Lorong Tepi, Belakang dan Anjakan Bangunan (setback) Kenapa 20' / 6.096m

Assalamualaikum... selamat bersiaran semula dengan tajuk yg lebih terperinci... mungkin tajuk ini lebih teknikal tetapi bezanya kali ini saya cuba berkongsi kenapa perkara teknikal ini perlu disediakan. Utk pembaca yg bukan dari org teknikal jgn risau... org tua kata.. membaca jambatan ilmu... so baca jek la ya... x paham? Buat2 paham jek la... hahaha... seperti post2 sblm ni... apa yg ditulis adalah daripada pemahaman sendiri, pengalaman dan input sembang kedai kopi dgn penasihat politik, bakal PM, penganalisis kewangan, ahli sukan x jadi dll... so xyah la dakwa dakwi... cumanya kalau mmg ilmu ni menyesatkan harap dapat maklum kat saya...

Beza perancang bandar dgn profesion lain adalah ilmu berkaitan prinsip perancangan... semua org boleh menghasilkan pelan susunatur tetapi yg membezakan kualitinya adalah ilmu berkaitan prinsip perancangan. So kalau perancang bandar sendiri x tau pasal prinsip perancangan bermaksud profesion ini belum cukup kukuh bersaing dengan profesion lain. Bukan nak kata saya ni terror sgt ke apa... tp setakat ni sy boleh bezakan pelan layout tu sapa yg sediakan... planner or bukan planner... mcmne? Semua atas pengalaman...

Sebelum pergi kepada tajuk utama jom kita ulangkaji... Binatang apa layout tu? Ada yang panggil layout, pelan susunatur... Semuanya sama jek... maksud pasarnya... pelan yg tunjukkan apa pembangunan yg boleh dibuat atas sebidang tanah... drpd pelan tu kita boleh tau brapa biji rumah or kedai or kilang dll boleh buat,  lebar jalannya berapa, keperluan2 lain mcm kawasan lapang, pencawang elektrik, loji kumbahan, tapak sekolah, tapak surau, tadikanya dan mcm2 maklike lg la... semua2 benda2 ditunjuk dalam pelan tu... sng ckp utk menyediakan pelan tu x semudah order teh tarik kat kedai mamak la ya... Setiap layout ni mempunyai 1001 ceritanya dan masalahnya sendiri dan mmg x boleh bandingkan antara 1 sama yg lain secara direct.

Bukan yang terbaik tapi sekadar contoh layout/pelan susunatur


Daripada layout tu maka keluarlah keperluan sediakan lorong belakang / lorong tepi / anjakan bangunan... buatlah pembangunan apa pun sekurang2nya 1 benda ni mmg ada... yg menariknya kenapa jarak ni 20' / 6.096m???....ukuran inilah yang cuba dirungkaikan


Yang garisan warna biru tu adalah lorong belakang dan lorong tepi

Kenapa mesti lebarnya 20'/6.096m?.... Sblm ni sy tanya ramai org... semacam xde 1 jawapan yg simen utk dipegang... semua jawapan peroi... ada yg bgtau sbb ini standard guideline dr british la (mcm ko penah keje sana), ada yg ckp mmg ni amalan turun temurun, ada yg jujur bgta mmg x tau, buat sbb guide line bgtau mcm tu... last2 sembang dgn brother bomba ni, kalau x silap awal tahun 2000 dulu (lupa nama dan dah pencen rsnya)... yg menariknya sembang kat tepi padang jek pun... so moralnya, jgn sombong2 dgn org...

Ntah mcmne boleh tersembang pulak pasal benda ni... dia bgtau keperluan 20' ni adalah disebabkan oleh faktor keselamatan... mengikut kajian bomba (bomba mana dia x bgtau), berdasarkan kekuatan tiupan angin kat negara kita kebakaran tidak sempat merebak ke bangunan lain dalam jarak 20' sementara bantuan bomba datang... sbb tu jarak 20' diambil berat... jawapan ini mcm menjawab persoalan sy selama ni... betul ke x betul sy kunci jawapan ini sehingga sy dapat jawapan lain yg lebih kongkrit...

Ada kes lorong belakang 10'... mmg ada.. tp sy yakin jarak antara bangunan tetap 20'...

Panjang deret bangunan juga berkait dgn keselamatan... bagi rumah teres panjang maksimum bangunan adalah 320' atau 16 unit rumah (mana yg dahulu)... manakala tiada panjang maksimum bagi unit rumah semi d dan sesebuah... rumah jenis ini boleh tidak menyediakan lorong tepi dan belakang... sebab apa? Sebab anjakan bangunan telah disediakan bagi unit rumah itu sendiri...

Gitula lebih kurang cerita kali ini...

Sekian perkongsian peribadi utk kali ini... kita sambung cerita lain pulak nanti... Sambung basuh baju...

Comments

Popular posts from this blog

Sama tapi x serupa... UP sebelum bacaan ikrar....

DORAEMON.... Sejarah kartun yang kartun...

CCC: ANTARA BUKU DAN AMALAN