KERJA !!!... bukan semudah kata

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.... para permisa, berjumpa lagi dalam penulisan kali ini... penulisan lama dikongsikan semula dengan sedikit sentuhan tambahan info... penulisan ini tidak menuju atau ditujukan kepada sesiapa, penulisan ini adalah untuk memperingati diri sendiri supaya sentiasa sedar diri...

Tahun yang dirasa semakin mencabar mental dan fizikal, memandangkan umur yang semakin meningkat dan persekitaran yang dikelilingi orang bijak pandai... biasa la tu...xpe la kita tunggu dan lihat...

Suka utk saya berbicara pasal kerja, bkn utk org lain pun... Utk diri sendiri juga... Ramai dah hanyut dalam dunia kerja... yg bos dah rasa macam raja, yg pekerja rasa bos - tu dari sudut negatif... tapi  diselak2 yang negatif tu masih ada lagi ramai yg positif... bekerja dgn jujur dan rajin, x perlu balasan, ikhlas setiap perkara, kurang politik dipejabat dll... yg gomen 1 hal, yg swasta pun 1 hal.... asal nama kerja mesti ada ceritanya.... jom kita sama2 terjah cerita pasal kerja... diingatkan sekali lagi, apa yang terhasil ni adalah pandangan sekilas lalu semasa menulis dan rujukan buku serta blog2 lain... x yah nak dakwa dakwi...


 KERJA?
 
 sebenarnya kita tau ke apa tu kerja? sy dengan usia yang mcm ni, seingat otak ni la kan, lebih kurang 11 tempat kerja dah pernah rasa... kerja kilang, berniasa burger, menjaja burger, kerja kontrak, amik upah buat sate, kerja konsultant dll... rasanya byk sgt kerja yang pernah buat... beratus mungkin beribu kawan2 yang dah dikenali. Terkini dan semasa ni saya buat 3 kerja sekaligus... 1 tetap 2 part time.... semua memberi pengalaman yang berbeza dan mengajar saya erti dunia kerja sebenar... asbab tempat kerja tu la saya jadi mcm ni sekarang... bagus ke x bagus sendiri rasa...

sebelum sembang kencang pasal kerja... jom kita tgk apa makna kerja dari sudut ilmiahnya...

KERJA adalah melakukan sesuatu secara sukarela, melalui arahan, cara paksaan dan mempunyai masa kerja yang tetap atau ditentukan seperti 1 jam, 2 jam, 4 jam, 8 jam atau 12 jam. Kerja mengikut istilah umum bermakna membuat atau melakukan sesuatu bagi mendapatkan hasil, upah, ganjaran, berpendapatan tetap.

sebelum pergi jauh... tau kan apa maksud kerja? so kita dekat yang mana? tersiratnya kat sini apa? lu pikir la sendiri....

Generasi bijak pandai sekarang ni senang untuk tidak bahagia dengan kerja mereka... kenapa? 
Saya ada terbaca satu artikel pasal benda ni... motivasi terbaik untuk dikongsi.... 

"JANGAN TERUS KEKAL BEKERJA PADA PEKERJAAN YANG ANDA TIDAK SUKA!" 


Dah banyak cerita motivasi pasal kerja ni... hasilnya... sendiri tau la kan... balik kepada cerita pokok... kenapa x bahagia dengan kerja? kita tau ke kita ni bahagia dengan kerja kita atau x?... cuba jawab soalan ni... bos korg boleh tipu, tp diri sendiri? org bodoh jek tipu diri sendiri...
 
 "ADAKAH SETIAP KALI BANGUN PAGI, KORANG RASA TAK SABAR UNTUK BERSIAP PERGI KERJA?"

Jika jawapannya adalah ‘Ya!’, bermakna anda sedang melakukan kerja yang anda suka. 

Sebaliknya jika jawapannya adalah ‘Tidak!’, ini mungkin bermakna anda tak suka dengan kerja yang anda lakukan sekarang. Mesti ada yang x kena tu... pilihan suka atau tak kita yang tentukan....

Daripada pengalaman, bacaan dan kata2 pakar, antara faktor kita x bahagia dengan kerja adalah:
  • Kerja terlalu banyak lps tu x boleh siapkan sebab x pandai buat
  • Masalah komunikasi dengan bos dan rakan sekerja. Mental beb kalau gang kerja selalu jadi ular 
  • Bercinta dgn gang 1 pejabat lps tu awek/pakwe kena kebas dgn org lain...
  • Tak tau apa sebenarnya kerja kita. Ini parah... Bingung, mengong dan tongong jadinya... Mcmna nak buat kerja kalau x tau kerja sendiri
  • Terlalu ramai gang bawang yang menjadikan anda sebagai model utk bahan... semua kerja jd serba salah... 
  • Rakan sekerja yang otaknya dah x bleh terima pembaharuan... buat kelainan sikit jek meroyan...
  • Masalah peribadi yang dibawa ke pejabat

Mungkin ada berbagai sebab lain yang kesemuanya hanya menjurus kepada masalah diri sendiri dan bukanlah masalah kerja yang sedang dilakukan. Jika kita lihat dengan baik-baik, kebanyakan masalah tak seronok di tempat kerja boleh di atasi jika kita berfikiran terbuka dan bersedia menyelesaikan masalah sebenar yang sedang dihadapi. Untuk selesaikannya anda perlu berhadapan dengan siapa saja untuk berbincang dan meleraikan kekusutan yang sedang dihadapi. Sikap paling mudah dan ringkas untuk meleraikan segala kekusutan tersebut adalah dengan berterus terang tanpa rasa malu.

Jangan fikirkan kesan atau akibatnya jika anda berterus terang. Jika anda diketawakanpun, ketawaan berdekah-dekah pada kita tidak akan membawa kepada kematian seandainya kita turut sama ketawa berdekah-dekah sambil menudingkan jari pada mereka.



Tak bahagia itu pilihan sendiri

Secara dasarnya, apa saja pekerjaan yang kita dapat lakukan dengan baik dan cemerlang mampu memberikan kita kepuasan dan kegembiraan asalkan:

  • Kita tahu apa matlamat kerja yang sedang kita lakukan itu.
  • Kita dihargai oleh teman atau boss samada secara terus atau tidak terus.
  • Kita terpaksa berusaha sedikit untuk melaksanakan segala pekerjaan kita. Kerja yang tidak ada usaha biasanya membuatkan ianya menjadi tidak bermakna.
  • Pendapatan yang dibawa pulang cukup untuk menyara kehidupan kita dan keluarga serta tanggungan ala kadar. Pastikan kita sentiasa berbelanja kurang sedikit daripada pendapatan yang kita bawa pulang.
  • Kita menjalani kehidupan dengan cara tersendiri. Tak perlu membandingkan dengan orang sekeliling dan tak perlu ada lebih berbanding orang lain untuk membuatkan kita gembira.
  • Kerja sebaik mungkin dan janganlah paksa diri untuk kerja kuat semata-mata untuk membolehkan anda memiliki apa yang anda tidak mampu milikinya sekarang. Relaks dan fokus pada situasi sekarang dan berbelanja berdasarkan apa yang kita ada dan bukannya bekerja berdasarkan apa yang kita belum ada.
Disamping itu, amalkan konsep yang saya seperti yang telah disenaraikan di atas dengan istiqamah. Insyallah anda akan rasa bahagia.

"KALAU X SUKA KERJA KITA SILA LA BERHENTI... KALAU X BERANI BERHENTI SILA LA BELAJAR SUKA KERJA KITA"

last skali...

apa perasaan korg la kan... pagi punch card lepas tu hilang.... hujung bulan gi bank amik gaji...


sekian, arios adios jotos.... Alhamduilillah abis satu cerita..... tata

 


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sama tapi x serupa... UP sebelum bacaan ikrar....

DORAEMON.... Sejarah kartun yang kartun...

CCC: ANTARA BUKU DAN AMALAN