Kenal Pasti Madu Asli

Madu sememangnya terkenal dengan pelbagai khasiat. Tapi bagaimana nak tau madu tu madu asli ke tidak?? Persoalan yang sukar dijawab. Pelbagai petua dah diikut tapi masih gagal mengenalpasti ketulenan madu lebah.. setelah mengodek sana sini, petua ni jek yang belum dicuba....

Ambil satu gelas jernih. Isikannya dengan air sejuk. Kemudian tuangkan madu untuk lihat ketulenannya.

Manakah yang tulen dan tidak? Boleh bezakan?

A -

B -

C -

D -


A) Madu asli dituangkan larut elok pergi ke dasar gelas.

B & C) Madu yang dicampur dengan manisan. Apabila ada campuran 70% sucrose, tuangan cecair menyebabkan larutan tidak turun dengan elok. Keselerakan berlaku serta-merta. Sirap madu turun ke dasar secara berselerak.

D) 70% sirap gula (sucrose). Kadar selerakan adalah lebih banyak berbanding B & C.

Mengenai petua-petua orang tua-tua pula seperti:

1. Semut takkan makan atau hurung madu Salah. Semut akan menghurungi semua jenis benda yang manis. Bayangkan kalau peluh kita manis. Tak bersenam la kita sebab takut semut datang jer…yoyo15

2. Madu berbuih adalah madu tiruan - Salah. Madu yang tidak diproses dengan baik akan menyebabkan berlaku proses penapaian dalam madu tersebut. Ini maksudnya madu itu sudah rosak.

3. Gunakan batang mancis - Salah. Madu ada mempunyai sedikit kandungan lilin. Maka kemungkinan untuk batang mancis terbakar atau tak terbakar adalah tidak pasti.

4. Masukkan madu dalam peti ais atau tempat sejukSalah. Madu akan rosak. Akan berlaku pengkristalan dalam madu apabila suhu tempat adalah di bawah 21°C. Ini juga tanda-tanda madu tersebut telah berkurangan kualitinya. Jadi jangan letak madu dalam peti ais!3coolangry

5. Campurkan madu dengan telur putih. Mungkin betul. Telur putih (yolk) mempunyai albumin. Albumin pula mengandungi air. Madu bersifat higroskopik (hygroscopic) iaitu menyerap air. Jadi apabila albumin bercampur dengan madu, airnya diserap oleh madu. Persoalannya bagaimana pula jika madu tersebut adalah madu campuran manisan atau gula?yoyo9

Cara saintifik pula adalah menggunakan refraktometer. Masukkan madu ke dalam reftraktometer. Kemudian lihat kandungan glucose, fructose dan sucrose dalam madu tersebut. Jika kandungan sucrose adalah tinggi, itu adalah tanda madu tersebut tiruan.




Diharapkan maklumat yang aku berikan ini dapat membantu kita semua dalam mengetahui lebih mendalam mengenai cara mengenal pasti madu asli. Jangan mudah tertipu dengan penjual tepi jalan tau. Terutama madu yang putih tu. Memang tak boleh dipercayai langsung.

Sekarang boleh kita katakan…

Ooo… begitu...

sekian wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Sama tapi x serupa... UP sebelum bacaan ikrar....

DORAEMON.... Sejarah kartun yang kartun...

CCC: ANTARA BUKU DAN AMALAN