JOHOR DARUL TAKZIM: SATU FENOMENA BOLASEPAK NEGARA....



Suka atau tidak, setuju atau tidak bukan persoalannya... Stadium yang kosong tiba-tiba menjadi tumpuan penyokong.. Bukan sahaja di Larkin malah dimana sahaja. Usaha yang dibawa TMJ telah membuahkan hasil. Kemenangan pertama JDT adalah berjaya menggegar setiap pelusuk dan sudut di stadium. Full house Larkin...

Dek kerana pasukan JDT maka suara-suara orang kurang berakal telah berbunyi... Dimana salahnya pasukan JDT? Apa salahnya penubuhan JDT? Kami penyokong JDT juga berhak untuk merasai suasana kemeriahan bolasepak Malaysia... Membawa nama-nama besar adalah usaha TMJ untuk menaikkan kembali nama bola sepak Johor... Menang kalah adat pertandingan... Tetapi dewasa ini pemain dan penyokong seringkali menjadi bahan cemuhan penyokong lawan... perasaan hasad dengki memang sentiasa ada di hati manusia... masa zaman kejatuhan tidak siapa pun yang endah, bila mula menapak masing-masing memandang setiap langkah pasukan ini... dan setiap langkah itu juga semuanya tak betul.... Negatif lebih banyak dari yang positif....

Bermula di Kota Bahru, Lumut dan terbaru Kuantan... Hanya segelintir manusia yang fanatik habis semuanya... Matlamat bola sepak sebagai medium menyatupadukan masyarakat tampak goyang... Berbalik kepada persoalan pokok... Apakah salah pasukan JDT?... sehingga semua memandang sinis pasukan ini...

Pemain star yang dibayar lumayan tidak menjamin kejayaan pasukan tetapi inilah usaha JDT.... Rakyat johor begitu lama menunggu kebangkitan semula pasukan kami...  Kita datang ke stadium atas semangat kesukanan... tengok game, bersorak dan balik rumah.... Sama-samalah kita mengawal akal dan perasaan...

Marilah kita sama-sama memastikan kejuaraan liga super milik pasukan tempatan... jangan sampai piala tersebut terlepas ke seberang tambak... Jangan kita menang sorak tapi kampung tergadai...

Comments

Popular posts from this blog

Sama tapi x serupa... UP sebelum bacaan ikrar....

DORAEMON.... Sejarah kartun yang kartun...

CCC: ANTARA BUKU DAN AMALAN