Solat Taubat
Solat Taubat... Manusia Tak Lari Dari Melakukan Dosa...
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah;
wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah
mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
- Ikhlas ingin bertaubat
- Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
- Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
- Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
- Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika
salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu
tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka
syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak
orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus
dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon
dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon
keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat
tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat
berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit
demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan
akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di
antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu
adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian
di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan
kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi
atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah
sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata
kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di
samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh
orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal
ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan
keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara
melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah
berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap
kiblat;
- Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
- Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
- Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
- Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
- Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
- Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
Ertinya: Ampunilah
hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan
hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba
bertaubat kepada Engkau ya Allah.
- dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
Ertinya: “Ya,
Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang
menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam
genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat )
kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang
telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau
berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku.
Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali
Engkau.”
- Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.
sumber : http://yassin-ks.blogspot.com/
Comments
Post a Comment