Analisis keputusan PRU 14

Ok raya dah habis... ramai yg sorak sakan... dalam sorak sudah pasti ada org lain yg terduduk sugul. Ada yg x percaya sebab jadi pembangkang.. ada yg x percaya kubu kuat pun boleh dipecahkan... INILAH KUASA RAKYAT... Demokrasi sihat dah mula berkembang di Malaysia.. Tiada istilah org politik jadi bos dah lepas ni... ahli politik yg takut dengan rakyat...

Kalau sebelum ni... PA YB dah macam menteri kanan dia punya perangai... so bila dah kalah jgn buat muka sedih depan saya... x pe la semoga menjadi pengajaran yg menginsafkan dalam masa akan datang...

Ok... kali ni saya nak berkongsi rumusan keputusan pru14 kali ni... utk pru ni... sy xnak bertugas sebagai spr... nak jadi pengundi biasa... nak rasa suasana pengundian org awam... bagi pendapat peribadi saya, keputusan pru kali ni disebabkan beberapa faktor dan inilah yg dinamakan tektikal dlm politik...

1. Isu nasional
Dlm tv or paper semua panel byk berkias... sebab 1mdb la, gst la dll... by sy isu nasional disini adalah DS Najib... ramai penyokong unmo BN bkn x suka parti... tapi mereka x suka najib... kalau najib letak jawatan awal2 dah tentu xde Tun Mahathir... xde tsunami rakyat... bagi saya najib sebagai punca utama mengatasi isu2 lain...

2. Tektikal politik pakatan harapan sangat effektif..
Kalau tgk kali ni... kempen secara konvensional sangat berkurangan di pihak PH... bendera, poster, billboard x byk... kalau ikut bahan kempen yg mcm ni BN n PAS dah menang... PH menggunakan segala kelebihan media sosial.. FB adds, fb live, blog dll.. kempen yg berbeza kali ni... ceramah dan perhimpunan dah tunjuk tanda2 awal... sayangnya lawan memperlekehkan...

3. Faktor tun M
Jgn sangkal kelebihan individu ni... bg saya dialah de factor kemenangan PH... tgk susunan kerja, perancangan dll... nampak kemas dan tersusun...x boleh menjangkakan apa yg difikirkan... memperlekehkan tun memberi kredit kepada PH... walaupun org muda x sempat rasa zaman pemerintahan tun... tapi kegemilangan pemerintahan zaman tun menutup isu2 negatif PH...

4. Keegoan BN
Biasalah 60thn jd king... yg balaci2 kuaci pun rasa besar sgt... bkn tuduhan ya... semua ni atas pengalaman sendiri... ssh nak cari org umno BN yg bekerja demi utk umno dan melayu... kalau ada pun mmg kena selak2 org umno, br jumpa org yg ikhlas... jadi bila tau kuasa rakyat ni sgt besar harap2 mereka2 ni diberi pengajaran utk tidak mengulangi pada masa hadapan.

5. PAS
Sedikit pasal PAS... parti ini memberi impak kepada pru ini... bagi pendapat saya... pas boleh jadi kerajaan kepada penduduk majoriti melayu... utk ke putrajaya sy rasa blm boleh dapat sbb rakyat malaysia ni berbilang kaum... demokrasi yg baik adalah mempunyai pembangkang yg berkualiti... check n balance...

Lompat parti... sy lebih suka tgk secara tersirat... mesti ada sebab... rsnya bkn sebab duit atau habuan... kalau korg boleh pikir secara positif, insyallah ada jwpan...

Drama pru 14 dah abis... yg menang kena ikhlas jlnkan tanggungjawab... yg tewas masa utk beristiqamah... bila sekali rakyat dah berani ubah... akan dtg sapa x betul mmg senang jek nak ubah balik...

Sekian analisis pru14 dari kedai kopi utk hari ini... nnt2 la sambung... kopi dah habis.........

Comments

Popular posts from this blog

Sama tapi x serupa... UP sebelum bacaan ikrar....

DORAEMON.... Sejarah kartun yang kartun...

CCC: ANTARA BUKU DAN AMALAN