semua ni hasil pembacaan... mungkin ada perbezaan pendapat hasil perbezaan bahan bacaan...
TING..... Memandangkan kek yang dimasak tu dah boleh dihias, cukup la utk kali ni....spesifikasi terperinci kita sambung lain kali pulak... berapa sepatutnya tebal cat, lebar dia mcm ne dll....
Semoga sedikit perkongsian ini membantu kita meningkatkan tahap keselamatan di jalan raya...
BERHATI-HATI DIJALAN RAYA
sekian
arios amigos jotos.... tata
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete